Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

 

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah SWT untuk menjadi tetamu bulan yang paling diberkati ini..

 

saya & keluarga mengucapkan..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia.

semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih barakah kepada diri kita.

insyaAllah.

 

Selamat Bersahur,

Berpuasa,

&

Berbuka Puasa..

 

**tetiba mood bercakap Saya. iyolah bulan posa katakan 

 

******************************************************

 

info yang aku baru tau….

ghopenya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dah tukar owang.

sangat la outdated aku nih!

 

patutlah semalam masa annoucement Puasa kat tv tu aku dengor macam slang, intonasi, gaya sebutan lain macam jer.

rupanya orang lain dah.

aku waktu tu tengah solat.

oops!

mrasalah bley dengar2 lagi katanya LOL.

 

pastu aku ada jugak tunggu2 kot ada ulangan.

da takde ulangan macam dolu2.

sedih mak.

 

arini masa duk blogwalking baru la aku tau info ni.

 

"Jumaat Januari 7, 2011

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Baru

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara pada Jumaat setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan
Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas," katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, Khamis.

Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. – BERNAMA”

Sumber: mstar

 

 

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah – berkhidmat selama 22 tahun.

wowoweee!

patutlah sejak aku pandai dengar pengumuman 22 tahun lepas iaitu masa umo 6 tahun,

aku tengok muka same je masa buat announcement ni.

dah immune dengan suara dia.

sekali da tuka sekarang yer….

*sobsobss*

Thursday, August 12, 2010

BaRam Day 2nd

eh tetiba plk rajin update blog pasal Baram ni kan? takpelah, time rajin jangan ditegur…smile_wink

 

tadi petang aku gih area umah lama aku kat Sri Kayan. rupa2nya orang yang jual roti John tu takde plk berniaga musim puasa ni heart_broken

 

alang2 tu aku singgah terus kat gerai lauk-pauk mak angkat aku kat area tu. nak cari bubur lambuk pucuk miding (orang Klate & Tganu know this). takde plk. last2 daddy beli lauk kat situ sikit + aku beli ketupat sotong! dah lama aku carik nih smile_party

 

lepas tu, singgah plk kat Baram S20. tak jadi pegi Baram Kompleks PKNS. nextt la plk yang tu..

 

Main Course..

* lauk pauk kat kedai mak angkat aku – ikan keli percik, sayur kuning pucuk apa tah, pajeri nanas & sambal – daddy – total up sekali dengan Ketupat Sotong 3 ekor – RM12 <—aku rasa ni harga diskaun ni.. hehe starstarstarstar
* mee goreng Baram S20 – mommy - RM1.50 star

 

Kuih Muih / Makanan Lain..

* Kuih RM2 5 ketul – Baram S20 - starstar

* Murtabak Baram S20 – RM2.20 - starstarstar

 

Air..

* Air Oren apa tah – daddy - RM2.00 starstar

* Air Kelapa Fresh – mommy – RM3.00 star

 

Total Up macam semalam jugak.. RM20++

 

Overall: Kedai Mak Angkat aku tu boleh la pegi selalu, Baram S20 so far OK starstar lahh..

 

 

p/s: muntah la korang lepas ni aku update blog cite pasal Baram sajork. hihik.

 

p/p/s: di mana nak cari pucuk miding nih??

BaRam Day 1st

macam tahun² sudah.. sesi menerjah Baram @ Param adalah wajib bagi aku dalam keadaan buncit atau pun tidak.. Nerd

 

Day 1 Puasa semalam, Baram sasaran adalah Stadium S13. alang² ‘depan’ office je kan.

 

orang masa tu takde lah ramai gila lagi maybe awal sangat kot. aku sampai sana dalam 4.45pm macam tu kot. ada yang dah rancak berniaga, ada yang baru nak buka stall.

 

macam biasa kat stall Papa John, queue nye panjang gila & dari tahun² lepas aku takde lagi nak sama beratur ngan depa. agak² nak makan roti John, aku pegi area umah lama aku kat Sri Kayan. kat situ pun boley tahan! *yum³.. tetiba plk rasa nak ke sana petang ni*

 

Semalam punya menu..

 

Main Course..

* nasi putih (masak sendiri) dengan ikan Patin Bakar tempoyak RM6.00 (daddy) StarStarStar

* nasi tomato RM4.50 (mommy) Star

 

Kuih-Muih / Makanan Sampingan..

* kuih 5keping RM2.00 – nama² kuih aku tak berapa bijak sangat ler.. StarStar

* Murtabak Daging RM2.50 StarStar

* Roti Bom RM1.20 StarStar

* Roti Jala kuah durian RM2.00 StarStar

* Tau fu fa RM1.50 StarStarStar

 

Air..

* Soya Panas RM3.00 StarStarStar

 

Nampak macam takdelah banyak sangat kan. tapi total up RM20++ jugak.. Alhamdulillah semua makanan abis.. Smile

 

Patin bakar tempoyak tu reheat untuk Sahur..

 

Alhamdulillah semalam mommy dapat pose dengan jayanya Party 

walaupun pada minit² terakhir tu rasa lembik jugak la, tapi takkan nak berbuka kan tinggal lagi 10minit je lagi nak azan.

 

Harap² hari ni & hari seterusnya mommy dipermudahkan Allah untuk buat ibadah Puasa ni.. amin amin amin..

 

Overall: BOLEH pegi lagi ke Baram ni, tapi mana² food bawah 3 stars tu takyah p dah ler..

 

 

 

p/s: hari ni rasa nak menerjah Baram Kompleks PKNS la plk..

 

 

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431H

Salam semua.

 

eh dah 1st day bulan pose 1431H dah pun kan? kejap je masa berlalu.

 

hari ni jugak 1st time mommy cube² puasa ‘berdua’ ni. sebelum ni tak praktis pun puasa sunat Tongue out. sebelum ni rasa tak yakin je..+ tak bersungguh² sangat pon!

 

hari ni mommy nak jugak puasa. harap² Allah permudahkan urusan puasa mommy sepanjang bulan Ramadhan tahun ni. kalau boleh taknak la ganti banyak sangat tahun depan..

 

semalam & pagi ni masa sahur mommy pesan je kat baby “arini kita pose..jangan lapar² sangat ye.. petang kang kita makan! Wink

 

alhamdulillah sehingga sekarang 3pm, perut baby takde plk lapar² sangat. gerak² tu adalah. takde gerak mommy plk risau. semoga mommy dapat teruskan puasa ni sehingga petang & sehingga la hari² Ramadhan lain..insyaAllah..

 

hari ni mommy suda 35w,2d. dup dap dup dap!

 

35 Weeks Pregnant
 
dia suda beshar dalam tummy mommy! patut la berat lain macam je skrg ni perut mommy ye..
 
This week the final touches are being added to your mini-masterpiece and most of his development is going to packing on the pounds. While baby's movements may be becoming less jerky, he may do his final somersault in the womb soon—to put himself into the head-down position for birth.
 
oklah kepada semua readers (mrasa feeling ramai readers), saya ucapkan Selamat Berpuasa. semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.. insyaAllah..
 
 
 
p/s: dari pukul 11am tadi lagi mommy tgh counting down nak balik kul 430pm ni… haihh lambat nye jam gerak!
 
 
 

Friday, September 19, 2008

the holy month

this year is the first year we having our fasting month together as a husband-wife. *almost 6years having our fast as a couple-maple wink wink*

yes. its very different between the previous years and this year *and onwards*.


i just summarize what the differences. (different people have different experiences, aite?)

a) the menu of berbuka & bersahur
b) the time of bersahur
c) the mood of puasa itself

lemme explain even not too briefly, but so-so pon okaylah..just for your undesstanding. *hee macamlah ramai baca hasil taipan aku nih kan. aish perasan!*

a) the menu of berbuka - yes i admit it! i cannot have the heavy meal like nasi berlauk or nasi campur as the first meal for berbuka. i cannot go oke! its enuff for me to have kurma or kueh, roti or capati or murtabak etc and ayaq. except nasi.

there is a story behind this. for the first two weeks of puasa, i actually wanna tiru my hubby's berbuka style. he *and of course many people out there* will have nasi for the first meal for berbuka. the first week of ramadhan, we berbuka with nasi and lauk-pauk *sometimes bought at bazar ramadhan. few times cook by myself*. then, i sudah tidak lalu for have nasi & lauk-pauk. i try to change it. still have nasi for berbuka, but not nasi putih with laukpauk. i try to have nasi minyak, kerabu, dagang, beriani, tomato, etc. yes! i like it. but sadly i just can stand for all those nasi only few days *less than a week* owh.

after that, i have capati for my breaking fast menu. *wink*

Info: habit berbuka puasa NOT with the nasi is from my family. if in my kampung, we will have bubur lambok, roti with curry, murtabak, makaroni goreng / soup, capati, etc for berbuka.

the menu of bersahur - NASI for my family & hubby and for me its okay if there is bread with butter, oat, etc. if i dont have any choice, i CAN have nasi for my sahur. its not a big deal!

b) the time of sahur - during my single mood dolu-dolu, i will have my sahur at late night *11pm - 12pm*. and will wake up at 5am for have 1 or 2 kurma and some water. and after being somebody's somebody *wink* the sahur time remain the same. for this one, my hubby tiru my style.

c) the mood of puasa - for this year, the puasa mood is more than before. i am not sure why. maybe because i am a wife this year? oh, not only that. maybe because of i can break my fast at home with the hubby. not like before breaking our fast at somewhere not-called-home. *restoran, kfc, mcD, pizza, garden, tepi masjid, dalam keta* ahahaha kantoi!

today is the 19th day puasa this year 1429H. so wishing all of you to complete another 11 days with Allah's blessings and fulfill it with the barakah. insyaAllah.

Note: only 11 days remain for Ramadhan this year. hoping that i still can meet next Ramadhan. insyaAllah.

Thursday, August 28, 2008

Merdeka, Ramadhan & Holiday

aku perhatikan tahun nih orang-orang Malaysia macam tak pasti nak celebrate yang mana. maksud aku tahun 2008 ni rakyat Malaysia akan sambut dua sambutan yang boleh dikatakan serentak.


1) Sambutan Merdeka - 31 Ogos

2) Awal Ramadhan (Start pose) - 1 September


so, no gap between that day.


seperti perumpamaan, malam ni pegi sorak ramai-ramai Merdeka!!! kat KLCC @ Star Hill @ Dataran Merdeka, etc, then malam esoknya beramai-ramai membuat amal ibadah di masjid iaitu sembahyang terawih. kalo dari logik akalnya mcm ni lah - arini buat jahat kaw2, esok bertobat. ooops. lancarnya mulut aku kan.hihii. aku bukan nak mengata kat sape-sape pon, just for a reminder for me too.

dan kalau kita tengok kat tv pun, iklan-iklan merdeka agak kurang berbanding tahun-tahun lepas. biasanya masuk bulan ogos je terus ada iklan-iklan berkaitan merdeka. (atau mungkin aku tak perasan iklan-iklan tersebut?) yang paling aku perasan hanyalah iklan petronas "motor ni abah punya..". atau mungkin juga sebab ramai dah menyahut seruan KERA jaan ubah gaya hidup anda, itu pasal semua dah nak cut cost kan.erm..who knows? bagi aku iklan utk puasa & raya lebih lagik dari iklan-iklan merdeka tahun ni..kan.kan.

as for me too, for this year i am not really exciting to celebrate the Merdeka day over-dover sgt. tak ada pon plan ngan asben aku nk pegi tgk fire-cracker kat mana-mana tahun ni. not like usual, suka sangat pegi wat jam kat klcc @ star hill. nak bagi org lagi ramai dan sesak. bukan semangat Merdeka tak ada dlm diri aku tahun ni, tetapi sedikit hambar. aku lbh terfikir bab pose & raya! hehe, actually aku rasa i am thinking more on raya! :p

tapi satu hapa pon aku tak prepare lagik utk raya. owh. baju raya, sandal raya, kueh raya sume tak beli lagik. but nevamind. kalo tak ada pon, pakai je baju-baju yg jarang aku pakai kat kg. nampak mcm baju baru jgk kan? *wink*


even aku tak terfikir sangat nak g celebrate Merdeka tahun ni, but we are planning to have holiday this weekend! *toing toing*

2,3 days before fasting. lagik teruk kan. gheee.. actually aku dah propose (hahaha propose oke!) asben aku ajak pegi cuti-cuti mesia. tapi dia bizi teramat dan selalu tak ada cuti. but, last 2weeks he said that he want to released all the tenses and wanna have a holiday. so bagaikan orang mengantok disorongkan bantal & comforter la aku...masa kapel2 dulu aku ngan dia suka sgt cuti-cuti mesia & feeling2 like a backpakers! but most of our cuti-cuti with frens. now we are planning a holiday without any frens or family members! (sori dude!)


actually that holiday dekat2 sajelah memandangkan aku nak balik rumah utk prepare utk fasting month plak. selain daripada tu nak save budget la of course, sbb mau raya lagik..huhu.
so dengan kata lain we are planning a Bajet Destinasi (BD) as Chi (the host of BD in 8tv) said 'anda ingat dengan 300 ni anda tak boleh bercuti?' hehe so aku pon menyahut seruan dia untuk cuba mempratikkan apa yang dia cakap.


insyaAllah kalo takde aral melintang, kita pegi oliday! yeay!


so from me...
Happy becoming 51st Merdeka Day,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan serta Selamat Berpuasa, &
Happy Holiday for us!

lalalalla..

Monday, August 25, 2008

Maaf Zahir Batin & Ramadhan...

عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ:

Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.

Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu.

Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga.

Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah,diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya memohon Maaf Zahir Batin jika saya ada berbuat kesalahan disedari atau tanpa sedari & semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih barakah kepada kita semua..insyaAllah.

Saya juga telah memaafkan kalian & menghalalkan segalanya….

amlynyx.


2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....