Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya…

..lah kepada semua.

bila balik kampung? ka dah duk kg? apa2 pon semoga perjalanan pegi-balik korang selamat lah hendaknya. aminn.

aku iAllah esok petang gerak masuk karak plus hiway.

aku tatau ler cemana kat hiway esok. aku dah cakap kat encik jamjul, “tah² kol 3 kita gerak, masa bukak posa pon tak sampai tg.malim lagik” aish. nazubillah..

malam tu nanti iAllah kitaorang transit kat Sg. Siput hantar kazen jamjul & maybe tido sana dulu kot. esok tu baru teruskan perjalanan ke aloq staq. hoho balik kampung aloq staq!

semalam aku suda setlekan semua baju, sandal, hbag, tudung raya. skali zasssss je. tanak dah ulang alik arini, esok & lusa mencari-cari lagi apa yang tak cukup. cukup lah 2minggu aku pusing satu selangor *hihi* utk survey baju raya yang bleh matching dgn kaler baju melayu jamjul..*tapi aku rasa aku akan zassss lagi skit kat Pekan Rabu nanti. hehe*

semalam plannya nak ke KL, tp sebab ujan so aku shopping kat Kompleks PKNS, SACC & Alam Sentral je. tapi mak aihhhhhh, ramainya bukan main lagi! dah rasa macam esok suda mau raya. semua kuar shopping last minit! orang macam semut aku tgk.

sepatutnya akhir² ramadhan ni kena hurung masjid macam semut, tapi ini suda terbalik!

kepada semua pembaca belog aku nih, aku ucapkan..

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
andaikata ada tulisan aku kat sini menyinggung, menyentuh, menyakiti & dsbnya hati pembaca-pembaca sekalian (wahhh sgt ramai ini yg baca!)

i

Wednesday, December 31, 2008

Sorry!

to all my everdearest readersssssss (waah ramai ini readers aku..)


aku tak sempat nak update blog skrg. i'll try my best untuk buat entry terakhir.

ooops. terakhir utk year 2008 la beb!

tapi banyak benda lain aku nak kena buat dulu ni.. dahlah jap lagik aku nak ponteng buat keja luar plk nih..aish..

**melambak idea aku nih, tapi tatau nak wat yang mana dulu... sat naa..

Friday, September 26, 2008

Salam 'IdulFitri 1429

Saya a m l y n y x & suami mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1429 buat semua umat Islam di seluruh dunia (yang mana baca blog ni la).
Hari Raya yang merayakan kemenangan kita dalam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Maaf Zahir & Bathin.


Image Hosted by ImageShack.us



Note: Sesape yang kenal rumah kami di Terengganu, jemputlah datang beraya. kalo tak kenal pon, boleh kontek aku oke.

Turn tahun ni di Terengganu.
dah kena start buat jadual balik kampung nampaknye ni. aishh.


Notes: Kepada sesiapa yang drive balik kampung tu, drive safe. have a safe journey! ho ho ho balik kampong~

Monday, August 25, 2008

Maaf Zahir Batin & Ramadhan...

عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ:

Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.

Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu.

Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga.

Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah,diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya memohon Maaf Zahir Batin jika saya ada berbuat kesalahan disedari atau tanpa sedari & semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih barakah kepada kita semua..insyaAllah.

Saya juga telah memaafkan kalian & menghalalkan segalanya….

amlynyx.


2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....