Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Thursday, June 02, 2011

Seth Tan

korang layan tak citer Seth Tan?

eh?

Seth Tan plk…

Hee hee

 

saje je tu aku gimik.

tak yah bagitau tajuk citer pun,

kalau org tengok tajuk entry ni dah tau kan…

 

kalo tak silap aku,

from episode 1 aku dah layan citer ni.

mula² aku layan gitu-gitu je.

iyolah mana² citer pun awal² aku mesti layan bodo² jer..

 

pastu aku tengok plk sape actor/actress dia.

adekah santek?

adekah hensem?

adekah memberangsangkan?

 

aku ni bukanlah minat gile kat mat harun ajis tu.

sbb dia terlalu charming & ensem jadi aku malas minat.

sbb mesti kena berebut dengan ramai yang lain kan.

 

pastu aku google pasai citer tu.

ohh!

adaptasi dari novel.

yes!

wajib tengok!

sebab aku dari zaman remaja (aww remaja gitew) kalo tiap kali baca novel, mesti pause kejap duk imagine kalo novel tu dibuat filem/drama..

sapekah yang layak utk watak² dalam novel tu.

hero la biasanya yang aku selalu pk.

heroin takyah la sebab selalunya aku imagine i sendirik.

oops!

Whistling

 

tapi zaman aku remaja tu,

sape je lah aku bleh imagine.

farid kamil, aaron aziz, ashraf muslim, ashraf sinclair, fahrin ahmad, etc mana ada lagi.

yg ada paling best masa tu pun hans isaac kot.

asik² muka hans je kuar masa tgh imaginasi kan watak tu.

 

so bila tau citer nora elena ni adaptation dari novel Kasih Yang Suci,

so aku rasa aku kena tengok la.

sebab biasanya watak dalam novel ni beyond expectations sikit which is jarang² atau takde langsung berlaku dalam dunia realiti sebenar kita.

 

sebagai contoh - sayang melampau.

bini kena urut sikit kat kaki pun,

laki duk tunggu kat luar bilik macam bini nak beranak.

 

macam tak logik pun ada.

cuba laki mak..

kalau mengurut, & aku “ouch! awww.." sakit katanya.

“tahan la sikit…kata nak cepat sihat kan?”

katanya…

lain benau antara realiti sebenar dengan seth tan kan?

Raised Eyebrow

 

so sekarang,

by 7pm, i’ll make sure myself suda terpaku kat depan tv.

 

kalau hari rabu, pack sikit la jadual aku.

takleh leisure macam hari lain.

sebab hari rabu ada pasar malam.

so kat pasar malam pun aku beli cepat² je.

takde lenggang kangkong belek baju, tudung segala.

 

semalam, abang aku nak datang rumah.

so acara pembelian di pasar malam akan lebih memakan masa la.

jadi, aku ajak daddy temankan pegi sekali.

so, balik keja, janji jumpa kat sana terus.

 

masa mula² jalan tu,

dalam otak aku duk pikir dan tak ni nak tengok citer tu sebab dah 6pm lebih dah..

 

tetibe..

“awak nak tengok nora elena kan? so cepattt sikit..”

 

oh oh!

thanks dear my darling!

 

u’r really my Seth Tan!

Red heartRed heartRed heart

 

Red hearts you, daddy!

*mmuaach*

 

Batting Eyelashes

Wednesday, June 09, 2010

benci.bilang.cinta

mak tak benci okeh pada cinta! ;)

 

bbc

 

memula aku tengok iklan sinetron ni dalam Astro Ria, aku cakap,

 

“tah ape laa cite ni..”

 

tapi sekali tengok,

 

“eh esok ada lagi tak cite ni??” LOL

 

aku memang sorang yang malas nak layan drama² indonesia ni. sebab:

 

1) kalau dah start layan, kena layan sampai habis. episode plk bukan setakat 30 eps., tapi sampai beratus². kalau tertinggal eps. kang, dah tak paham dah jalan cite dia..

 

2) kalau dalam cite indonesia ni, yang baik terlalu baik. yang jahat terlalu jahat. berat betol otak aku nak tolong memikirkan cemana nak ‘tolong’ selamatkan yang baik tu. aku memang malas bebenor tgk cite berat² otak nak pk ni..

 

tapi cite Benci Bilang Cinta (BBC) ni, intro dia macam very the light sajork. so sebab tu la mak terpengaruh. tapi lama² aku rasa potensi untuk cite ni jadi ‘berat’ sangat ketara dengan perebutan kuasa, harta, etc.

 

kita tengok aje lah sampai episode berapa aku bleh bertahan. sampai ke sudah ke separuh jalan je.

 

kadang aku terpikir gak, aku nih minat sangat ke kat Marshanda (Winda) tu?

 

foto-marshanda11

 

sebab banyak² cite indonesia, mesti yang dia berlakon aku jadi minat. sebab jalan cite ke sebab dia? Dulu aku layan Solehah tiap² petang, Marshanda pakai tudung tu. sekarang, layan BBC plk. kebetulan kott cite yang dia lakonkan kena dengan apa yang aku minat..

 

pada sesapa yang nak tau details dia, sila refer sini. aku pun baca antara faham ngan tak je.. hehe.

 

layannnnn…

 

Wednesday, March 25, 2009

the Drama is inFront of me!

Amaran: Entri kali ni akan terpanjang daripada biasa & memboringkan. Sila takpayah bazir masa untuk baca entri ini sekiranya tak berminat. Terima Kasih.

_________________________________________________________________

bukan cite SpaQ atau cite cintan-cintun yang aku nak stori. tapi cite ttg…

‘Orang Kaya Yang Dilupakan Anaknya Bila Dah Jatuh Miskin’.

ahh panjang oke tajuk. ala² cite kat tv9 tu, apa kenama…sat aku pk.

…………………………………………………………………………………………

sirius nih aku lupa apa nama slot citu tu. ala cite ahad malam senin tu kol 10.30 malam kot kalo xsilap cite indon yang insaf² tu. awal² jahat kemain lagi derang, last² sure insaf+taubat. apa² je lah kan. *kalo korang ada tgk lah*

ok sambung balik cite aku tadi yaitu…

‘Orang Kaya Yang Dilupakan Anaknya Bila Dah Jatuh Miskin’.

asben aku nih ada sorang member. nak kata member sgt pon tak jgk, dia dah level Uncle ngan kitaorang. tapi baik jgk la ngan kitaorg. aku namakan dia Uncle X dah la ye. dia ni kontraktor & memang kaya raya mewah bagai. tapi tu dulu. skrg dia miskin papa kedana sangap dan seangkatan dengannya. *aku bukan nak mengata dia, nak bgtau betapa tak berduit nya skrg dia ni*

dulu² kalo time kwn² dia yang lain sangap, mmg cari Uncle X ni lah nak pinjam duit ke, pinjam kereta ke apa² la. Uncle X ni memang baik. pemurah la orang kata. kalo stakat belanja makan kat Hotel Concorde tuh bagi Uncle X small de matter sangatlah. pastu dah lama kitaorang tak jumpa Uncle ni dan tetiba last week asben aku terjumpa Uncle ni dan Uncle ni ajak pegi rumah dia. kat mana? rahsia la ye.

cerita punya cerita sembang bom bang bom bang, tetiba Uncle X ckp kat asben aku,

ko nak beli tak rak tv ngan tv kat rumah aku ni??”

asben aku pelik la kan. pasai pa plk??

barulah Uncle X ni cite dia skrg takde projek. sume projek dia dah bungkus. banker hari² call, keta dia 3 biji dah dia sembunyikkan, pendek kata memang sangap de very la skrg. *dia start sangap lepas pilihanraya dulu – lps kerajaan bertukar*

asben aku taknak la beli tv & rak tu sbb kat rumah pon ado & kami pon bukanlah terlebih duit sgt nak beli benda² yang dah ada kat rumah tu kan. pastu asben aku pon tolonglah tanya kawan² lain kot ada nak beli barangan 2nd hand. ramai yang taknak lah kan sbb ramai dah ada barang² tu sume, + kalo beli yang baru pon murah² je skrg.

disebabkan asben aku skrg dah jadi FTHH a.k.a maid aku *wink*, maka dia selalu lah jgk pegi rumah Uncle tu utk tolong dengar Uncle tu merintih ke apa ke. ye lah nak tolong benda alah lain tak mampu kan. kawan² Uncle tu yang penah dia tolong dulu semuanya dah diam, wat tatau etc lah. asben aku dulu walaupon baik ngan Uncle ni tapi taklah tau detail peribadi dia cemanakan. skrg bila dah jadi macam ni, dia pon cerita lah sikit demi sikit.

Uncle X cite dia ada anak 3 orang dan semuanya berjawatan besar & mewah. tapi bila dah jadi macam ni, anak² dia tak pedulik pon dia. kenapa??

sebabnya dulu muda² dia belajor kat Indon & kahwin dengan orang sana. lepas beberapa lama tu dia balik Mesia & ceraikan isteri sana & kahwin plk dengan orang sini. *dia cerai yang sana dulu & lamaaa lepas tu barulah kahwin ngn orang lain* tapi nafkah anak² dia tetap bagi sampai lah anak belajar masuk U semua. dengan isteri sini plak dia tak ada rezeki utk dapat anak lain.

so bila dah jadi macam ni anak² taknak langsung tolong bapak depa & boleh plk buat alasan ‘biar bapak rasa macamana kita susah dulu’. boleh ke macam tu? yang bapak ko kasi ko duit wat makan, belajar dulu apa kejadah namanya tu?? kalo ko taknak hulur banyak, sket pon jadilah. janji lepas bapak ko nak makan. cemana sekalipon ko benci dia, dia TETAP bapak ko! *anak dia baca ke blog aku?? hahaah. ter emo ok.* INFO: Uncle tu umonya around 60++ lah.

yang paling aku sedih bila dia cakap kat asben aku,

Uncle bukan apa kalo dapat duit jual tv ni Uncle nak pegi beli ubat. sakit ni ha..” sambil dia tepok² paha kanan dia. uhhhh sedih oke!

semalam lagik sedih noks! *drama queen la sat na..*

asben aku ada tanya kawan dia nak beli tak tv? skali kwn dia jawab “kalo RM150 aku nak lah”. asben aku pon tanyalah kat Uncle ni nak jual tak kalo RM150 je, muka dia terus excited, setuju dan terus siap² kononnya nak kuar pegi jumpa member asben aku lah ni. skali bila call skali lagi membernya asben aku nih ckp “eh aku tak gaji lagi lah. aku saje ckp je tadi..”

terus muka Uncle tu berubah sedih & frust. bagi kita yang so-so ni kalo orang cakap gurau² camtu ok lagi lah kan, tapi kalo kita bergurau sebegitu dengan orang yang memerlukan duit memang sangat kesian! sebab dia betul² berharap.

semalam Uncle X cite ada sorang kawan dia, Ustaz dah datang tgk tv & rak tu dan katanya nak datang malam plk nak beli lah kononnya. Uncle tu tunggu dari pukul 8mlm – 11mlm, batang idong pon tak muncul! dia mmg hampa gila lah tapi dia tetap senyum masa bercerita tu kat asben aku. tabah ler Uncle ni. *napelah bangang sgt si Ustaz tu, tak boleh ke sms ke call ke cakap tak jadi??? kata ustaz….!*

bkn maksud aku bercerita ni nak menunjuk kat sume orang ‘Kami dah tolong orang susah. Anda bila lagi?’ bukan macam tu. aku sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa. tak pernah aku sedih & kesian macam ni tgk orang lain susah. smlm asben aku tanya “nape tetiba terjadi kat orang yang kita kenal? dan agak rapat plk tu..” aku jawab, “Allah nak tunjuk lah kat kita walaupun kita rasa diri kita susah, tapi orang lain lagi susah & masih lagi boleh tersenyum” eh pandai plk aku jawab cenggitu smlm. *hihik* sebab aku tau kalo kitaorang dilanda masalah kegawatan macam ni, memang tension gila. rasa sakit otak taktau nak cekau duit kat mana kan. rasa dunia ini sudah takde apa lg, gelap musnah segalanya kan.

kitaorang tlg pakcik tu sebab kesian dia dah tua *anggap macam tlg mak bapak kita lah* & anak² plak jadi macam tu. padahal harta bapak dia dah kasi sket sorang. aku harap aku taklah jadi macam tu nanti. insyaAllah. dan aku jugak berharap aku akan setabah dia menghadapi ujian² macam tu.

INFO:

1) semua rantai, gelang emas bini dia dah gadai – bayar gaji kat sume pekerja Indon, lbh kurang RM85K.

2) Uncle X memiliki sebuah rumah berharga RM250K *akan di let-go*

3) Memiliki tanah dusun berharga RM1.3juta *akan di let-go jgk*

4) Ke mana hilang semua kawan² yang dia penah tolong dulu? hai, manushia²…

disebabkan dia patah kaki skrg takde keta nak bergerak, so urusan jual-beli tanah & rumah nya terpaksa ditangguhkan. *cemano nak ke ulu hilir kalo takde transpot*

Terkini: dia baru je pegi jual tv dia kat kedai dgn harga RM140, & radio RM50. *sob sob*

sekian sudah cite ku yang bertajuk…

‘Orang Kaya Yang Dilupakan Anaknya Bila Dah Jatuh Miskin’.

~the end~

p/s: ni pesanan dari mama aku dolu², “sape² antar mama gih duk rmh orang tua, aku sumpah jadi batu”

p/s/s: nape bila aku baca balik tak sedih pon cite aku nih? ahh kesedihan tak boleh ditulis kan. mak tak pandai la u ols nak jadi drama queen sat..

p/s/s/s: mesti orang ckp apa hal la depa tu kalut duk pk problem orang lain, problem sendiri pon tak abis²… *bukan kalut ok, sekadar nak berkongsi cerita  bagi pedoman kat orang lain skali*

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....