Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, August 01, 2011

10mo

**Ini cerita berminggu-minggu lepas… 3 minggu lepas kot? **

apa perkembangan itu budak kecit yer?

dah lama mommy tak update sini.

 

skrg fasa dia tengah membuas.

nak citer pasal fasa ni,

mmg mak letih uols.

 

dia brenti bila tido je.

celik mata (kalo cukup tido),

terus bercakap @ membebebel

tattatatitititetette..

kalo TAK cukup tido?

melalak la apa lagi.

marah orang ganggu dia tido.

bila tengok tang perangai ni aku jadi…

Gulpp!

alamak! sebijikkkk perangai.

perangai sape?

rahasia.

Dont tell anyone

 

merangkak.

7bulan dia boleh merangkak.

laju nau dia merangkak skrg.

agak2 daddy tak buat2 nak kejar dia,

dia pulak agah daddy & buat2 nak kejar daddy.

siap ada bunyi lagi tu konon nak kasi daddy takut.

daddy lari2 dia lagi kejar sambil bunyi2.

ohhhh how cute u both!

 

tapi sebelum merangkak,

dia dah suka berdiri2 pegang dinding,

sofa, kerusi, meja, kabinet, etc.

lagi best dia berdiri & lepas tangan!

paling best lagi,

lepas tangan & buat2 jatuh.

tapi buat2 jatuh tu time mommy ada duk terlentang dekat dia la.

 

sekarang lagi la hobi berdiri,

panjat memanjat tu.

dan suka bertatih.

mommy nampak kaki dah ringan nak tatih tu.

cuma step tak betul lagi la.

time kita pimpin/pegang tangan dia,

kadang macam jalan mcm encik krab,

kadang macam apa tah terkangkang2.

aritu mommy ada beli Wagon-Push to Walk utk dia senang exercise tatih2 ni.

tapi kusi meja makan mommy jugak yang best bagi dia.

tolak sana sini.

 

kawan2 sebaya lain dah ada gigi lama dah.

dia baru nak ada.

10 bulan baru ada gigi.

hihihi comel!

tak sabar mommy nak tengok dia cenyum ada gigi.

patutlah mommy dah rasa lama sakit betul dia gigit time bfeed tu.

masa tu gagau2 dalam mulut tak terasa lagi gigi dia.

 

tapiiiiiii……..

pencapaian yang paling mommy tak sangka adelah…..

mekkecit tu berjaya panjat 15 anak tangga tak sampai 2 menet pon!

Hypnotized

 

soooo suprised!

tu le pagar tak beli2 lagik.

beli secara niat je.

hampeh betol mommy kan?

ok ok!

weekend ni kita survey baby safety gate.

aritu dah ada member nak letgo gate dia,

tapi tak muat ler plk.

kena beli extension byk pulak.

so kasi balik je lah,

kitaorang beli yang baru skali dengan ext.

 

tapi siryes,

mommy betul2 terkejut aritu dia panjat tangga jap je.

sebelom tu dia tunjuk kat mommy & daddy panjat 4 anak tangga je yang paling hebat.

aritu mommy nak mandi,

so aku pun pegi ler handover mekkecit tu kat daddy dia kat bawah.

aku pun naik ler atas, tutup pintu.

pastu aku dengor bunyi mekkecit nangis.

makin lama makin dekat.

aku dah mula..

"haihh. orang nak mandi, dia bawak naik atas pulak.."

tak lama lepas tu,

dengar pintu bilik diketuk.

memula aku malas bukak pintu.

tapi aku bukak jugak.

jeng jeng jeng…

mek kecit tu dah melutut sambil ketuk2 pintu.

masa aku bukak tu dia macam terjatuh la sikit.

pastu aku dukung dia,

dia terus uwawawawawa ler.

aku tengok kiri.

intai2 dalam bilik depan kot2 daddy dia ada.

'eh. cepat benor turun. nak memain pun tengok2 ler..'

kata aku dalam hati.

tak sampai 10saat daddy berlari naik.

"eh dah sampai atas??!" kata daddy.

aku memula senyum tak senyum.

nak marah pun ada.

"elehhh…" aku jawab.

"betul! demi Allah saya tak bawak dia naik.

dia naik sendiri.."

aku terdiam.

kagum ada.

risau ada.

lucu ada.

semua ada.

haih la hannah adelea!

lepas tu mommy & daddy buat praktikal kat dia sekali lagi.

daddy buat2 tinggal dia kat bawah sorang2 & mcm tadi,

sekejapan saja suda naik atas.

 

anak mommy suda beshar Big Grin

 

ngamuk kalo kita buat apa yang dia tanak/tak suka toksah cakap la.

 

budak suda beshar.

suda macam2 pe’el.

suda ada macam2 akal.

suda makin cerdik.

 

semoga Hannah Adelea sihat walafiat & di dalam lindunganNYA selalu.

amin.

 

Image2774

*budak yang cukup marah kalau pepagi tido dia terganggu*

 

 

xoxoxoxo,

mommy loves u!

Thursday, March 24, 2011

the system is locked, so…

bosan sungguh ler bila system locked.

tak leh wat keja.

document setambun elok je duk tepi aku nih.

 

bukan la aku nak bagitau aku workaholic walaupun ianya benar. hahahak.

 

aku dah boleh rasa aura serabut & tense minggu depan untuk menyetelkan semua documents ni At wits end

 

dari takde wat keja macam ni,

elok la aku balik duk rumah jadi surirumah kan.

 

lipat baju.

basuh baju.

sapu sampah.

masak-memasak.

tido.

kan?

 

*******************************************************

 

semalam pegi Townhall co aku kat Kompleks Seni Islam S Alam.

 

terlopong aku duk dengar apa Bro CEO nak citer.

last2 macam tak paham je.

nape tah?

maybe sebab apa yang aku nak dengar dia citer tak clear kot.

setakat kasi tarikh je.

Confused

 

******************************************************

 

baik layan gambar buah hati mommy…


cek mek dengan bestfren baru dia Love Struck

Image2221

 

Image2220

 


hannah adelea dah tak sabar nak join kakak² & abang² main playground…


 Image2215

 

Image2216

Monday, March 07, 2011

6mo!

how fast the time flies!

 

hannah adelea already 6mo & 1day old.

 

suda besharrr!

 

terngiang² lagi dalam kepala mommy detik² bestt bersalinkan si kecit haritu.

macam baru je kemarin.

 

kalo freetime, mommy suka belek gambar² mek kecit masa dia ‘kecik²’ dulu.

very the tiny one!

baju semua nampak besar jee.

toys pun besar dari dia.

tido je banyak.

muka kecik sajork.

dengan jaundice yang tak abis² & kulit pun nampak gelap semacam je campur dengan kaler kuning tu.

 

sleep *6 bulan lepas*

 

 

 

Image2133

*minggu lepas*

 

sekarang dah pandai banyak bunyi.

membebel.

suka buat buih.

suka sembur².

suka gelak.

saje je bukak mata luas², nak suh orang agah dia & dia nak ketawe.

suka menjerittt.

suka gigit & tarik nipple mommy.

suka tarik tangan mommy kalau mommy tengah makan.

pantang letak, mesti dah terbalik sana sini.

nak kasi pakai pampers punya lah payah.

dah praktis tolak badan ke belakang.

suka tepuk² karpet.

sudah pandai takut kalau kena tinggal sorang²

sudah pandai merajuk! especially ngan daddy Hee hee

 

ahhh.

mommy miss u la baby!

 

nak balik rumahhhhhhh jumpa mek kecit!!

 

 

“HAPPY 6 MONTHS OLD SAYANG MOMMY!”
Red heartRed heartRed heart

Saturday, March 05, 2011

petitgems!

yeay!

 

lagi beberapa hari hannah adelea will turn to 6mo. suda bole start solid foods.

 

sebelum betul² start solid foods seperti bubur yang mommy akan buat sendiri nanti (semoga mommy berjaya!), aku memang plan nak suap foods macam petitgems @ heinz tu. since heinz tak de tanda halal, so aku pun macam taksyok la kan. mujurlah petitgems ada tanda halal.

 

dan bila aku browsed kat mana aku boleh beli petitgems ni, rupanya kat OU & Midvalley la. dah ler aku jarang pegi belah sana. so cemana?

 

tetiba petang rabu lepas balik keja haritu aku ajak jamjul singgah kat kedai My Life…. apa kebende tah kat BJ. boutique for mommy & baby. aku sebenarnya nak tangkap huggies diapers nye yang murah plus kalau shopping RM50 & above automatic jadi member’s.

 

sebelum tu aku pusing2 dalam tu dulu. memula aku nampak botol Heinz. kat bawah tu ternampak plk Petitgems. yeay! kat sini pun ada. so takyah la pegi sampai Mid @ OU kan semata nak beli si Petit tu.

 

so aku grab 2 flava.

 

Image2114

Image2117

dan tak lupe ini..

 

Image2118

untuk disuap kepada ini budak!

 

Image2110

 

bahagian mommy pun WAJIB ada jugak ok!

 

Image2119

Monday, February 21, 2011

[outdated] kronologi part iii

[hoping that this will be the last part laa..]

 

continue fr part i & part ii..

 

(tengah tarik mooood & rewind balik segala kejadian pada hari terjadi)

 

*******************************************************

 

eh eh chup²! lupa satu bab. [haa! kang dah cakap, mesti jumping² punya story sebab dah history the very] <—from part ii

 

petang tu Dr Lily ada tanya ngan aku nak amik epidural tak. aku pk p-mai “tak mau ler Dr” “ok confirm? sebab lepas ni masa dlm LR dah tak boleh bagitau nak amik tau” aku angguk sajork. “tapi kita still boleh bagi ubat tahan sakit *nama apa tah ubat nak tido tu* dlm LR nanti” Dr Lili sambung lagik.

 

sebab sebelum tu lagi, sorang kakak nurse tu dah cakap kat aku. dia suggest takyah amik epi. sebab nanti kita tak boleh feel sebenar sakit beranak tu. dia dulu pun nyesal sebab amik epi masa lahirkan anak 1st, so that masa anak 2nd dia taktau cemana feeling sakit beranak.

 

aku pun ada jugak baca² kalau boleh avoid epi, go for it! feel the real sakit! *ala sakit lebih skitt je dari senggugut! <—orang kate*

 

aku masuk dalam LR lebih kurang jam 8.30pm kot.

 

masuk je air tu, tak sampai 10 minit kot aku rasa, sakit gila dah. contraction about 10 min or less dah aku rasa. tak nyempat2 nak cek jam pun masa tu.

 

jamjul panggil midwife macam parah sangat dah bini dia ni. midwife tu masuk & cakap, “baru sikit ni..” aku cakap, “dah boleh ke masukkan ubat tahan sakit tu?” dia cakap, “baru lagi ni.. nanti sakit gila2 jap lagi saya masukkan..” ergh?! sakit gila2 nanti? ini sakit apa? tak gila2 dah ker..

 

masa tu tak tangan jamjul, tangan mama aku genggam. tapi banyak jamjul ler sebab mama pun tak mampu nak genggam tangan aku balik. betapa kuatnya genggaman aku masa tuh!

 

midwife masuk 2,3 jugak dalam LR. bukan check bukaan pun, sekadar check paras air tu dah byk lom abis. aku suh midwife tu panggil Dr Lily check jalan, dia cakap Dr Lily ada patient kat bawah, so kalau nak dia akan checkkan. aku memula tu tanak la. tak yakin Tongue

 

tak lama lepas layan contraction bertubi2 tu, jamjul nampak aku kronik gila tu, dia panggil midwife sekali lagi. aku cakap “buh je la ubat tahan sakit tuuu..” dia terus inject masuk dalam drip tu sekali.

 

midwife tu suh aku duk mengiring, kasi senang baby turun.

 

kejap2 belah kanan, kejap2 belah kiri. lenguh dowh!

 

dalam pukul 9.30pm macam tu kot (aku bajet2 je ni), aku suh jugak midwife tu check jalan aku dengan pesanan “pelan2 ye…” Big Grin

 

midwife tu check, dia cakap “EH! dah 8cm!!”

 

masa tu aku nampak dia kelam kabut panggil midwife lain & jugak Dr Lily. aku dengar “panggil Doktor..panggil Doktor..!”

 

“kalau nak push, push je sekarang..” aku dengar lagi suara dia. sambil dia kelam kabut pakai glove bagai.

 

aku masa tu dah la baru je masukkan ubat tahan sakit. aku hampir2 nak lelap dah, tapi sakit kat bawah menguasai diri lagi. memang high gila dah aku masa tu.

 

masa tu la midwife & Dr masuk, masa tu la nak betulkan katil (nak angkat skit bhgn kepala tu).

 

aku rasa memang betul² macam nak buang air besar tu. aku tunggu je arahan dari Dr “push..push” tapi takde plk. so tanpa tak leh tahan aku push je.

 

aku taktau berapa kali aku push, aku rasa dalam 3x kot, tetiba jamjul cakap terbojol kuar muka budak. hiks Big Grin

 

dia plk masa tu tgh kosentret tgk muka aku. baru je nk tgk kat bawah, budak itu suda kuar!

 

dalam pukul 10.15pm, selamat lah lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW ke muka bumi…

 

aku dengar Dr Lily terus selawat sambil tarik baby keluar. lepas tu dengan suara mama pun selawat sama.

 

dalam pukul 11pm, semua suda selesai. bab jahit menjahit tu ler take times aku rasa. sebab kelam-kabut punya pasal, aku push pun sebelum orang suruh, makanya aku push cara aku je la. seriau beb bila tiba nk bercerita bab jahit ni! ouch! Time out

 

Alhamdulillah anak pompuan yang dilahirkan tu sihat walafiat jugak adanya.

 

 

36393_410940046099_776946099_4346122_4610762_n

*in*

 

 

60351_434538781099_776946099_4910694_986719_n *out* beberapa minit selepas kuar

 

Image1984

*not really latest* 5m,2w, 1d

 

sekian sudah cerpen saya yang bersambung 3 episode ini..

 

tkasih kepada sesape yang sudi membazirkan masa membaca nye..

 

Wave

 

 

p/s: sakit beranak tu bestttt wooo!

 

p/s/s: masa paling heaven adalah selepas uri dikeluarkan. feels like semua sakit @ beban suda hilanggg

 

p/s/s/s: saya suda misss itu budak bucuk! owhh

Tuesday, January 18, 2011

hannah adelea & paed

mommy got lotsaa works to do rite now.

tak sempat nak update sini sokmo.

tak sempat nak sudahkan kronologi part iii smile_sad

 

elok je masuk new year, tetiba la plk bz. bab kerja ofis, kerja rumah, personal. semua bz!

 

mommy really need a vacation rite now!!

 

tapi biar setle segala kerja & masalah dulu, baru besh gih cuti² kan?

 

just a lil update on my lil cutiemutie pie smile_wink

 

saturday lepas, 08/01/2011, hannah adelea got her 2nd jab for pneumococcal vaccine kat Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara. 1st time we went there. so crowd. padahal masa tu dah tengahari. tapi before that mommy dah usha² price vaccine ni ngan Dr Yong Junina tu sendiri via FB. dia punya respond sangat la bagus. itu pasal mommy nak try ngan dia plk.

 

Image1824 bersama dengan Dr Junina

 

disebabkan hannah adelea ni adalah cekmek kelate, maka paed dia mmg kat Kelate. Dr Zamsyari kat Klinik TMC, KB. tapi dia attached jugak kat KBMC. eh suka² aku jerk declare Dr Zam paed hannah adelea fingerscrossed

 

tapi bagi aku best la Dr Zam ni. 1st time bawak hannah adelea jumpa dia masa dia kena prolonged jaundice dalam pantang dulu. masa tu senyum pun x sangat Dr ni. seriuss sajork!

 

2,3x pegi baru nampak kemesraan dia. hannah adelea pun nampak steady je kalau dengan Dr Zam ni..

 

Image1657 tengah rilek tunggu Dr Zam cocok paha dia..

 

1st mth inject, dengan Dr Zam.

 

2nd mth inject, dengan paed di SALAM. konon nak pegi SALAM je since mommy dulu kan checkup pun kat sini. tapi paed dia macam tak besh jerk! thumbs_down masa inject tu, takde pun amik ukuran & berat baby. sobsob. jadi mommy pun search la kat dalam tenet paed di Shah Alam/Sel area.

 

3rd mth, kebetulan balik emergency arwah baba meninggal haritu, so sekali lagi pegi jumpa Dr Zam di KB. kat situ la hannah adelea got 1st jab pneumococcal & rotavirus.

 

4th mth, lepas browse dalam net, akhirnya mommy jumpa paed yg ok kat Mutiara D’sara & price pun ok!

 

maybe lepas ni mommy pegi kat Klinik Yong Junina ni je la. servis dia bagus. Dr pun bagus. lembut & peramah je.

 

4mth, hannah adelea 6kgs. size kepala & panjang mommy lupa la. cuma Dr Junina cakap kalau dalam graph tu, hannah adelea ni macam tinggi skit. so gen daddy la tu! smile_party

 

nxt month, hannah adelea will get her compulsory jab -  3rd dose DTP + Hib and Polio and 3rd dose Hepatitis B plus the last rotavirus.

 

alhamdulillah sepanjang kena cocok ni hannah adelea takde kena demam lagi. sebab mommy ikut satu petua ni, lepas inject terus sapu minyak angin kat tempat tu…

 

semoga anak mommy ni sihat walafiat adanya. insyaAllah..

 

 

p/s: a lil bit katanya pasal anak! hambek ko pjg meleret.. hihik

 

 

 

Thursday, January 06, 2011

she turns 4mo!

“h a p p y

4 m o

j a n t u n g  h a t i

daddymommy! heart

 

Image1792

 

tapi kita tak tiup² lilin lagi ok! tecik lagik..

 

this weekend lepas g klinik amik 2nd jab pneumococcal,

kita gih jalan² ye! smile_party

Tuesday, December 28, 2010

3m, 3w, 1d

28/12/10 – Hannah Adelea berumur 3 bulan, 3 minggu & 1 hari.

 

kojap sajork!

 

dulu terketar² jantung duk pikir nak deliver kan dia. sekarang terketar² tangan pakaikan dia diapers+baju lepas mandi bila dia dah mula dubbing sogha mintak susu!smile_tongue

 

tak penah pun kan aku citer Hannah Adelea’s development kan?

 

isk.

 

secara ringkas la ye aku citer perkembangan dia dari dia lahir dulu..:

[jap mak belek diary jap..]

 

11/09/10 (day 5) – tali pusat suda tercabut

25/10/10 (day 49) – dia suda ‘sembang’ sambil senyum² smile_regular

26/10/10 (day 50) – dia kena sunat! oops!

31/10/10 (day 55) – 1st time she sleep well @ nite

18/11/10 (day 73) – 1st time ever potong kuku kaki dia done by daddy

19/11/10 (day 74) – belajar meniarap (hari pertama)

20/11/10 (day 75) – tadaa! meniarap suda (hari kedua)

02/12/10 (day 87) – start gelak bunyi

04/12/10 (day 89) – sembang dengan daddy sambil gelak² lagi & angkat kepala tegak masa meniarap

27/12/10 (day 111) – boleh pegang mainan by 2 hands and mainan tu masuk mulot!

 

Alhamdulillah Hannah Adelea sihat walafiat.

 

& perkembangannya jugak OK paed cakap.

 

next week jantung hati mommy suda 4mth.

 

8/12/10 nanti kena gih jumpa paed lagik amik 2nd jab pneumococcal vaccine.

 

Image1764bersama dengan kawan baik yang bernama Nyet Pink!

picture taken on 26/12/10

Tuesday, November 09, 2010

officially @ office

sighhh~~~~ Confused

 

pantang masuk keja, mengeluh je kan? keja kan satu ibadah! apalah mommy nih.. hehe

 

bukan mengeluh sebab keja, mengeluh sebab gegara kelam kabut 1st day masuk ofis ni ada plk barang yang tertinggal…

 

ini…

medela8007196

dan ini…

 

Medela Soft Fit Breast Shield

haihhhh la mommy ni kan..

 

anak baru sorang suda kelam kelibut Tongue out

 

disebabkan dua perkara di atas tertinggal, makanya baju mommy sedikit basah. dah la memang taknak pakai breast disposable pad sbb kononnya sempat la pegi pump..

 

so nak taknak lunch time kena balik rumah, balik tukar baju, breastfeed si kecik tu kejap & pump dalam 20 minit. dapat 3oz. ohh tak lumayan! Thumbs-down

 

& sekarang mommy tengah pening. pening nk sesuweikan diri kat ofis, pening nak belajar balik keja² lama & pening tah apa la lagi…

SarcasticSickI dont knowThinkingEye-rolling

 

 

 

loves,

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....