Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, September 07, 2009

isk. kejap jer?

isk. aku rasa baru aritu aku wat stori mori ttg baram @ param. rupa2nya dah masuk day 17 posa tahun ni. cepat nya!

lepas aku stori kononnya nak g jajah baram di s alam tu, xde maknanya deknon. ulang pegi baram pkns sajork. tak pon terus berbuka kat luar. last 2 weeks en jamjul outstation, makanya aku telah memaksa berbuka posa dengan kawan lama sekolah aku dulu yg kebetulan masih single & stay area ni jgk. posa x posa, sebelum azan maghrib gossip tak hengat kat restoran. ooops!

baram s13 aku pegi skali je. alone lak tu. pakai rayban ngan mask, haruslah peminat tak dapat cam aku. hihik. kalo orang kampong datang baram sini, harus pengsan. keta pon dijual kat baram! arini makan side mirror, esok tayar, lusa gigit airbag.. gitu lah.

lepas tu angin apa masuk dalam badan aku beberapa ari lepas aku pon tatau, aku memasak utk berbuka. 2 ari gak aku buat acara memasak ni. masak nasi & lauk pauk je. tapi…until now i kenot go ok berbuka puasa dengan nasi berlauk. tak lalu. dari kecik lagi kalo berbuka posa mmg aku tak sentuh nasi. roti capati, roti cicah gulai @ kari, murtabak, nasi/mihun/mee/kueyteow goreng, dll EXCEPT nasi berlauk. nasi minyak, nasi tomato, kerabu tu bleh la telan lagik. very derrr feeling tidak melayu sangat di bulan posa! koserr kan.

sebelum tu, dalam 3-4 hari jgk aku balik kampong sempena bulan merdeka. oopps!

SELAMAT HARI MERDEKA KE-52
uolss! Belated katanya. 1Malaysia katakan. ada kaitan? hiks.

rasa macam tempoh yang lama balik kg tu, tp tup-tap-tup-tap dah nak gerak balik pon. eghh stress! macam biasa ler kalo balik kampong aku, tak sah kalo aku tak berurusan seharian suntuk di maybank. aku pon tatau aku ke bank tu bermasalah. ada je tak cukup form tu form ni, surat tu surat ni. bosan tol!

masuk je ofis sehari, aku kena flu. alhamdulillah takde demam, tapi bersin tak hengat! jamjul plk demam, batuk flu. alhamdulillah & insyaAllah takde lah h1n1. so kuarantin ourselves 2 days at home. jumaat baru aku masuk ofis balik. masuk ofis pon buat apa lagi, kira oder, pos barang kira stock..oops! & ofis pon makin sunyi. dah ramai blah dapat vss. sunyi tak sunyi pon, parking full sampai luar jgk.

aku aritu nak amik jgk vss. baru je kasik hint kat encik bos, aku nak vss & further study, ehhhh dia plk alih2 kasik hint kat aku. yang bestnya cakap tak stret depan aku, tapi dengan nada suara yang kuat. “tak pyh amik la, skit je dpt”, “duk je sini, nti revise gaji bla bla”. bosan ok! atau aku je yg perasan. dia nak bgtau kat orang lain, aku plk feeling dia nak kasik hint kat aku. ahh larikkk!

esok aku cuti. lallalalla. cuti Hari Nuzul Quran, mujoler aku keja area selangor, merasalah cuti lagik. hihi. ke mana esok kita ye?

persiapan raya? semua nya baju aku laki-bini UNCHECK ok. ohhhh aku takde feel la nak raya tahun ni sebab raya rumah……..uwawawawa. tak payah la aku teruskan. laki aku dah ada baju melayu kaler gold yang dia beli last 2 years & tak pakai lagi tah muat ke tak. so, aku pon kena lah carik kaler gold jugak.

2,3 ari ni keja kami menjelajah ke semua tempat best nak carik baju raya aku. baju banyak yang aku berkenan, tapi kaler nak iras2 kaler melayu dia tu takde. jln tar, sogo, kompleks pkns, oleole s18, sacc mall, anggerik mall, uptown, masjid india semua aku dah pegi. tunggu nak g cari kat petaling street je lagi ni. hihi. benci tol la macam ni.

tapi seriyesssssssssssss, aku mmg xde feel nak raya tahun ni. dengar lagu raya pon xde feel. lagi aku sedih ada ler. aku dah cakap kat kakak aku, “aku nak nanges nanti malam raya. tunggu call dari aku yer”. bila orang tanya bila balik raya? dalam ati aku jawab, “sampai pagi raya aku lagi suka”. uwaaa. nasib la mek kawen ngan orang jauh hukhuk.

so kepada sapa2 yang ada terjumpa baju raya kurung/kurung moden/kebaya/kurung kedah/kurung pahang/jubah kaler gold, pls la tell me. kang akupakai tshirt je kang!

cakap pasal raya, kenot imaginela raya kat sana cemano. iskkk

ok la uols, suda 3.30 AM. laki aku suda tido pon. aku je bangsa x reti2 nak tido awal. kalo bukan bulan posa ada aku berani duk luar sorang2 taip entry sambil tutup lampu ni?? jangan harap!

selamat meneruskan ibadah puasa, & selamat hari Nuzul Quran kepada semua!

Monday, August 24, 2009

BARAM @ PARAM

Bukan Param yang meninggal aritu.

BARAM = BAZAR RAMADHAN
PARAM = PASAR RAMADHAN

itu ler maksud sebenor dia. *hehe*

arini dah masuk ari ke-3 kita puasa.

macam biasa ler, bulan puasa je kita boleh terjah BARAM. aku tak masak pon lagi sepanjang puasa tahun nih. oops! masak sekali utk 1st day sahur aritu. lepas tu malesss suda!

kat shah alam ni banyak choice Baram nih. mostly kat setiap section ada. tapi tak ler semua sec pon.

Day 1 Puasa:

aku terjah Baram Kompleks PKNS. ramai of course la sbb centre.

aritu aku terjah:

Nasi Tomato (encik jamjul) – OK
Mee Goreng (aku) – TAK OK
Murtabak Daging – OK
Rojak Karim – OK
Kuih Tepung Pelita – OK (tp terlebey manis & sgt² kecik kalo nak bandingkan kat kg aku)
sedikit lauk pauk utk bersahur – OK

Overall: OK! ~ boleh pegi lagi *wink*

Day 2:

aku terjah plk Baram Sek20.

Nasi Kerabu (encik Jamjul) – TAK OK
Laksam (aku) – OK (bestt kuah pekat)
Cuq Udang – TAK OK
Sira Pisang – OK (sbb aku mmg suka!)
Murtabak daging – TAK OK
Roti Bom – OK TAK OK
sedikit lauk for sahur – TAK OK

Overall: TAK OK! – banned! malas nak gih dah. *X besar²*

arini nak ke Baram mana? taktau ler sempat pegi ke tak. encik jamjul tah kol brp balik, aku macam besa la bulan puasa kol 4.30 dah leh cabut! *lambatnya kol 4.30!

 

p/s: uwaaaa nak balik makan puding gula angus mama!
puding










selamat berbuka & terjah Baram uols!

Monday, October 20, 2008

Ceritera Raya Bab II

aishh..lambat betul aku update kan. mcm biasa. malas. + ada keja skett..

oke meh aku sambung cerita berpose di rumah orang lain aka mertua aku for the very first time..

there are few differences between fasting at my own house in jerteh with their house. yang pertama-tamanya...

1) on the food / juadah bukak poser & sahur
:: kalo kat rumah aku, mak aku jarang masak. she prefer to buy the foods at bazar ramadhan than cook it herself. taktau kenapa. malas?? hmm maybe mak aku dah terbiasa beli lauk-pauk kat kedai sebab dia duk berdua je ngan ayah aku. so, kadang-kadang masak sendiri tak worth it sangat, so pegi kedai beli lauk 2,3 jenis tak sampai lagik rm10 (biasalah kat kampong kan). boleh makan sampai dinner. tapi bila anak-anak ramai balik, dia akan memasak la. kalu dah ramai kat rumah, takkan ler nak beli lagik kan? aish. membazir namanya.
tapi kan...
"bakpo eh mama behi beli lagi walaupong aku ado duk kapong lonih??" my sister asked me on last month.
thehehe. kak, sori aku tokleh jawab la soklan mung..hikhik..

back to the stori, may MIL nih jenis pemasak yang tegar. juadah bukak poser ke lauk-pauk sahur ke memang masak sendiri. aku memang salute la ngan dia. even dia sekarang tak sihat sangat, tapi gagahkan jugak masuk dapur masak. same situation goes for her - stay kat rumah dengan my FIL je. so berdua je lah kan. tapi tetap masak.

so nak dijadikan cerita, aku nih bukan pandai sangat pon bab-bab kat dapur nih. pada suatu petang tu diaorang nak buat kuih onde-onde also known as gula melaka *hmm*, so bersama-sama dengan SIL aku masak-masak kat dapur. dan kebetulan tugas aku jaga periuk kat dapur & masukkan onde-onde yang dah digotel2kan tu bersama gula melaka kat dalam periuk yang mendidih-didih airnya.

the Fact: aku memang takut benda-benda panas ni especially air panas. so, aku pon buat la tindakan bijak 'menggelongsorkan' onde-onde tu ke dalam periuk. sepatutnya campak-campak je dalam periuk tu, tapi aku takut air tuh memercik kat aku.

Hasilnya: onde-onde tu melekat kat 'dinding' periuk tu dan tak boleh tarik lagi. buat dengan sudu pon tak jadi jugak. *huwaa* mujorlah ada SIL aku tolong, kalu tak ayoyoyoyo.

Read: dulu-dulu mak aku memang selalu jugak buat onde-onde ni, tapi aku sekadar TOLONG tengok dan TOLONG sembang je. maka begitulah hasilnya kalo suka TOLONG(s) je kat dapur.

pada suatu petang kedua, derang nak goreng cucuq udang. maka sekali lagi aku mengambil tugas di bahagian dapur & kuali yang minyak tengah panas. *kerana aku tidak pernah serik*
nak dijadikan cerita, dekat stove tu derang letak paper utk lapik apa2 la kot ada tertumpah. petang tu plk, ujan berserta angin sepoi-sepoi bahasa gitu. tingkap dapur bukak sket. aku sejujurnya tak pernah & jarang beno ler guna api besar time masak-masak ni, tapi disebabkan nak cepat, derang suh aku guna api besaq. maka,
Hasilnya: 3 kali paper kat situ terbakar time aku goreng-goreng cucuq tu & mujoq la tak terbakar rumah.
kalo tak naya jer terbakar rumah dekat nak raya ni. *heheh*

maka, pada tahun pertama poser kat rumah mertua aku dah tunjuk la skills aku kat dapur. skill menjahamkan dapur & kuih orang. jelaslah di sini saya memang tidak pakar di dapur. jelas dan nyata sekali.3

one more, MIL still buat kueh raya, ketupat palas sendiri! mak, salute lah! nanti ajarkan saya ye.. *ihiiihi*

2) the time of preparing juadah / lauk pauk
:: kalo mak aku, walaupon dia jenis pembeli yang tegar, tapi dia jenis sorang yang tak suka kerja last minute. not a last minute person la orang kata. dia suka buat sesuatu awal-awal dari sepatutnya dan aku rasa kalau dia student U, mesti dia orang pertama antar esaimen. hehehe.

for example: kalo berbuka pose pukul 7 lbh, so everythings like main course, kueh-mueh, lauk-pauk, air, etc dah terhidang kat atas meja pukul 6.45 macam tu. *owh de veri awal kan* tapi tak kisah la janji jangan last minute. kalau kerja last minute, maka akan terhasil la super kelam-kabut dari dia. macam tu jugak waktu sahur. kalo imsak kol 5.30, so pukul 5 tu kami dah selesai makan dah pon.

tapi berbeda dengan MIL aku. kalo bukak poser kol 7.15, pukul 6 ke atas baru masuk dapur. evrything buat masa tu. masak lauk, kueh, air, etc etc. and on the dot azan Maghrib, evrythings is done! waaa, salute la! tu kena guna api besaq kalo nak masak sebab semua nak cepat. i have to biasakan diri slow2 la. memula aku terkejut jugak, sebab amat berlainan dengan style mak aku. macam tu jugak kalo kol 5.30 imsak, my MIL bangun around 4.30 or 4.45 then start masak bagai. then, 5.15 baru start makan. uwaaa kalo mak aku dah nanges tu.
so, which one do u prefer? =)

aku rasa dua perkara tu je lah yang nampak ketara perbedaannya berRamadhan kat rumah sendiri & rumah mertua.

untuk aku sendiri, kalo kat rumah rumah aku..aku tak pernah nak bangun awal-awal waktu sahur tu. bangun awal- awal pon nothing to do aite? hehe. cuma panaskan lauk pauk & masak nasi je. dan dari apa yang mak aku cakap la.. aku adalah antara orang yang paling liat nak bangun sahor. kadang-kadang aku bangun bila mak aku dah nak tutup saji dah pon. uwaaa, actually masa tu baru pukul 5am macam tu. tp u know la my mom kan.

TAPI bila kat rumah MIL, terbising sket je kat dapur terus aku bangun. waaa unbelieveable nye kan... *wink*

for this year, aku sempat berpuasa 2 hari saje kat kedah, & sehari kat jerteh. InsyaAllah tahun depan poser lama sket kat kedah & beraya kat sana jugak *whoops?!*

30 Ramadhan (30 September) on 9am, we start our journey to Jerteh. yeay! balik kampong..ho ho balik kampong..

cont. for the third Bab & piktures version...

Friday, October 10, 2008

Ceritera Raya 'IdulFitri Bab 1

arini 10 Oktober 2008 bersamaan jugak dengan 10 Syawal 2008. dah 10 hari kita dalam bulan Syawal dan dah 10 ari jgk ler kita beraya tahun ni ye. bagi sesetengah orang, hari ke-10 ni dah takde sangat feel raya. tapi bagi aku raya menten sebulan hihihik. ari raya ke-5 dah kena balik kotaraya. hari raya ke-6 dah start keja (husband aku ler) aku tak start lagik. tak puas rasanya beraya di kampung. actually, bukan beraya yang digembirakan sangat tu, tapi gathering bersama kaum keluarga yang lain yang buat aku tak mau datang kL lagik. tak best duk sini. uwaaa. *homesick??* sampai ke arini pon aku tetap bukak lagu-lagu raya kat ofis ni, dalam keta masih cari channel mana yang mainkan lagu raya, still rasa nak makan ketupat daun palas, tiap hari balik keja aku & asben berebut makan kuih raya yang tinggal saki-bakinya. hujung minggu je aku mula la mencari-cari open house. hehe. *so, anyone out there yang nak wat open house, buh nama aku lam list oke!*


nak bercerita pasal raya tahun ni memang ler agak panjang. tapi aku buat by bab ler. ala-ala Lord of the Rings *muehehe*


kitaorang start bercuti 28 September. 27hb tu asben aku keja lagik. kononnya lepas sahur 28hb tu terus nak gerak balik kedah. tapi macam biasalah kalau dah name nya nak balik kampong, tak sabor lagi nih. asben aku pon tak lena dah tido. last2, kol 12 midnite kitaorg dah sumbat barang dalam boot keta & terus gerak. singgah jap kat satu restoran kat kg melayu subang. konon terus sahur la tu. tapi, ya Allah hazab nye makanan Dia je yang tau. aku masak jauhhhhhhh lagi sodap la. ada ke nasi & bihun goreng dia guna pakai sos tiram je?? aku yang tak pandai sangat bab-bab masak ni pon leh rasa dia masak guna sos tu je. aish. tapi disebabkan lapor, aku & asben hentam jugak lah. tapi, macam biasa restoran tu dah dicop 'X', bukan saje restoran tu tapi sume branch(es) dia yang lain (kalo ada ler).


then, we start our 'real' journey on 2am. korang paham-paham lah kan, tengah2 malam lepas makan plak tu cmne. mengantuk ya amat! my asben drove from shah alam until tg malim, then i took over from tg malim until tapah. tu pon aku memang de very mengantuk jgk la. (info: aku memang alergic sket dengan straight hiway sebab aku mudah mengantuk. if i'm the driver, i more prefer jalan kampong or jalan not too straight. it make me sick!) kat tapah tu kitaorg benti tido sat. dalam 15mins. from tapah, we use the alt. way which is jalan kampong. not really kampong la. jalan pun dah besar cuma trafik lite la yang banyak. but i like! kalo berjalan siang hari, aku suka tengok pemandangan, rumah-rumah area tu, kampong2, kebun2 durian, old buildings kat ipoh, bidor, & in most of the Perak small town still have old buildings. aku & asben ni kaki sejarahwan sket. ha ha. historian gitu.


kitaorang masuk balik hiway di kuala kangsar, & pit stop at bukit segantang (if not mistaken la. already forgot). had our Subuh Prayer there & have our 20mins slept. again! dari situ aku drive sampailah Penang. dah masuk area penang tu, asben drive balik la sebab dia lebih arif jalan situ & know more the shorcuts. at 9.30am, we arrived our hometown, aloq staq. de very tired oke! 7++hours.


My heart says : cmne la puasa, bukak pose & sahur kat rumah orang lain ni. kat rumah mertua plak tu. aiyak!


aku dah mula rasa macam2...

ikuti kisah selanjutnya camne aku mengharungi kehidupan di bulan ramadhan di rumah mertua ku.
macam-macam pengalaman aku dapat.. *thihihi*


aish...cmne ni nak wat biasa kat ghumah mertua

Monday, September 22, 2008

Lailatul Qadar..

bercerita pasal Malam Lailatul Qadar, aku tiba-tiba teringat satu cerita yang agak bingai masa aku sekolah dulu. *thehehe*. bukanlah aku maksudkan malam 1000 malam itu bingai (nauzubillah..), tapi aku sendiri yang bingai.

aku tak ingat kejadian ni bila. tapi aku rasa masa aku lower form la. aku ni budak sekolah asrama. so boleh balik kampung 3 / 4 minggu sekali saja. kebetulan waktu kitaorang leh balik kampong tu bulan puasa. so seronoklah ni kan boleh berpuasa & bukak puasa kat rumah.

aku nih plak bangsa yang memang dari dulu lagi tak reti nak tido awal macam orang lain. pukul 12.30malam tu mata aku segar-bugerr lagi. so, nak dijadikan cerita malam tu aku konon nak stay lewat lagi ler nak tengok movies kat tv. sume family members aku yang lain dah tido. so sorang-sorang la aku tengok tv kat living room tu. sebenornya aku ada jugak rasa takut-takut, tapi bila aku pikir sume setan kena ikat bulan posa ni, so aku tak kisah sangat la. rumah aku plak jenis sliding door. tp antara pintu tu tak berapa nak rapat, so adalah ruang-ruang sikit antara pintu tu untuk aku intai keadaan di luar rumah aku. (tak luas pon ruang tu, kecik je).

aku pon mula lah layan citer dalam tv tu. masa aku baru nak feeling syok tengok tv, tup2 aku rasa macam nak tengok je ke arah pintu rumah aku tu. bila aku terpandang je ruang kecik tu, aku memang terkejut beruk sangat sebab aku nampak ada kain putih ala-ala jubah duk dekat ruang kecik tu. dua tiga kali aku tengok, tetap sama. aku mula la gelabah. perkara pertama yang terpikir dalam kepala aku masa tu "arhh..lailatul qadar kah???!!" aku buat-buat tak tau saja, kononnya taknak pikir bukan-bukan la dan nak layan lagi tv. tapi dalam masa sama, aku terpikir lagi. "eh ustaz kata malam lailatul qadar ni akan dirasai oleh orang-orang yang baik-baik, betul-betul beriman dengan NYA saja. tapi aku?? terawih pon aku tak buat tadi..aishh". (tapi jujurnya aku gembira amat sebab AKHIRNYA aku jumpa jugak ngan malam yang sume orang Islam impi-impikan tu..) aku mula tak nak pikir panjang, terus aku cepat-cepat off tv dan lari masuk bilik (aku pon tak sure bilik mana aku masuk masa tu, samaada bilik aku atau bilik mak ayah aku..=p). so, aku plan taknak la cite kat sesapa pon. *kononnya biarlah aku sorang je jumpa malam tu..*

pagi esoknya, mak aku kejutkan aku sahur. aku bangun macam biasa, tapi masih teringat kisah malam semalam. tapi aku diam kan je. sambil makan nasi, sambil aku pikir. aku rasa tak best plak kalo aku tak citer kat mak aku. terus aku ckp kat mak aku "Ma, smale N** jupo lailatul qadar." sungguh yakin aku memberitahu. mak aku memang terkejut gila la. "heh??gapo. jupo lailatul qadar?? guano bulih jupo tu" dalam pada mak aku terkejut tu, dia masih boleh lagi senyum-senyum nak gelak kat aku. ye lah, mungkin dia pikir anak dia buat lawak. mungkin dia pikir betapa ceteknya akal anak dia. aku dalam keadaan serius terus bercerita "sunggoh nih n** tengok smale. napok kot celoh pitu tuh." ayah & abang aku yang mulanya tak amik pot, terus berminat nak dengar cite aku. "yeo, smale kuci dok gate bowoh?" ayah ku tanya pada abang aku. mungkin mak ayah aku anggap 'lailatulqadar' yang aku maksudkan adalah penyangak-penyangak yang aktif bergerak pada malam hari. mak aku pon suruh la aku cite detail sket. aku pon dengan penuh yakin bercerita.

abis je cerita aku, semua terdiam. abang aku kata "xpo ah, nati lepas sahur ni yeo g tgk la keliling rumoh kot ado gapo-gapo". lepas je makan nasi, abang aku bukak pintu belakang. tujuan dia macam biasalah nak smoking kat luar rumah. masa dia tengah smoking tu, tetiba dia kata "eh gapo tuh gerok-gerok??" aku dah mula panik. mak aku cepat-cepat pegi kat tempat abang aku. tiba-tiba mak aku ketawa. "hoh. lembu. dey lembu Che Senah nih!" huh??aku terkejut. mak aku sambung lagi "eh mama raso smale mama kuci pagar bowoh awal lagi. takdok gapo-gapo pon dale kawase rumoh maso tuh" aku lagi terpinga-pinga & pergi jugak kat luar rumah tu.

yes! aku tengok ada sekor lembu dengan nyamannya meragut rumput dalam kawasan rumah aku. ayah aku yang masih kat meja makan sudah ketawa berdekah-dekah. abang & mak aku pon sama. "hoh nih la lailatulqadar mung!" kata abang aku. "yeo, g ambat lembu tuh, pah kuci smula pagar" aku diam je masa tu. masih bengong dengan apa yang terjadi. aku amati betul-betul adakah lembu tu berwarna putih?? takde pon. lembu tu mcm lembu biasa yang lain saje, kaler koko.

lepas beberapa detik barulah aku turut ketawa. hihihi hauhau hahaha muehehe gila lah! lembu disangkanya lailatul qadar. keji sangat kan.

sampai ke saat ini pon kalo isu lailatul qadar diutarakan, ahli keluarga aku masih memperli aku tentang kejadian tu.

dan sampai sekarang pon aku masih terpikir lembukah yang berwarna putih itu atau apa??hmmm..

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab:
لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi
pada bulan
Ramadhan, yang
dalam
Al
Qur'an
digambarkan sebagai malam yang
lebih baik dari seribu
bulan. Dan juga
diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang
keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada
Surat Al Qadar,
surat ke-97 dalam Al Qur'an.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya
malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini
berdasarkan
hadits dari Aisyah yang
mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di
sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah
malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" "
(HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Marilah kita sama-sama mencari malam yang istimewa itu pada 10 malam terakhir
ini...insya Allah.

Note: Malam Lailatul Qadar itu biasanya dapat dirasai, bukan dijumpai macam kejadian aku nih..hee macam-macam la kan.

Selamat Meneruskan ibadah puasa!

Friday, September 19, 2008

the holy month

this year is the first year we having our fasting month together as a husband-wife. *almost 6years having our fast as a couple-maple wink wink*

yes. its very different between the previous years and this year *and onwards*.


i just summarize what the differences. (different people have different experiences, aite?)

a) the menu of berbuka & bersahur
b) the time of bersahur
c) the mood of puasa itself

lemme explain even not too briefly, but so-so pon okaylah..just for your undesstanding. *hee macamlah ramai baca hasil taipan aku nih kan. aish perasan!*

a) the menu of berbuka - yes i admit it! i cannot have the heavy meal like nasi berlauk or nasi campur as the first meal for berbuka. i cannot go oke! its enuff for me to have kurma or kueh, roti or capati or murtabak etc and ayaq. except nasi.

there is a story behind this. for the first two weeks of puasa, i actually wanna tiru my hubby's berbuka style. he *and of course many people out there* will have nasi for the first meal for berbuka. the first week of ramadhan, we berbuka with nasi and lauk-pauk *sometimes bought at bazar ramadhan. few times cook by myself*. then, i sudah tidak lalu for have nasi & lauk-pauk. i try to change it. still have nasi for berbuka, but not nasi putih with laukpauk. i try to have nasi minyak, kerabu, dagang, beriani, tomato, etc. yes! i like it. but sadly i just can stand for all those nasi only few days *less than a week* owh.

after that, i have capati for my breaking fast menu. *wink*

Info: habit berbuka puasa NOT with the nasi is from my family. if in my kampung, we will have bubur lambok, roti with curry, murtabak, makaroni goreng / soup, capati, etc for berbuka.

the menu of bersahur - NASI for my family & hubby and for me its okay if there is bread with butter, oat, etc. if i dont have any choice, i CAN have nasi for my sahur. its not a big deal!

b) the time of sahur - during my single mood dolu-dolu, i will have my sahur at late night *11pm - 12pm*. and will wake up at 5am for have 1 or 2 kurma and some water. and after being somebody's somebody *wink* the sahur time remain the same. for this one, my hubby tiru my style.

c) the mood of puasa - for this year, the puasa mood is more than before. i am not sure why. maybe because i am a wife this year? oh, not only that. maybe because of i can break my fast at home with the hubby. not like before breaking our fast at somewhere not-called-home. *restoran, kfc, mcD, pizza, garden, tepi masjid, dalam keta* ahahaha kantoi!

today is the 19th day puasa this year 1429H. so wishing all of you to complete another 11 days with Allah's blessings and fulfill it with the barakah. insyaAllah.

Note: only 11 days remain for Ramadhan this year. hoping that i still can meet next Ramadhan. insyaAllah.

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....