Showing posts with label detail scan. Show all posts
Showing posts with label detail scan. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

3d & detail scan

alhamdulillah.

 

dah lama cita2 mommy nak buat 3d scan.

 

appointment 3 July 2010, kul 5pm.

 

tetiba la plk pada 3 July tu aku kena attend 2 kenduri. kenduri kahwin anak ex-bos aku kat Jelatek & majlis solat hajat kat rumah abang sulung aku kat Hulu Langat. jem di area Jelatek/Dato’ Keramat/Ampang tu mmg standard la hujung minggu. aku sampai di rumah abang aku pun dah lewat. dalam 3.30 pm dah pun. makan2 sat, kakak ipar yang jugak preggy sama ngan aku ajak aku ‘MELENGGANG PERUT’. apekah??

 

aku dah cuak. tanak la aku. macam syirik je dengo kan? setau aku lenggang2 perut ni golek2 buah kelapa atas perut.

 

tapi rupanya takdelah sampai tahap tu. kakak bidan tu sekadar baca2 doa, urut kaki aku skit & pegang2 perut. Alhamdulillah dia cakap baby sihat & posisinya pun normal. harap2 nak bersalin nanti pun, baby tak breech ye sayang!

 

upacara lenggang perut tu dalam setengah jam jugak. tu pun aku cakap kat kakak bidan aku rushing nak g appointment kat klinik plk.

 

4.30pm baru gerak dari Hulu Langat. punyalah jem nak sampai S Alam tu. dah terlepas pun time appointment aku. alaaa…*sob sob*

 

tapi mujorler staff klinik Ajwa ok & boleh consider. pukul 6pm lebih baru ler start turn aku. 

 

petang2 ni baby manyak tido la. lain dgn scan dengan Dr Siti aritu. aktif kemain lagik!

 

sonographer buat detail scan. check heart beat, femur length, spine, otak, etc (macam Dr Siti buat)..alhamdulillah ok & normal katanya.

 

dalam 45 minit setle suda amik gambar baby. tunggu dalam 15 minit lagi, maka siaplah report & CD berserta sekeping gamba 3d baby =D

 

NOR AMALINA_3

 

NOR AMALINA_8


*skit2 dah ler gamba baby yer ;)*

 

agak2 muka sape ni? daddy dia sudah majuk sbb katanya byk muka mommy =P dagu bulatt je. muka sape lah lagi kan kalo bulat2 mcm tu.. ;)

 

semoga baby grow-up dengan sihat dalam tummy ya!

 

 

 

p/s: ilove u, jantung hati mommy! *10 wks to go sayang*

Friday, July 09, 2010

m0mmy yang cuak!

AWAS! Di bawah ini adalah satu Cerpen ok! Jangan baca kepada sesape yang tak suka cerpen!

 

rentetan citer haritu, Sabtu lepas aku pegi Klinik Ajwa nak buat MGTT. seperti yang dirisaukan, kata je appoinment kol 8am, kol 830am baru bangun! sampai sana dalam kol 9am lbh. aku bagitau Dr yang baby kurang aktif bergerak since Khamis malam sampai la pagi tu (Sabtu). Dr pun mula risau. dia scan sekali lagi check baby nye denyutan jantung. 150 bps. dia kata normal. lepas tu dia suruh minum air gula dulu, tengok lepas minum air gula apa respons baby. aktif ke masih pasif. Alhamdulillah dengan jayanya aku minum air gula tu x sampai seminit. aku malas pikir-pikir sangat, kang dari bleh minum langsung x leh minum plk.

 

lepas minum air gula, takleh makan minum selama dua jam. sepanjang dua jam tu la aku gosok-gosok perut, goyang-goyang perut kasi baby gerak. Alhamdulillah respons dia bagus. tendang2 mommy sampai bergoyang perut mommy!

 

2 jam aku pegi balik klinik tu, Dr amik darah lagi sekali. result darah sebelum amik darah tadi 4.4. lepas minum air gula, result darah aku 7.4. so –ve for diabetes. aku cakap kat Dr baby dah aktif. dengan harapan semoga Dr tak akan take serious & refer ke hospital. tapi Dr Mas tu still risau. terus dia buat jugak surat utk aku refer pada mana2 hospital utk Specialist buat detail scan tentang air ketuban aku tu. haihh!

 

lepas setle di Klinik Ajwa, aku pegi Serdang dulu attend kenduri kahwin adik cousin aku. mood masa tu risau tak risau. lepas tu, terus aku ke SALAM Med. Centre. aiseh! lupa plk aku specialist weekend sampai 12.30 noon je.

 

Sepanjang weekend aritu aku sangat tidak tenang. Pikirkan tentang baby ni. mommy very der risau okeh! doa tak putus2 semoga baby & aku tak de apa yang abnormal. belek2 intenet cari pasal air ketuban banyak ni. info dalam indo’s lang yang banyak. tak paham aku! info2 dalam BM aku ada jumpa jgk skit2. dari apa yang aku baca, tak ada la yang –ve sangat pasal air ketuban banyak ni. kalau air ketuban skit, mmg kena worry lebih. jadi aku doakan semoga everythings will be going ok & fine!

 

pepagi isnin (28/06/10), aku terus zass ke SALAM. mujorle dapat jugak aku jumpa Dr Siti Mariam, specialist O&G kat situ walaupun tak buat appointment.

Dr Siti buat detail scan. satu2 dia check, size perut, femur, otak, mata, lobang idung, lips, spine, etc. & Alhamdulillah the junior is fine! aku sangat la gembira bila Dr Siti cakap “i’m happy to see this” which is means baby is OK. Dr Siti cakap maybe sebab aku suka sweet-tooth, so air ketuban bleh jadi banyak. Beliau cakap kalau boleh aku kena reduce kan la habit macam tu. aku ni sebenornya dari sebelum preggy lagi, lepas makan (especially makan nasi), aku kena amik apa2 yang manis macam sweet. utk taknak kasi rasa tak best dalam mulut tu. & lepas ni, mama suh aku tukar habit makan kurma @ kismis lepas makan nasi tu.. & Dr Siti jugak cakap actually air ketuban aku tak terlalu banyak & tak terlalu sikit. ia nya adalah normal utk minggu2 ke 8 bulan. thanks to Allah. alhamdulillah..

 

semoga semuanya ok sehingga lah mommy bersalin nanti. insyaAllah.

 

Dr Siti pun ada tanya sama ada nak follow-up terus kat Salam @ Ajwa. Beliau dah bagi next follow-up date iaitu lagi 3 minggu – genap 32 minggu iaitu 19 Julai nanti. aku duk tengah berkira2 nak follow-up kat mana lepas ni. Dr siti cakap follow-up dekat satu2 tempat je pun dah ok. tak yah banyak2 tempat, buang duit je dia cakap..

 

insyaAllah aku dah buat appointment pada 3 Julai di Klinik Ajwa untuk 3D & Detail Scan & routine checkup di Ajwa pada 7 Julai. So aku maybe buat last checkup kat AJwa 7 Julai ni kot . sobsob sedih plk. tapi takpe utk baby :)

 

p/s: entry di bawah tu antara aktiviti2 baby masa detail scan dgn Dr Siti =D

Wednesday, May 12, 2010

ketatnya peruttt akuh!

minggu ni aku rasa tak berapa nak sihat ler. pagi² senin tu kepala pusing. migrain dari hari ahad lg. aku masuk jugak keje halfday.

 

plan konon²nya unwell lagik, aku nak rest je kat rumah hari selasa tu. eh skali ok ler plk selasa. gagah perkasa lagi pegi keje!

 

rabu plk bangun² pagi perut rasa ketat lain macam je. macam angin gituh. aku makan dengan seleranya malam semalam tu. mcChicken mcD tu. nape plak macam x makan je nih. haih la.. mesti anak mommy duk main tendang² dengan angin kat dalam tummy tu kan? LOL

 

masuk keje hari ni ingat kan dah ok la bila pekena milo panas & roti. rupanya tak. ni lepas lunch pun still tak leh concentrate keja. duk layan angin² cinta dalam perut ni. haihhh la. ni mesti kena baring ni kan? esok la kita baring ya baby! hiks. pec lobs ponteng esok!

 

lunch time tadi sempat call Klinik Ajwa nak tanya appointment nak buat scan 3d, detail scan, etc tu. dia kata better buat 24 wks & above tapi sebelum 32 wks. this wk mommy baru 22wks++ je. so dan la buat checkup biasa ujung bulan ni & set appointment masa tu.

 

sebelum baby kuar ni, mommy plan nak gih honeymoon dengan daddy berdua²an akhir bulan ni time cuti wesak. dah pao Boss suh sponsor hotel time cuti ni. haha. hambek, brani sangat offer hotel² free kat aku sape suruh kan? tapi sampai sekarang den tak dapek pun laie feedback reservation hotel dari pihak sana. tunggu ajolah.

 

kitaorang tak plan pegi jauh pun. gih Cameron Highland je. cadangnya lepas menghabiskan masa kat atas tu dalam 2,3 hari terus nak balik kampung aku. tapi plan cancel! lepas gih seronok² tu, aku balik KL masuk ofis macam biasa & next week tu baru ler nak amik cuti balik kampung. sebab 7 & 8 June tu kitaorang ada training. lepas ni mommy & daddy plan nak jadik business partner! ;) *wish us lucksss!*

 

banyaknye planning akuh. aku hanya plan, Dia yang tentukan.

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....