Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

takde tajuk.

malas update belog. adakah ini satu alahan?

 

rasanya tak kot. tak ada masa nak godek² belog skrg. balik umah, tak ada masa nak on *paptop*. lenguh pinggang la duduk lelama! tapi main game bleh plk! hihik.

 

oh btw, hari tu aku dah zasss sebiji laptop baru. tak ler hebat sangat spec dia. skadar boleh aku check email, update pricelist & MAIN GAME! hehe.

 

ini jer yang aku zasss aritu…

 

acer_asp4736z

bajet pun tarak la banyak, ini je lah mampu deknon! tapi mak bangge kali ni mak dah beli ORI window 7. kantoi la sebelum ni pakai pirate sajork! hiks.

 

lepas tu kan, ada lagi citer yang tak besh utk bulan ni. tarak ong la ini bulan march! oops! bulan yang betul² menduga aku & jamjul.

 

 

03/03/2010 – rumah aku kena pecah.

 

 

15/03/2010 – tetiba elmo takleh start. masa tu dah nak balik keje. bateri keta suda kong! check punya check, suda lebih setahun rupanya bateri keta aku tuh. mujor ler ada kedai tak tutup. jamjul pinjam muto guard ofc aku & pegi beli bateri. & LUCKILY kejadian tu berlaku kat dalam pagar ofis aku. so nothing to worry sangat la. melayang RM150~

 

Morale of the story: check when the date u purchased your car battery. kalau dah sampai setahun, so beware. be prepare the extra money :)

 

16/03/10 – aku got bad cough, pegi klinik. parking jamjul masuk elok je, masuk pungkoq orang kedah kata. skali kuar klinik, tengok² cermin belakang keta PECAHHHHHhhh!

 

nak kata nak pecah masuk nak rompak keta takkan nak masuk kot cermin belakang. lepas tu ada satu point (aku lupa nak snap) macam terkena sesatuh keras macam batu. so dari point tu la cermin keta aku jadi pecah berkecai. mujo la jamjul cepat pick-up. dia kata ni mesti mesin rumput!

 

terus kitaorang cari pemesin² kat situ. depa mengaku yang depa mesin area aku parking tu. terus derang bagi hp no bos derang. lama jugak la tunggu brader tu, dalam sejam lebih jgk, dengan tak cakap banyak brader tu terus bawak pegi workshop & tukar cermin baru.

 

RM350 melayang! bukan duit aku ye. duit brader tu. Alhamdulillah, dia nak bertanggungjawab atas kesilapan anak buah dia. sian memang sian. tapi, ada batas la kan nak kesian lebey²..

 

Morale of the story: Beware la kawan-kawan semua kat mana saja anda parking. Malang sungguh tidak berbau! & kalau ada sesapa amik sub-con mesin rumput, pastikan pekerja anda diberi pengetahuan penuh cemana akan jadi kalau time syok² mesin rumput tu, batu melompat naik ke cermin keta orang² kat situ.

itu aje lah cite² yang menduga aku bulan ni. harap² takde lagi kejadian² yang mengejutkan jantung aku lepas ni. haihh..

 

 

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAH YANG ALLAH TELAH TETAPKAN… kan?

 

 

 

p/s: haish. napelah wifi ofis aku nih ngok ngek plak. aku nak trasnfer gambar cermin pecah dari hp ke pc ni. tak bleh la plk. nti la nxt time kalau dah ok aku letak sini. (usb cable aku tah mana pegi tatau la..)

 

p/s/s: TAKZIAH pada sorang kawan UiTM aku yang kehilangan anakanda malam semalam. baby dia lahir tak cukup bulan. cerita detail aku tak tau lagi. semoga beliau & suami (yang juga satu kos dengan kami) tabah menghadapi semua ni. insyaAllah…

 

 

 

Friday, March 05, 2010

aku…

2006

 

Dear Diary,

 

aku dilahirkan di salah sebuah negara di Eropah.

 

tak lama lepas tu aku tak tau naik apa jenis kenderaan, aku dah sampai di Malaysia.

 

maka bermulalah kehidupan aku di negara yang bernama Malaysia.

 

aku ditempatkan di kawasan pada mulanya bagi aku bahasa yang diaorang gunakan adalah sedikit asing bagi aku. sepatah haram aku tak paham.

 

tak sampai sebulan aku di tempatkan di situ, tetiba ada seorang perempuan berhenti betul² depan aku & berkata kepada tuan ku yang dia berkenan dengan aku. selepas beberapa minit, aku diserahkan kepada perempuan itu.

 

ahh sudah! nak ke mana lagi aku kali ni?

 

ohh aku dibawa ke rumah perempuan itu.

 

perempuan itu sangat menyayangi aku. ke mana sahaja dia pergi, dia mesti tidak lupakan aku. dia memang sangat sayangkan aku. beberapa kali dia berpindah rumah pun, dia memang selalu membawa aku bersama. dan yang paling istimewa, dia tak pernah meletakkan aku merata². kalau di dalam kereta, tempat aku lah yang paling selesa & paling selamat berbanding yang lain.

 

pada tahun ini (2010), sekali lagi tuan aku itu berpindah rumah. aku amat sukakan rumah baru ini kerana size nya yang besar membuatkan aku lagi selesa.

 

pada suatu hari, sewaktu tuan aku keluar bekerja & aku sedang berisitirehat di ruang tamu, tetiba aku terdengar sesuatu bunyi aneh dari tingkap bilik belakang rumah itu. aku diam seketika. tetiba muncul seorang manusia yang tak pernah aku kenali & tak pernah aku jumpa meluru ke arah aku & memegang aku. aku meronta-ronta, tetapi tiada siapa yang dengar & peduli.

 

aku diheret dengan kasar. aku menangis. aku teringatkan tuan aku itu. aku sayang pada nya. aku rasa aku tak puas lagi berbakti kepadanya. tetapi lama-kelamaan, aku rasa mata aku berpinar. hitam. kelam. aku tak tau apa jadi lepas tu.

 

maka berakhir lah kisah kehidupan aku dengan tuan perempuan yang sangat aku sayang itu.

 

kini aku tak tahu aku di mana. aku rindukan tuan aku…

 

uwaaaaa…

 

inilah aku….sebuah laptop.

 

 

***********************************************************************

 

uwaaa. mak sedih noks! rumah mak dipecah!

 

laptop kesayangan & sebiji handphone hilang!!

 

tapi, Alhamdulillah aku & jamjul tak de kat rumah pada waktu kejadian.

 

*sob sob*

 

Paptop (panggilan manja pada laptop ku), jangan lupa kenangan kita ok. i love u soo much. banyak kenangan aku dalam tu. owh!”

 

durjana sungguh engkau wahai penyangak!!

 

p/s: ye. mak banyak propah kat atas² tu, kat bawah² tu adalah cerita benar sekali.

 

 

Sunday, January 17, 2010

pro & con

hari ni genap 17 hari aku duk rumah baru. tak sampai sebulan pun lagi. dan weekend ni dapur aku pun mula berasap. baru lah nampak macam dapur skit. ini ala² store sajork!

 

sepanjang 17 hari duk sini, apa yang aku rasa best dan tak best?

 

kita mulakan dengan TAK BEST dulu:

 

1) unggas² kecik (betulkah penggunaan perkataan UNGGAS tu uols? mak tak arif laa) dengan kata lain serangga macam semut, anak lipas, dan macam² lagi suka masuk rumah. iyo lah sebab duk kawasan baru kan. mestilah menatang² tu masih berleluasa lagik. + phase rumah aku tu tak ramai lagik orang duk.

 

2) sebab banyak lagi rumah kosong, makanya aku pun kalo duk sorang² mulalah baca Ayat Kursi banyak². kalo antu setan bleh la kita baca ayat² tu kan? kalo antu kepala itam. aishh. nauzubillahiminzalik.

 

**eh 2 saje kah? aku rasa macam banyak je dalam kepala tadi…**

 

yang BEST pulak..:

 

1) ELMO dapat parking dia sorang², teduh tak kena ujan panas.

 

2) boleh jemur baju kat bawah panas matahari, even kalo weekdays aku masih jemur baju dalam bilik dobi.

 

3) disebabkan kawasan tu kawasan baru & masih banyak hutan pokok² hijau, makanya udara yang ada kat situ freshh sajork mak rasa. memang best tak de asap kilang!

 

4) boleh bukak semua pintu, tingkap dengan jayanya pada hujung minggu. kasi angin keluar-masuk. besttt ada cahaya matahari masuk rumah+angin sepoi² bahasa..

 

5) kawasan yang sunyi & tak de banyak gangguan. ada privacy. dan boleh bukak sound tv kuat² hehe

 

6) jarak dari rumah ke ofis aku adalah 13km. rumah lama dulu 6km SAJORK oke. tapi walaupun 6km, tapi ada 5 traffic lights. can u imagine that? yang sekarang 13km, 4 traffic lights. 2 yang amik susur kiri je, 1 ke kanan & 1 yang straight.  kalo susur kiri tu memang heaven la sebab tak yah jammed lelama, yang ke kanan & straight tu ada abang polis trafik yang jaga, so agak terkawal.

 

7) food court yang salu aku tapau sebenarnya food couurt untuk student UiTM puncak perdana (eh adik², akak pioneers ok kat situ hahahaha). makanya price yang aku dapat pun ala² student’s price. tak mahal mana pun. atau mungkin jugak aku muka student? oops!

 

8) banyak lagi kot. tapi perasaan males menaip aku dah muncul ni…

 

 

 

ohh lupa mak nak tanya kepada sesapa yang pernah dengar  @ kenal dengan housing developer yang namanya Zestrans, bleh tak bagitau aku tentang developer nih. ada la satu potential area yang baru nak naik rumah dekat area UiTM Puncak Alam under developer ni. aku nak booking pun was² katanya. sebab cari dalam tenet tak de pun kuar pasal zestrans ni. cemana?

 

 

 

p/s: kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan Serviced Apt., tapi ala condo, cubalah pegi jengok kat Suri Puteri kat Seksyen 20, Shah Alam. Facilities nampak menarik. price pun menarik *bagi aku tak LOL*. starting price RM303k+++

 

p/s/s: kalo rege macam tu, aku prefer landed house la kot

 

p/s/s/s: mengaku je lah mak tak mampu deknon *sob sob*

 

 

no4 gambor rumah sebelum pindah.
ala..bukan rumah aku pun!

 

 

Monday, January 04, 2010

1st entry 2010

Alhamdulillah everything about moving out went smoothly last weekend.

Alhamdulillah jugak malam tu terus buat solat hajat kat rumah yang tak pernah dihuni lagik tuh. takde lah besar²an pun majlisnya, adik-beradik aku je. abang sulong aku jadik imam, makmunnya adik-adik dia & anak buah sorang dua.

insyaAllah house warming (wahh poyo! :p) aku ada plan nak buat jugak. harap² semoga jadi ler mama & baba nak datang CNY ni. kalo jadi & ade rejeki lebih boleh la aku buat solat hajat sekali lagi & makan-makan yang nyum nyum skit. hehe

tapi sakit² urat, sakit kaki, sakit tangan still have bahana mengangkat, menolak kotak² tu.

manyyyyyy thanks to abang zie & family sampai basah baju duk tolong angkat barang from A-Z. not forgotten abe Yeo & family too.

picas? nan-ado deknon. sebelum angkat barang dari rumah lama ada la aku snap sekeping, tapi males nak upload. kat rumah baru belum snap² lagi. tak lawo pon. paling kemas pun bilik dobi je. hehe. yang lain? korang pahem aje lah ye.

gambar rumah lama aku ada snap aritu, last² terdelete. apekah?? buta IT ler kot duk kelam kabut tuh.

bye-bye Bidara, Sri Kayan!

nice to meet u, Sunway Alam Suria!

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....