Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Friday, November 04, 2011

hati-hati di jalan raya

Selamat Hari Raya Haji uolsssss!

 

balik kampong tak?

cuti sehari je kan?

 

mak balik..

turn balik kampong mak plk kali ni ye anak-anak…

 

cuti aku amik 1ari je pon.

berapa ari je lagi balance AL aku.

adeh.

 

bila nak gerak balik ni yer?

aku packing satu hapa pun tak.

dengan musim hujan skrg.

basuh baju pun makan hari nak betul2 kering.

 

malam ni for sure la aku tak gerak balik.

esok pagi sebelum Subuh around 3 @ 4am ler kot..

jem.

oh itu PASTI!

 

dengan lenguh sengal kaki tangan mak ni ha.

first time berbootcamp katakan.

 

cerita pasal bootcamp,

first day tu hazab uols.

nak berjalan pun tak larat lepas tu.

terketar2 tangan & lutut beb buat squat.

hahaha!

 

second day bootcamp,

happy & more fun.

hope more fun fun & fun la yer..

ape motibasi kite?

nak kurus kan?

jadi jangan cepat mengalah!

 

ok uols.

taaaaaa~

 

drive safe ya!

Friday, October 24, 2008

Cerita Raya Bab III

aku memaksa diri aku menyudahkan citer Raya nih. dah nak abish bulan Syawal, tapi citer Raya tak abis2 lagi. macam-macam citer lain aku nak stori kat sini, tapi tersangkut sebab citer raya ni tak end lagik *alasan saje kah?*

cite pon dah tak panjang. nak sambung bab dua aritu je.

gerak dari kedah kol 9am, kol 2pm aku & asben dah terpacak kat rumah jeteh.

mandi2, smayang terus tolong mak aku masak kat dapur.

info: dah jadi satu kemestian untuk family aku MAKAN BESAR on the last day pose. semua anak-anak mak aku balik ke tak semua balik ke, last day pose biasanya akan buat majlis bukak poser besar-besaran. bukan panggil orang luar pon, cukup sekadar ahli keluarga aku. + mak aku akan masak special sket aritu. biasanya mak aku masak beef stick (pak arab style), makaroni sup/goreng.

memandangkan tahun ni semua adik badik aku turn raya kat jerteh, so memang gamat la last day pose tu. family aku ni tak la besar sangat. total up semua adalah 22 orang. (mak ayah, anak-anak 5orang, menantu 5 orang, cucu 10 orang). 22 ler semua nye kan.

so raya tahun ni memang berbeza la sket bagi aku. yelah dulu beraya solo, single je kat rumah. tapi tahun ni aku dah ada teman baru bawak balik raya kat rumah. hehe. mujo ler teman aku tu sporting nak datang beraya kat rumah aku. *wink*

biasanya time raya pertama aku tak sempat nak jenjalan ke mana-mana sangat sebab sibuk kat dapur cuci pinggan, bakar sate segala tu, tp tahun ni sempat ler jugak aku pegi jenjalan ke rumah sedara-mara aku petang raya pertama tu dengan teman aku tu & mak aku. kalo xde mak aku, aku malas nak jalan. 'eh hello! ko tu dah kawen. still nak berkepit ngan mak ke..' lantak aku ler kan. hihihik.

1st & 2nd day raya aku banyak duk kat rumah layan tamu datang. 3rd raya aku gih umah pakcik aku kat kotaBharu. balik tu singgah rumah member aku kat kb gak. sampai rumah dah maghrib.

plan 4th raya dah nak gerak datang kL, tp mujorler husband aku tak jadi keja dia ahad tu, so sebab tu lah aku gerak datang kL on the 5th raya.

"jem tak?" orang tanya aku.
"tak jem pon... "aku jawab. "12 jam sajork okeh"
hehe.

yes! kol 1pm aku gerak, kol 1am aku sampai. best kan! boleh makan angin, jalan-jalan lagik dalam utan lipis dan jeli sana. rugi korang tak join aku kacau jem ramai-ramai dalam utan aritu. best!!

segala gambar-gambar aku akan upload later lah. *bila la tu kan?* aku tak compile lagik gambar-gambar bukti jem dalam utan & kat tol karak hiway tu.

yang aku pasti, esok tu aku bangun tido terus tak larat nak keja. asben aku pegi lah keja. tapi lepas tu 2 ari MC. demam.

sakit oghat aku 12jae dale keto okeh!

Monday, October 20, 2008

Ceritera Raya Bab II

aishh..lambat betul aku update kan. mcm biasa. malas. + ada keja skett..

oke meh aku sambung cerita berpose di rumah orang lain aka mertua aku for the very first time..

there are few differences between fasting at my own house in jerteh with their house. yang pertama-tamanya...

1) on the food / juadah bukak poser & sahur
:: kalo kat rumah aku, mak aku jarang masak. she prefer to buy the foods at bazar ramadhan than cook it herself. taktau kenapa. malas?? hmm maybe mak aku dah terbiasa beli lauk-pauk kat kedai sebab dia duk berdua je ngan ayah aku. so, kadang-kadang masak sendiri tak worth it sangat, so pegi kedai beli lauk 2,3 jenis tak sampai lagik rm10 (biasalah kat kampong kan). boleh makan sampai dinner. tapi bila anak-anak ramai balik, dia akan memasak la. kalu dah ramai kat rumah, takkan ler nak beli lagik kan? aish. membazir namanya.
tapi kan...
"bakpo eh mama behi beli lagi walaupong aku ado duk kapong lonih??" my sister asked me on last month.
thehehe. kak, sori aku tokleh jawab la soklan mung..hikhik..

back to the stori, may MIL nih jenis pemasak yang tegar. juadah bukak poser ke lauk-pauk sahur ke memang masak sendiri. aku memang salute la ngan dia. even dia sekarang tak sihat sangat, tapi gagahkan jugak masuk dapur masak. same situation goes for her - stay kat rumah dengan my FIL je. so berdua je lah kan. tapi tetap masak.

so nak dijadikan cerita, aku nih bukan pandai sangat pon bab-bab kat dapur nih. pada suatu petang tu diaorang nak buat kuih onde-onde also known as gula melaka *hmm*, so bersama-sama dengan SIL aku masak-masak kat dapur. dan kebetulan tugas aku jaga periuk kat dapur & masukkan onde-onde yang dah digotel2kan tu bersama gula melaka kat dalam periuk yang mendidih-didih airnya.

the Fact: aku memang takut benda-benda panas ni especially air panas. so, aku pon buat la tindakan bijak 'menggelongsorkan' onde-onde tu ke dalam periuk. sepatutnya campak-campak je dalam periuk tu, tapi aku takut air tuh memercik kat aku.

Hasilnya: onde-onde tu melekat kat 'dinding' periuk tu dan tak boleh tarik lagi. buat dengan sudu pon tak jadi jugak. *huwaa* mujorlah ada SIL aku tolong, kalu tak ayoyoyoyo.

Read: dulu-dulu mak aku memang selalu jugak buat onde-onde ni, tapi aku sekadar TOLONG tengok dan TOLONG sembang je. maka begitulah hasilnya kalo suka TOLONG(s) je kat dapur.

pada suatu petang kedua, derang nak goreng cucuq udang. maka sekali lagi aku mengambil tugas di bahagian dapur & kuali yang minyak tengah panas. *kerana aku tidak pernah serik*
nak dijadikan cerita, dekat stove tu derang letak paper utk lapik apa2 la kot ada tertumpah. petang tu plk, ujan berserta angin sepoi-sepoi bahasa gitu. tingkap dapur bukak sket. aku sejujurnya tak pernah & jarang beno ler guna api besar time masak-masak ni, tapi disebabkan nak cepat, derang suh aku guna api besaq. maka,
Hasilnya: 3 kali paper kat situ terbakar time aku goreng-goreng cucuq tu & mujoq la tak terbakar rumah.
kalo tak naya jer terbakar rumah dekat nak raya ni. *heheh*

maka, pada tahun pertama poser kat rumah mertua aku dah tunjuk la skills aku kat dapur. skill menjahamkan dapur & kuih orang. jelaslah di sini saya memang tidak pakar di dapur. jelas dan nyata sekali.3

one more, MIL still buat kueh raya, ketupat palas sendiri! mak, salute lah! nanti ajarkan saya ye.. *ihiiihi*

2) the time of preparing juadah / lauk pauk
:: kalo mak aku, walaupon dia jenis pembeli yang tegar, tapi dia jenis sorang yang tak suka kerja last minute. not a last minute person la orang kata. dia suka buat sesuatu awal-awal dari sepatutnya dan aku rasa kalau dia student U, mesti dia orang pertama antar esaimen. hehehe.

for example: kalo berbuka pose pukul 7 lbh, so everythings like main course, kueh-mueh, lauk-pauk, air, etc dah terhidang kat atas meja pukul 6.45 macam tu. *owh de veri awal kan* tapi tak kisah la janji jangan last minute. kalau kerja last minute, maka akan terhasil la super kelam-kabut dari dia. macam tu jugak waktu sahur. kalo imsak kol 5.30, so pukul 5 tu kami dah selesai makan dah pon.

tapi berbeda dengan MIL aku. kalo bukak poser kol 7.15, pukul 6 ke atas baru masuk dapur. evrything buat masa tu. masak lauk, kueh, air, etc etc. and on the dot azan Maghrib, evrythings is done! waaa, salute la! tu kena guna api besaq kalo nak masak sebab semua nak cepat. i have to biasakan diri slow2 la. memula aku terkejut jugak, sebab amat berlainan dengan style mak aku. macam tu jugak kalo kol 5.30 imsak, my MIL bangun around 4.30 or 4.45 then start masak bagai. then, 5.15 baru start makan. uwaaa kalo mak aku dah nanges tu.
so, which one do u prefer? =)

aku rasa dua perkara tu je lah yang nampak ketara perbedaannya berRamadhan kat rumah sendiri & rumah mertua.

untuk aku sendiri, kalo kat rumah rumah aku..aku tak pernah nak bangun awal-awal waktu sahur tu. bangun awal- awal pon nothing to do aite? hehe. cuma panaskan lauk pauk & masak nasi je. dan dari apa yang mak aku cakap la.. aku adalah antara orang yang paling liat nak bangun sahor. kadang-kadang aku bangun bila mak aku dah nak tutup saji dah pon. uwaaa, actually masa tu baru pukul 5am macam tu. tp u know la my mom kan.

TAPI bila kat rumah MIL, terbising sket je kat dapur terus aku bangun. waaa unbelieveable nye kan... *wink*

for this year, aku sempat berpuasa 2 hari saje kat kedah, & sehari kat jerteh. InsyaAllah tahun depan poser lama sket kat kedah & beraya kat sana jugak *whoops?!*

30 Ramadhan (30 September) on 9am, we start our journey to Jerteh. yeay! balik kampong..ho ho balik kampong..

cont. for the third Bab & piktures version...

Friday, October 10, 2008

Ceritera Raya 'IdulFitri Bab 1

arini 10 Oktober 2008 bersamaan jugak dengan 10 Syawal 2008. dah 10 hari kita dalam bulan Syawal dan dah 10 ari jgk ler kita beraya tahun ni ye. bagi sesetengah orang, hari ke-10 ni dah takde sangat feel raya. tapi bagi aku raya menten sebulan hihihik. ari raya ke-5 dah kena balik kotaraya. hari raya ke-6 dah start keja (husband aku ler) aku tak start lagik. tak puas rasanya beraya di kampung. actually, bukan beraya yang digembirakan sangat tu, tapi gathering bersama kaum keluarga yang lain yang buat aku tak mau datang kL lagik. tak best duk sini. uwaaa. *homesick??* sampai ke arini pon aku tetap bukak lagu-lagu raya kat ofis ni, dalam keta masih cari channel mana yang mainkan lagu raya, still rasa nak makan ketupat daun palas, tiap hari balik keja aku & asben berebut makan kuih raya yang tinggal saki-bakinya. hujung minggu je aku mula la mencari-cari open house. hehe. *so, anyone out there yang nak wat open house, buh nama aku lam list oke!*


nak bercerita pasal raya tahun ni memang ler agak panjang. tapi aku buat by bab ler. ala-ala Lord of the Rings *muehehe*


kitaorang start bercuti 28 September. 27hb tu asben aku keja lagik. kononnya lepas sahur 28hb tu terus nak gerak balik kedah. tapi macam biasalah kalau dah name nya nak balik kampong, tak sabor lagi nih. asben aku pon tak lena dah tido. last2, kol 12 midnite kitaorg dah sumbat barang dalam boot keta & terus gerak. singgah jap kat satu restoran kat kg melayu subang. konon terus sahur la tu. tapi, ya Allah hazab nye makanan Dia je yang tau. aku masak jauhhhhhhh lagi sodap la. ada ke nasi & bihun goreng dia guna pakai sos tiram je?? aku yang tak pandai sangat bab-bab masak ni pon leh rasa dia masak guna sos tu je. aish. tapi disebabkan lapor, aku & asben hentam jugak lah. tapi, macam biasa restoran tu dah dicop 'X', bukan saje restoran tu tapi sume branch(es) dia yang lain (kalo ada ler).


then, we start our 'real' journey on 2am. korang paham-paham lah kan, tengah2 malam lepas makan plak tu cmne. mengantuk ya amat! my asben drove from shah alam until tg malim, then i took over from tg malim until tapah. tu pon aku memang de very mengantuk jgk la. (info: aku memang alergic sket dengan straight hiway sebab aku mudah mengantuk. if i'm the driver, i more prefer jalan kampong or jalan not too straight. it make me sick!) kat tapah tu kitaorg benti tido sat. dalam 15mins. from tapah, we use the alt. way which is jalan kampong. not really kampong la. jalan pun dah besar cuma trafik lite la yang banyak. but i like! kalo berjalan siang hari, aku suka tengok pemandangan, rumah-rumah area tu, kampong2, kebun2 durian, old buildings kat ipoh, bidor, & in most of the Perak small town still have old buildings. aku & asben ni kaki sejarahwan sket. ha ha. historian gitu.


kitaorang masuk balik hiway di kuala kangsar, & pit stop at bukit segantang (if not mistaken la. already forgot). had our Subuh Prayer there & have our 20mins slept. again! dari situ aku drive sampailah Penang. dah masuk area penang tu, asben drive balik la sebab dia lebih arif jalan situ & know more the shorcuts. at 9.30am, we arrived our hometown, aloq staq. de very tired oke! 7++hours.


My heart says : cmne la puasa, bukak pose & sahur kat rumah orang lain ni. kat rumah mertua plak tu. aiyak!


aku dah mula rasa macam2...

ikuti kisah selanjutnya camne aku mengharungi kehidupan di bulan ramadhan di rumah mertua ku.
macam-macam pengalaman aku dapat.. *thihihi*


aish...cmne ni nak wat biasa kat ghumah mertua

Friday, September 26, 2008

Salam 'IdulFitri 1429

Saya a m l y n y x & suami mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1429 buat semua umat Islam di seluruh dunia (yang mana baca blog ni la).
Hari Raya yang merayakan kemenangan kita dalam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Maaf Zahir & Bathin.


Image Hosted by ImageShack.us



Note: Sesape yang kenal rumah kami di Terengganu, jemputlah datang beraya. kalo tak kenal pon, boleh kontek aku oke.

Turn tahun ni di Terengganu.
dah kena start buat jadual balik kampung nampaknye ni. aishh.


Notes: Kepada sesiapa yang drive balik kampung tu, drive safe. have a safe journey! ho ho ho balik kampong~

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....