Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

bye 2011!

duhhhh… lama gila tak blogwalking blog kekawan.

usahkan nak BW,

bukak blog sendiri pun tak sompat deknon.

sobss.

 

just a short message before 2011 leave us.

 

semoga segala kenangan/pengalaman 2011 lebih mematangkan kita dalam menghadapi tahun 2012 & tahun² mendatang.

insyaAllah..

(ecehh.. ayat pun da matang gitu.. ;P)

 

it seems like today will be my last gigih working day in 2011.

cuti mak da kena freeze.

aku freezekan sendiri sbb for sure kalo aku apply amoi bos tak approve punya.

 

kita kena pintar utk hidup.

jadi esok aku nak amik mc jer.

 

kalo diikutkan hati pagi ni nak je drive pegi klinik nak amik mc terus 2 hari..

lama gile dowhhh aku tak cuti.

keja tahap gaban gila dah ni.

tapi,

kerna terlalu committed aku sampai ke ofis jugak kekdahnya.

stereng keta dah di set default sampai ofis kot..

 

sebelum mandi -

"mommy nak g klinik, nak mc sampai esok.."

selepas mandi -

"mommy nak g keje.."

 

daddy senyum sajork.

 

what a miracle to his wife’s life now!

 

and its seems this is my last writing in LUTG too for this 2011.

 

yay, tomorrow boley pegi vacation!

 

see ya next year yo!

Monday, April 04, 2011

Friday. Saturday. Sunday.

cerita di hujung minggu.

 

*******************************************************

 

FRIDAY

 

balik keja jumaat aritu, terus plan bukan2 dengan daddy.

nak pegi tido rumah abang aku kat Balakong sana alang2 ada keja kat Serdang sabtu tu. skali abang aku plk ada hal.

 

kitaorang suka la sangat buat plan tah apa2 klu petang jumaat. feeling weekend tu macam cuti 2 minggu Tongue

 

SATURDAY

 

sabtu tu, almost 1 whole day mommy kat atas. kemas wardrobe. masukkan kain baju yang berselerak tu. daddy nak cari baju dia pun dah tak jumpa. so aku re-arrange balik semua kain baju tu. masuk dalam compartment masing2.

daddy. mommy. hannah adelea.

 

petang baru la nak bermula aktiviti. memula pegi Serdang jumpa supplier aku. amik barang skit. dah maghrib tu, pegi lepak rumah abang aku di Balakong. skali diaorang ajak dinner. rezki jangan ditolak.

 

dalam kul 10, kitaorang gerak g uptown Mines. alang2 dah ada belah sana, rugi plk kalau x singgah. macam best je!

 

aku pusing semua rows yang ada kat sana. baby duk dalam carrier, daddy yang usung. kat sana sempat rembat barang mommy & baby je

 

masa aku pusing2 nak mencari tudung, aku terbehenti kat sebuah kedai ni. kedai tudung ler. seller dia baya2 aku atau muda skit dari aku tgh dukung anak. aku nampak anak dia mcm besar skit. tapi aku tanya jugak, berapa bulan anak dia tu. dia cakap nak masuk 6bulan.

oh, adik dari hannah adelea ler ni. masa dia layan2 aku tu, anak dia nangis. dia kasi anak tu kat husband dia. tapi budak tu nangis lagi. jadi dia takeover balik, & suruh laki dia entertain aku.

 

“adik panas ye..biasa ada angin. malam ni je takde angin” seller pompuan tu cakap kat anak dia.

 

pastu dia duk nyorok sikit, bukak baju dia nak bfeedkan anak dia.

 

tetiba aku jadi sayu. sedih je plk aku tengok. bukan sedih kat dia. sedih kat budak tu.

 

budak tu baya anak aku je. tapi kecik2 lagi dah kena ikut mak ayah dia keja. tempat panas plk tu.

 

pukul 11.30pm tak tido lagi. duk dalam cerah. orang bising. panas.

 

aku pun ringan mulut tanya bila dia nak bfeed anak dia.

 

“fully bfeed ke?”

“tak. saya siang hari keje”

“oo. malam kat sini plk?”

dia angguk.

 

“sorry ye kak..” masa dia start bfeed anak dia. sorry sebab tak sempat nak layan customer.

“eh takpe..takpe. saya faham..” aku jawab sambil imagine kalaulah aku duk tempat dia.

 

sebab kesian aku rembat jugak la few tudung kat dia. nak tawar lebih2 pun jadi tak tergamak.

 

tapi baguslah anak dia dah berdikari, hidup susah2 dari kecik lagi. tapi bab bila tido malam dia jadi terganggu tu aku rasa kesin lebih. sbb tido malam kan tido yang berkualiti utk tubuh lebih sihat berbanding tido lama gila di siang hari.

 

kesian kan orang zaman sekarang termasuk la aku ni. berhempas pulas cari duit nak sara kos hidup yang tinggi. kalau gaji tinggi sama level dengan kos belanja harian, takde lah aku heran. ni kos je tinggi sorang2, gaji nan ado.

 

tengok la rega minyak. dalam masa tahun ni je dah berapa kali RON97 naik harga kan? dulu elok2 je aku guna ROn97, dah naik harga..mak pun tak mampu deknon. guna RON95. hasilnya….enjin keta sangat la kasar bunyinya. huwaaa takdok kualiti uols! sentapp!! Crying

 

SUNDAY

 

mommy being a real housewife today.

 

prepare lunch. kemas rumah. sapu sampah. lipat baju. bla bla.

 

plannya utk melengkapkan lagi kerja sebagai surirumah, nak ler pegi beli grocery.

 

lepas Asar, mommy & daddy dah ready. sekali budak kecit tu tido dari 4pm sampailah 6.30pm. penat sangat. ye la asik tukar je tune tido kalau weekend. kena ikut mommy & daddy jenjalan Big Grin

 

so no outing for Sunday. duk rumah lepak2 je.

 

malam layan ABPBH10. & sekali lagi, aku taktau pun ABPBH semalam.

 

“laaa…malam ni ke??” soalan biasa tiap kali ABPBH. hehehe.

Friday, January 08, 2010

friday & kisah Razif

its Friday!

suda lama oke tak kerja hari Jumaat. makanya aku rasa minggu ni terlaluuuuu la banyak hari yang perlu aku bangun pagi, mandi pagi & pergi keja.

 

tapi disebabkan tahun masih baru & semangat fresh lagi, jadi aku tak kesah & pepagi takde niat pun “erghh malas nya nak gih keja!” *lol*

 

& untuk minggu ni, aku dengan berjayanya punch in before 8.30 am. lalalala. tapi malas komen banyak, lebih² komen kang mula la start minggu depan rutin biasa masuk kol 9 kan. biarkann.

 

salah satu dari azam 2010 aku adalah nak balik keja on the dot! pukul 5.30 dah punch-out. jadi untuk merealisasikan cita-cita ni aku mesti ler datang on the dot jgk kan ;)

 

*************************************************************

 

ada satu stori yg aku baru dapat tau dari kakak aku.

 

kawan baik aku masa kecik dulu sorang boy (juga jiran aku) *haruslah hensem kan* telah meninggal dunia. nak kata sedih, biasa je lah sebab almost  17 years tak jumpa dia. last jumpa masa umur 10 tahun. oopss! pec lobss brp umo mak skrg! lepas jumpa dia masa darjah 4 tu, depa balik pakistan & mmg depa keturunan asal kat sana.

 

lepas tu ada jugak dengar diaorang dah balik ke malaysia. aku & adik beradik aku pun ada tercari-cari jugak. cari pun takdelah sampai kuar tv, paper bagai kan. sekadar cari dengan air liur je. hiks.

 

& last week masa New year, sembang² dengan kakak aku, masa tu ler kakak aku cakap ‘kekasih kecik’ aku dah meninggal. memula memang terkejut! sebab nak sangat jumpa dia masa dah besor ni. cemana la rupa dia. mesti hensem sebab masa kecik dulu pun aku dah rasa dia hensem dengan idung terpacak macam tu. iyolah kan, orang pakistan. mesti ala salman khan dah tu. aku risau jugak kot² la jumpa dengan dia sebelum kawen dengan jamjul dulu. hahhaha. ooops! apekah??

 

bila tau dia meninggal tu terus aku cakap kat kakak aku, “mujo aku tak tunggu dia kan kak? kalo tak single lagi la aku duk tunggu dia.

 

aku sebenarnya nak sangat jumpa dia masa dah dewasa ni. nak tau dia ingat lagi tak kat aku. tapi nampaknya tak akan kesampaian ler. *sob sob*

 

aku nak pegi cari daddy & mummy dia la katanya berniaga kat Nilai & Cheras. mak bapak dia dulu memang amik aku sebagai anak angkat diaorang sebab masa tu diorang takde anak pompuan. memang dia suka bawak aku jalan² pegi rumah sedara mara dia yang hidung semua nya terpacak tu. baju² gown, skirt etc aku dapat free je masa kecik² dulu. mak aku salu cakap “buat malu je pegi ikut derang jalan². semua orang idung terpacak, tup² ada sorang ni idung kemek!” hehehe

 

mana tau kalau dah jumpa mak bapak dia tu, aku boleh tengok gambar dia ke sebelum dia meninggal. kan?

 

al-Fatihah untuk arwah Razif Rauf.

 

 

p/s: tetiba rasa sedihhh la pulakk

p/p/s: kenal lagi ke mak bapak dia ngan aku? budak idung kemek ni?? haiihh

 

 

Wednesday, June 17, 2009

*sigh* ?

i have few things to update. lemme do the list here. *kalo tak aku lupa*

  1. about the wedding my in-law in AloqStaq & Perak *bukan update byk sgt pon just upload a few picts*
  2. pursehook yang aku menang aritu *hiks. tak abis² lagi expose u ols* dah lamaaaa selamat aku terima. nti aku upload jgk gambarnye. *sama je lah dgn kat alicewonders* tapi mak tak kira nk tunjuk jgk kat sinih.
  3. *eh rasa mcm banyak. dua tu je ke??*

takpelah nanti aku igt, aku add-on la kat list tu. seeeee, dua tajuk di atas adalah berkaitan gambar u ols. bila lah aku nak jumpa usb cable cam aku nih. aish. kena gih beli card reader nih, tapi bila tah nak pegi beli. sesape ada card reader? pinjam boley?

arini takde apa pon aku nak stori, cuma nak mengeluh sket je.

charlie-sigh-769156o

ohh choc

ohh cheese cake

ohhh aiskrim

 

p/s: palinggggg best musim nih nasi panas+ikan goreng+tempoyak. waaah mavelessss!!p/p/s: wish me luckssssss ye u ols!

oh oh oh lagi,

Sunday, June 14, 2009

delay lagi..

just came back from telok intan – my in-law wedding ceremony. nyambut nattu ore klate panggil.

masih tidak sempat nak update blog, gambar pon byk lagik x upload (usb cable aku ilang, Memory reader kat laptop nih plk tah apa problem xleh baca mc aku ataupon maybe mc aku yang poblem)

orang lain kawen, aku plk yang terlebih penat. orang lain cuti sekolah, aku rasa aku plk terover cuti. heh.

till then, next time ye aku sambung. lama bebenor nak recover penyakit penat nih. =S

letih

Monday, April 20, 2009

deep.thinker.

just a short entry..

ramai yang tak PERCAYA & tak YAKIN dengan Pengamal Perubatan Tradisional (PRT) kan pada zaman sekarang. let say PRT tu ckp

“adik awak ni kena penyakit bla..bla..kalo nak ubatkan dia, kena byr bla..bla..”

atau pun…

“anak awak ni ada sak*, kalo nak bunuh dia kena macam ni macam ni..”

payah orang nak yakin dengan kata-kata dia. sebab mulalah pikir kalo pecaya kang syirik plk! *betul betul betul!*

dan pada masa sama bila kita suh PRT *yang sama* tu ‘tengok-tengok’kan seseorang dan beliau berkata,

“ohh dia ni, bahaya dia nih. jangan percaya dengan dia..bla..bla..busuk ati, depan lain blkg lain..bla blaa..”

kita pon mulalah berWASPADA dengan dia tu. bolehhh pulak kita pecaya kan kata-kata dia kalo dalam bab macam ni. tak syirik ke macam nih??

i am not defending anyone, not PRT atau sesape saje, just a curious. saje nak tau lah. sebab ilmu kat dada pon tak cukup-cukup lagi, jadi eloklah bertanya & meluahkan apa yang terbuku dalam kepala otak nih. *kalo ikutkan kuiz dlm FB pun, i am a DEEEEP THINKER!!* ahahahha

ohh 1 more question lah, kalo tak wujudnya PRT ni, cemana nak ubatkan penyakit-penyakit yang datangnya ‘dihantar’ oleh manushia?

sebab penyakit macam ni biasanya dikatakan ‘tak sakit’ bila gih check kat hospital a.k.a guna sains & teknologi.

**cite ni tak ada kaitan dgn saya maupon awak, pembaca. saya saje nak tau.. ;)

 

p/s: misteri sangat entry² mak sekarang kan. hahaha biaulah. biar korang pon pikir macam mak ~ Deeeeeeeeeeeeep Thinker!   

Saturday, February 28, 2009

Memori..

last week aku pegi amik semua kotak dan buku-buku yang aku simpan kat rumah kakak aku di gombak. kakak aku & family dah nak pindah duk kampong for good. so nak tanak aku kena g amik jugak sume barang-barang aku. plan nak g amik tu dah lama, tapi masa salu takada. bila dah jadi mcm tu barulah kalut pegi amik.

weekend tu baru aku sempat belek-belek balik apa benda dalam kotak, plastik yang aku amik tu. banyak la jumpa kenangan-kenangan lama samaada kenangan cinta cintun ngan jamjul & kenangan masa belajor. rupa-rupanya banyak bonar memori best-best masa dulu aku dah delete dari memori aku. dalam duk membelek tu, tetiba aku terjumpa satu diari. diari?? alamak, kantoi! dalam diari tu takde apa pon yang rahsia-rahsia, aku just stori aku wat apa dalam satu hari tu. kalo tak silap aku diari tu thn 2004 & masa tu aku belajar di shah alam part 3 & 4 mcm tu la.

yang bestnya dalam diari tu,

"...sleep late at 5am..."

terkojut den! rupanya aku memang sangat tidak normal masa belajor dulu. hihi. bukan sekali dua plk tu, hari-hari aku tulis tidur kol 5am,. pulak tu bangun kol 9am, sbb nak gi kelas plak. ptg kadang ada kelas, kadang takde. kalo takde aku kuar dating ngan jamjul plk kalo dia takde hal. balik hostel dalam kol 9 @ 10 pm. bukan terus tido. mandi, solat, basuh kain *aku tak suka kalo baldi aku ada kain* & wat esaimen. kol 5 am baru la tido. ahhh gila sangat kan!

patutla ada sekali tu masa kat kampung masa cuti semester & pada bulan pose, aku langsung tak boleh tidor malam. aku wat macam-macam la malam tu, tgk tv, layan intenet, main game. lepas sahur & subuh barulah reti tido. bukan 1 malam je, kat sebulan bulan pose aku jadi camtu.

kalo macam ni, tak kekok la kalo aku gih duk US ke mana-mana tempat yang beza 12jam dari M'sia kan. normal la aku kat sana. itu je sebenarnya nak cite, i sesuwei duk obersee je. *ahhhh larikkkk*

dan patut lah skrg kalo weeken je tabiat aku tu tak leh ubah lagi, asben dah tido pon aku layan tv lagik kol 2,3 pagi *awal la sket dari 5am kan*. kadang-kadang tertidor terus kat living. elok sangat kan, asben tidor lam bilik, bini dia terlentang atas sofa kat luar. jadi guard katanya. hik.

alkisahnya si kaki tido lewat.

sekian.

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....