Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

[outdated] kronologi part ii

akhir² tahun ni korang bizi ke? klu tak, meh² kita layan cerpen dari aku.. smile_party

 

******************************************************

 

maka warded la aku dengan jayanya kat KBMC jam 2.30pm aritu. jakun beb 1st time masuk sepital! smile_tongue

 

mama pun call la kakak aku cakap aku dah warded. they’re not really surprised la kan sebab dah expect.

 

dalam 2.45pm Dr Lily masuk dengan nurses. seluk lagik! ouch. Dr Lily cakap dah bukak 2cm. pastu Dr masukkan sebiji ubat kat bawah. “apa tu?” tanya aku. “induce dik..” si nurse tu jawab. eh macam tu ye induce. ingatkan masukkan air ke apa..smile_teeth

 

Dr Lily pesan jangan bangun dari katil dalam masa sejam ni. just baring sajork. nurse pun pasang jugak mesin CTG tu kat perut. aku tanya lagi “nak makan pun takleh ke?” “hmm nope!”

 

taat la aku sejam tu baring je. memang lenguh. dengan rasa ngilu² kat bawah tu sebab masuk ubat. hukhuk

 

tettt 3.45pm aku bangun dari katil. serius lapar aritu! lepas tu nurse masuk & bukak wayar CTG tu.

 

petang tu kakak aku dah plan nak datang bukak pose kat wad sesama mama & jamjul.

 

jamjul pulak sempat lagi pegi Pasar Ramadhan Stadium KB [yang agak glem salu masuk tb]. beli macam². aku siap oder mee goreng lagik.

 

kak & family serta arwah baba [boley tak aku tanak sebut arwah? sobsob smile_sad] *mula lah aku takleh nak menaip lagi. rindu kat baba!* sampai lebih kurang jam 6.45pm. depa pun beli banyak jugak juadah bukak pose.

 

[Note: gambar² akan diupdate later ya sebab semua gambar ada kat lam lappy kat rumah]

 

masa bukak pose tu aku merasa kesemua makanan yang ada tu. sebab aku pikir esok ni dah takleh makan sebab dah kena pantang. *macam la pantang 3tahun kan?*

 

ada satu kuih yang aku tak sempat makan aritu, puding caramel tak silap aku. aku hold dulu aritu sebab nak g mandi dulu. lepas mandi, nak makan la puding tu.

 

aku mandi masa tu dalam pukul 7.45pm. dan lagi mandi tu beb! sebab aku pikir kalau tak mandi sekarang, kot esok tak sempat dah nak mandi wangi².. hihik. ye. aku memang suka pikir ke depan smile_nerd

 

kuar je dari toilet tu, mama cakap Dr Lily carik. dia pesan kalau dah siap mandi panggil dia. aku pun siap² pakai bedak segala baru panggil Dr.

 

Dr & nurse masuk. cek jalan lagi & “ok dah boleh pegi labour room”

hah??!apekah??

 

takkan kot. baru lagi nih. hati aku berkata².

 

first timer macam aku nih serius banyak lagi tatau!

 

Dr Lily cakap dah 4cm bukak. so suda boleh pegi LR. uwawawa takut! smile_sick masa mandi tu aku ada tengok darah² dah kat underwear. maybe ni la dikatakan ketuban darah kott..

 

masa tu dalam pukul 8.30pm. masa nurse bawak aku g LR tu, aku sempat lagi bye² kakak & baba & cakap “mintak maaf semua!”

 

kakak aku cakap “gooood luck!”

 

so mama & jamjul temankan aku dalam LR.

 

masuk dalam LR aku nak lengah² kan baring atas katil tu.. aku cakap nak g toilet dulu..

 

lepas tu aku pun kena baring atas katil tu.

 

and the story beginn……..

 

*macam la saspen sangat kan? hihik*

 

bidan situ suh tukar kain. pakai kain kaler pink. aku dah mula kecut perut.

 

pastu dia masukkan air. katanya nak suh percepatkan lagi bersalin.

aku rilek je memula sebab pikir air biasa aje!

 

eh eh chup²! lupa satu bab. [haa! kang dah cakap, mesti jumping² punya story sebab dah history the very]

 

 

 

 

…………..dari pagik lagi aku duk type mende alah ni. banyak blockers la plk, so aku sambung next plk k! smile_shades

Saturday, December 25, 2010

[outdated] kronologi part i

wah. sudah lama aku tak update citer kat sini.

 

lepas jadi mommy ni, xsampai 10 entry pun kat sini.

malas betul kan? Thinking smile

 

hari ini aku terasa nak citer kronologi masa aku nak bersalin hari tu ler. boleh ka? very the history kan. baru nak update katanya.. Smile with tongue out

 

*tapi disebabkan terlalu jauhhhhh benor aku baru nak story nih, makanya story pun jumping2 jugak la adanya ye.. tak feeling sangat. lain ler kalo semalam beranak, hari ni dah gigih menaip entry. hikx*

 

*******************************************************

 

050910, Ahad

 

aku dengan perut memboyot masih gagah terjah pasar ramadhan. jadi tak heran la kalau anak aku nanti kaki jalan ok! Sarcastic smile

 

malam tu encik jamjul ajak aku pegi temankan dia beli kopiah kat uptown area umah aku tu. memula aku tanak pegi, tapi bila aku terpikir “kalau la aku dah beranak sok, ni la last time aku kuar ngan jamjul berdua2an..” so aku gagahkan jugak kaki temankan dia.

 

memula tu Dr Awang Nila set appointment 070910. tapi tetiba petang tadi dia call suh pegi awal i.e moning 060910.

 

 

060910, Isnin

 

Appmnt aku dengan Dr Awang dalam pukul 10am. hari ni aku bawak Mama plk temankan aku selain dari mr jamjul. macam biasa aku sampai dalam pukul 9am lbh macam tu, terus pegi LR utk check CTG & contraction lagik. kali ni lama skit acara di LR ni disebabkan Dr Awang banyak sgt emegency case. lebih setengah jam jugak la aku duk chck CTG tu.

 

lepas tu, kitaorg diarahkan ke bilik Dr Awang. kat sana pun lamaaa jugak tunggu Dr. dalam pukul 11am lbh macam tu barulah turn aku masuk jumpa Dr. Dr scan perut & check jalan (lagi?). lepas tu, Dr Awang nak discuss dengan kitaorang. mcm checkup sebelum ni la kan..

 

tapi kali ni masa discussion lain plk explanationnya.

 

memang bikin aku, mama & jamjul suspended sungguh la masa tu.

 

dia cakap baby aku terlaluuuu besar. EBW masa tu lebih kurang dah 3.5kg++. sampai kan dia nak ukur saiz kepala & perut pun dah tak boleh. suda tak muat monitor! Surprised smile air ketuban di paras yang normal dia cakap. dia cakap lagik kalau tunggu 40wks, maunya baby keluar 3.6-3.7kgs! ouch!

 

aku dah tak senang duduk. aduih. pesal tetiba berat baby naik mendadak ni. padahal mommy menten makan macam biasa jerk..

 

dia pun cakap dia nak warded aku & induce. aku cepat2 cuit jamjul suh cakap..

 

“Doktor, kitaorang nak bersalin kat KBMC. boleh Dr bagi referal letter?”

 

air muka Dr Awang tetiba berubah. tapi dia cover la. terus dia cakap “okeh! nak g beranak kat mana2 pun saya boleh bagi surat..”

 

[ini antara reason aku nape aku tanak deliver kat KPJ Perdana Specialist…

1. mahal! deliver takde pakej kat situ. dia macam ala-carte. koman2 ko kena bajet 4-5k dalam tangan ok! tu kalau NORMAL. klu csect? hukhukSad smile

2. kalau ikut plan asal sebelum kitaorang blk kg, mmg nak survey which hospital can give us the best rate+good services in KB. tapi dah Dr Siti cakap aku kena balik bersalin segera due to air ketuban kureng, so tanpa berfikir panjang aku terus dapat kan contact no O&G Specialist yang glemer di KB yaitu Dr Awang @ Perdana Hosp. sebab dah taktau sape lagi aku nak cekau. kata emergency kan!

3. aku tanak hospital kat KB tu yang masuk town area. kot jem! Hosp Perdana also pinggir bandar, tapi nak masuk jalan ke Perdana jem jugak. aku kan expect deliver 13/9 (Raya ke4) so aku kena pikir semua tu supaya time aku nak deliver nanti takdaklah kelam kelibut dengan jem time cuti2 raya tu. u know la cuti raya klu di KB cemano.Open-mouthed smile

4. mmg dalam kepala otak duk nampak KBMC!Winking smile]

 

lepas dah berjaya dapat surat dari Dr Awang, kitaorang terus zasss keluar dari Perdana. aku memang dari pagi lagi tak pose. so aku suh jamjul singgah di 7eleven. aku tapau air milo, roti, biskut, etc. mama cakap makan banyak2, nanti takde tenaga kang! dengan muka tak malu aku beli makanan di siang hari. orang pregnant takpe makan di siang hari Rolling on the floor laughing lalallala

 

pelan2 je aku suh jamjul drive ke KBMC. padahal dari perdana sangat la tak jauh nak sampai ke kbmc tu. dalam pukul 1pm lbh kurang macam tu, kitaorang pun selamat sampai di kbmc.

 

register & bagi referal letter kat kaunter kbmc.

 

then turn aku jumpa O&G kbmc plk iaitu Dr Lily.

 

dia tanya aku nak masuk ward tak. aku cakap depend on Dr la kan. dia pun scan la aku. dia cakap..

 

“cemana Dr Awang cakap baby awak besar & ketuban awak banyak??”

 

dia tunjuk kat aku air ketuban aku tak banyak dah pun. & baby tak lah besar sangat… hmmWho me?

 

sape yang betul? sape yang tak betul?

 

as I know, Dr Awang is the prof for Dr Lily & also Dr Siti. otai O&G la kiranya Dr Awang ni…

 

tapi……. ada banyak kisah jugak aku dengar pasal Dr Awang ni. kisah apa? takyah cerita la.. Smile

 

jadi secara rasminya, aku telah menyerahkan diri aku di KBMC pada jam 2pm 060910.

 

agak lama jugak tunggu nak masuk bilik sebab sorang patient tu baru check out. so dalam 2.45 aku dapat masuk bilik – 103.

 

mujo ler mama pun dah stnby baju & kain utk dia jaga aku kat hospital hari tu.

 

& for the first time ever aku masuk spital dalam sejarah hidup aku.

 

dulu dah penah masuk hospital. 28 tahun yang lepas – masa mama bersalinkan aku dulu tuNyah-Nyah

 

 

 

 

 

………………..ala tetiba aku rasa dah malas menaip la.. nanti la aku sambung kronologi part ii later k! Be right back

Saturday, September 18, 2010

introducing..

HANNAH ADELEA..

 

Image1156

 

was born on 060910

at 2215H

27 Ramadhan 1431H

3.0kg

normal

@ KBMC

48cm

 

details lelain, i stori u later k!

 

mwachh,

mommy hannah adelea heart

Thursday, September 02, 2010

cuak 2nd edition

AWAS! Entry kali ini berbentuk cerpen ye adik2.. (haa, i warned u already!)

 

heee tajuk pun tah apa kan?

 

Alhamdulillah, we safely arrived kampung at 630pm last Monday.

 

Update mommy masa checkup 38w..

 

sebelum tu dah get ready semua barang masuk dalam keta. klu Dr Siti lepaskan balik, balik kampung terus ler..

 

pepagi Isnin tu dalam 905am, dah terpacak kat SALAM.mommy patient ke-4 aritu kot utk Klinik O&G. nak jadi patient pertama tak tercapai nampaknya..

 

sampai turn aku, macam besa la kak Seri check BP & urine. semua ok Alhamdulillah. masuk jumpa Dr, Dr cakap air ketuban dah kurang. AFI about 5.6 sajork. at least kena ada 8.0. owh! mommy suda cuak! smile_omg

 

lepas tu Dr check jalan. 1st time kena seluk. uwaaa sakit ler! smile_cry sakit + terkejut. ingatkan seluk2 manja je, rupanya bleh tahan jugakk.. aku siap aww aww lagi dengan Dr.

Dr cakap baru bukak 1cm.

 

Dr suh buat CTG & check contraction sebelum dia bagi surat pelepasan balik.

 

Alhamdulillah CTG jantung baby ok. normal. contraction langsung takde. so terus dia bagi referral letter & MC 1 hari. dia cakap takleh MC lama2 sebab esok dah kena bersalin! ouch! smile_omgsmile_omg

 

dalam kul 1130am terus gerak dari Shah Alam dan sampai kampung dalam kul 630pm.

 

dalam keta aku sempat call Hosp. Pakar Perdana KB nak booking O&G Specialist, Dr Awang Nila memandangkan esok cuti Hari Merdeka. mesti klinik pakar tak bukak kan. Alhamdulillah respons dari Dr Awang ok.

 

malam tu aku tak bleh tido memikirkan esok dah nak kena serah diri ke hospital. cemana la kan? aku tido 2jam je, pastu dah tak bleh lelap.

 

*******************************************************

 

pagi esok tu dalam kul 730am, Dr Awang call suh pegi Hospital dalam kol 9am nak buat CTG & check contraction.

 

kitaorang sampai sana dalam 830am, lepas register segala, terus pegi LR. dalam setgh jam jugak buat CTG tu.

 

lepas tu aku ditolak ke bilik Dr Awang. (1st time jugak aku naik wheel chair!) fingerscrossed

 

1st time jumpa Dr Awang Nila. he is veryyyy nice person! boleh dibawak berunding, boleh buat lawak, & his explanation soo details! i like.. smile_regular  rupa2nya Dr Siti tu ex-student dia.. kiranya Dr Awang ni lagi otai la.

 

so, first of all dia story pasal graph CTG baby & contraction aku. dia cakap baby is OK. nothing to worry. contraction pun dah ada. tapi tak kerap sangat. aku pun tatau aku dah ada contraction! LOL smile_tongue

 

then, dia scan utk check baby, position & AFI aku. 2x dia ukur paras air ketuban aku. its is normal! very surprised sebab Dr Siti cakap aku punya AFI 5.6 je, Dr Awang check AFI aku 15. paras normal AFI antara 8-18. so Dr Awang cakap, takde la kurang2 ketuban nya. Estimated baby weight plk dalam 3.1kgs. then, Dr Awang check jalan. still 1cm.

 

i dunno why la.. klu semua orang tengok perut aku, mesti dia orang saspek baby more than 3.5kgs. besau sangat ke? sampaikan sorang nurse kat LR di Perdana tu cakap aku kena deliver aritu jugak.. smile_confused

 

Dr Awang cakap my baby is normal. tak besar & tak kecik sangat. kulit perut mommy je yang tebal..

 

lepas check baby semua tu, Dr Awang ajak discuss.

 

ayat pertama yang dia cakap masa nak discuss tu…

 

“buah tu dah matang..tapi kita takyah la usik @ nak petik dia lagi. bagi je dia jatuh sendiri.. lain la kalau ada tupai ke, budak2 nak lastik ke kat buah tu kan?”

 

dats mean, baby aku dah matang. already 38wks++ kan.. tapi since dia takde problem kat dalam tu & mommy ok..so no need la paksa2 dia keluar. dia cakap, “i have no reason to tarik dia keluar awal2..”

so bagi je dia kuar bila dia rasa nak kuar. kalau on due pun dia x kuar2 lagi, Dr akan bagi masa another 1wk & lepas tu baru discuss lain cemana cara nak kuarkan dia.

 

“Baby, best ye duk lam tummy mommy?

nanti bila dah boring duk dalam sana, baby kuar la ye.. tapi jangan lama2 sangat..kang baby terover beshar payah plk mommy nak kuarkan baby.. kalau nak beshar2, kuar nanti kita beshar kat luar ye?” heart

 

so, Dr Awang suruh aku balik dulu. kakak aku duk kat luar bilik dia dah standby dengan beg baju baby..hihi.

 

masa tu aku bersyukur sangat sebab tak kena deliver lagi sebab aku rasa macam tak bersedia plk nak deliver cara macam ‘paksa’ & serah diri ke hospital macam tu. kalau boleh nak la rasa kenikmatan sakit sebenar nya tu..

 

lepas je kuar dari Hospital tu, aku pun mula la mengantuk amat!

iyolah semalam tido 2 jam sajork kan..

 

itulah update aku sehari dua ni.

 

sekarang aku dah duk kampung. orang cakap tunggu masa je lah ni.

contraction siang hari memang kerap la sebab puasa. kalau malam dah dapat makan2 tu, contraction kurang skit la.

 

jalan pun dah ada iras2 penguin dah skit. sakit celah paha, kat ari2 Allah je yang tau. tapi mak tetap gigih ke bazar ramadan kat kampung nih uols! ke uptown kat sini pun aku bleh pusing lagi..

orang cakap banyak jalan, senang lagi kan jalan nak terbukak? harap2 macam tu la.. insyaAllah..

 

doa2 kalian aku sangat2 hargai!

semoga aku & baby sihat & selamat & semoga Allah permudahkan proses bersalin aku nanti… amin ya Rabbal al-amin..

 

 

 

p/s: mommy dah tinggal puasa 2 hari – hari balik ke kampung & jumpa Dr Awang (hari mak feeling dah beranak tu..)

Saturday, August 28, 2010

mommy’s update on 37w

mommy is on leave starting yesterday until november.. insyaAllah.

 

pray for us uols! smile_regular

 

today, i’am officially 37w6d.

 

last thursday, hari last keja aku. soooo many works must to settle down. Alhamdulillah bagi aku settle jugak la. taktau la kot boss tgk tak puas ati. rasanya dah buat terbaek dah!

 

dari malam Rabu lepas, pergerakan time tido sangat lah tak best. sebelom ni ok so-so lagi..tapi malam tu start tak best! smile_sad

 

rasa perut bawah @ bahagian ari2 sangat la berat.. hukhuk

 

aku rasa macam perut aku dah turun. tapi tak pandai nak tengok. agak2 je la. ye lah takde orang tua duk skali kat sini, memang payah ler. lepas tu aku terjumpa tealady ofis aku yang aku panggil mak. tu pon selisih kat lif je. aku pun tanya la perut nih dah turun belom. dia cakap ‘dah’ smile_omg

 

jadi tak salah la tekaan aku tu kan?

 

hari Khamis lepas, taktau la sebab kerja terlalu banyak ke apa…tapi pinggang aku sakit lain macam.. malam lepas berbuka, lepas baring2 tu sakitnya dah kurang.

 

sekarang semua aku buat tak kena. duduk pun xselesa, baring xselesa.. maybe akhir2 preggy macam ni la kot kan?

 

dan 2,3 hari ni memang aku makin tak selesa kat bahagian bawah tu.. berat amat! baby suda engaged kot? time tido nak pusing2 tu, masyaAllah Allah je yang tau..

 

tapi Alhamdulillah sehingga hari ni, hari ke-18 Ramadhan, mommy masih lagi berpuasa.. semoga puasa hari ni boleh bertahan sampai ke petang la..insyaAllah.. heart

 

mama & kakak kat kampung dah suruh balik sehari dua ni.. tapi aku cemana2 pun nak tunggu next checkup 1hb ni. Dr lepas balik, baru la aku berani balik. kalau tak, x berani la aku..

 

appointment aku kat SALAM 1hb ni pun aku rasa aku pegi 30hb nanti. rasa macam lambat sangat je nak tunggu 1hb.

 

aku berserah pada Allah SWT supaya aku dipermudahkan urusan bersalin ni nanti. kat kg ke sini ke tak kisah la janji aku & baby sihat dan selamat. amin.. doakan kami ye uols!

 

 

 

p/s: hari ni pun lain macam je rasa x selesa ni. do i need to go to hospital? walaupun tanda2 yang obvious macam turun air @ darah @ lendir tak de lagik?

 

p/p/s: cuakkk ler plk! smile_confused

 

 

p/p/p/s: tahniah pada kawan seperjuangan aku yang suppose to deliver on 5 Sept, tapi dah selamat melahirkan baby boy pada 23 Aug aritu. awal 13 hari..

 

aku? dupdapdupdap…

Monday, August 16, 2010

9 bulan suda…

sekejap je masa berlalu kan? tuptaptuptap, suda 36 minggu mommy usung perut yang ada sorang baby smile_angel

 

seminggu dua ni ramai yang surprised tengok perut mommy yang sangat la besar. tapi bagi aku tak besar pun sebab tengok dari atas kan..mana ada nampak besar..hihi. pantang tengok perut, mula la tanya bila due? haihh..besau sangat ke?

 

petang tadi sebelum g checkup, aku tengok2 perut kat cermin. ohh patutlah! bulat macam mau pecah! smile_omg

 

pukul 2 aku terus g checkup kat SALAM untuk 36wks. nak pegi pagi patient terlaluuuu ramai kata Kak Seri. so aku decide pegi petang aje lah. tapi taknak lambat2 sangat, kot ramai lagi..

 

sampai pukul 2pm, i am the 1st patient register. besttt! duk sekejap, dah sampai turn.

 

BP alhamdulillah normal. tapi few times jugak kak Seri duk pam tangan aku. nape tah checkup je kat SALAM BP jadi tak keruan. padahal takde pun berdebar ke risau ke apa.. hmm..

 

urine pun alhamdulillah ok. takde gula, protein berlebihan..

 

then barulah masuk jumpa Dr Siti.

 

Dr Siti pun cakap perut aku besau. dia tekan2 perut aku, dia cakap mau 3kg++ kuar nanti ni. owh! muat ke Doktor? tanya aku tak bersalah smile_teeth

 

lepas tu baru dia ukur apa yang patut. diameter kepala, perut, panjang paha.. alhamdulillah semuanya normal. air ketuban pun di paras yang normal..

 

tengok2 baby punya berat takdelah besar sangat. dalam 2.88kg sajork. perut mommy yang oberr besar hehe..

 

Dr Siti suluh2 lagi, jeng3.. nampak dia tengah tido. very the clear la gambar muka dia! nanti sempat mommy scan @ snap ya.. sekarang malas lagi la.. snap pun tak clear..

 

Dr Siti cakap kepala baby suda betul2 di ‘lorong masuk’ tapi tak engage lagi. aku tanya agak2 bila nak kuar ni Dr? takpelah kuar bebila pun.. Dr jawab. janji baby sihat2 ye sayang!

 

alhamdulillah hari ni suda 6 hari mommy berpuasa. Allah permudahkan ibadah puasa mommy. alhamdulillah ya Allah. bersahur lalu je makan nasik siap tambah2 smile_tongue dan baby pun takde la duk ‘meragam’ yang membuatkan mommy rasa nak berbuka..

 

tapi sejak puasa ni, Braxton Hicks makin kerap la..

 

Dr Siti pesan kalau tak sahur, jangan puasa. pastikan sahur complete meal & lewat2kan waktu sahur..

 

next checkup mommy lagi 2 minggu. ingatkan dah start seminggu sekali, tapi rupanya kat SALAM 38wks & above barulah start seminggu sekali checkup.

 

next appointment should be on 30th Aug, tapi kak Seri cakap patient ramai aritu sebab cuti Nuzul alQuran tu, so aku decide appointment 1st Sept morning je.

 

dan plan pun macam dah bertukar je..

kalaulah aku tak bersalin lagi 1hb tu, aku plan nak terus MC & balik kampung… aku keje sampai akhir bulan ni je lah.. tapi itu plan aje. Allah yang menentukan segalanya. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita..

 

ok lah, nak solat Isyak plk.. lepas tu makan2 skit lagi & tido. esok mau bangun awal panaskan lauk sahur plk..

 

heart

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431H

Salam semua.

 

eh dah 1st day bulan pose 1431H dah pun kan? kejap je masa berlalu.

 

hari ni jugak 1st time mommy cube² puasa ‘berdua’ ni. sebelum ni tak praktis pun puasa sunat Tongue out. sebelum ni rasa tak yakin je..+ tak bersungguh² sangat pon!

 

hari ni mommy nak jugak puasa. harap² Allah permudahkan urusan puasa mommy sepanjang bulan Ramadhan tahun ni. kalau boleh taknak la ganti banyak sangat tahun depan..

 

semalam & pagi ni masa sahur mommy pesan je kat baby “arini kita pose..jangan lapar² sangat ye.. petang kang kita makan! Wink“

 

alhamdulillah sehingga sekarang 3pm, perut baby takde plk lapar² sangat. gerak² tu adalah. takde gerak mommy plk risau. semoga mommy dapat teruskan puasa ni sehingga petang & sehingga la hari² Ramadhan lain..insyaAllah..

 

hari ni mommy suda 35w,2d. dup dap dup dap!

 

35 Weeks Pregnant
 
dia suda beshar dalam tummy mommy! patut la berat lain macam je skrg ni perut mommy ye..
 
This week the final touches are being added to your mini-masterpiece and most of his development is going to packing on the pounds. While baby's movements may be becoming less jerky, he may do his final somersault in the womb soon—to put himself into the head-down position for birth.
 
oklah kepada semua readers (mrasa feeling ramai readers), saya ucapkan Selamat Berpuasa. semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.. insyaAllah..
 
 
 
p/s: dari pukul 11am tadi lagi mommy tgh counting down nak balik kul 430pm ni… haihh lambat nye jam gerak!
 
 
 

Sunday, August 01, 2010

urut badan

semalam aku buat appointment dengan K.Shuhaida (K.Ida) Minyak 1001, a.k.a kakak bidan aku kat Putra Perdana. appointmentnya pukul 3 petang tadi.

 

aku pegi sana nak urut badan. since bidan2 cakap urut sebelum bersalin adalah bagus utk meregangkan urat2 yang tegang tu, TAPI jangan sentuh kat perut. gosok2 nak tau kedudukan baby tu boleh ler..

 

aku sebenarnya nak kasi tubuh ni ringan skit. akhir2 ni, kemain berat je rasa nak usung badan ni.. smile_confused kebetulan malam semalam pulak badan aku angin. duduk tak kena, baring tak kena! smile_sad

 

thanx to daddy, tido lambat duk gosok2 belakang mommy! heart

 

Kak Ida urut dalam sejam jugak lah. urut tangan, kaki & belakang. aku cakap kat dia yang aku tak de pun kuar apa2 dari breast. dia urut2 skit urat kat belakang badan aku, pastu dia suruh picit nipple skit. alhamdulillah ada kuar skit liquid. tapi aku tak praktis lagi picit kat rumah. sakitler plk picit2 nipple nih! smile_tongue

 

aku tanya dia agak2 aku ni bersalin awal ke tak? dia tanya due bila, bila aku cakap 13/9.. dia cakap tak sempat kot. awal nampak gayanya. ouch! bila tu k.ida agak2? dalam 17 @ 18hb Ogos ni adik dah kena standby. ouch lagi! smile_omg *baby nak raya sesama ke ni?*

 

kalau la betul jangkaan dia tu, maka lagi 2 weeks la lebih kurangnya! mommy genap2 36weeks tu…alamak! rasa macam banyak je lagi barang baby mommy tak prepare nih! next weekend cadangnya nak ke Pureen Sale tu. harap2 sempat la lagi ye smile_wink

 

tapi mommy tak kisah la baby nak keluar bila.. janji baby sihat walafiat jugak adanya..amin insyaAllah..

 

gender pulak, memang terpesong terus ni antara kata bidan & Doktor. kita tengok lah nanti sape yang betul ye fingerscrossed

 

ok daa, mommy dah nak sleep tight, sweet dreams dah rasanya ni. harap2 malam ni boleh la tido takde gangguan sangat *bangun pee-pee, sakit perut, angin, bla..bla..*

p/s: sesapa nak mendapatkan rawatan dengan Kak Shuhaida @ nak beli Minyak Shuhaida 1001 tu, boleh la contact aku. nanti aku bagi contact no K.Ida. Minyak dia memang 1001 gunanya. dari baby, kanak2, dewasa, orang mengandung, perempuan, lelaki, orang tua..semua la boleh guna. very the 1001 okeh! dan yang nak mendapatkan rawatan zuriat (yang lambat preggy macam aku) boleh jugak jumpa dia.. rose

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....