Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah SWT untuk menjadi tetamu bulan yang paling diberkati ini..
saya & keluarga mengucapkan..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia.
semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih barakah kepada diri kita.
insyaAllah.
Selamat Bersahur,
Berpuasa,
&
Berbuka Puasa..
**tetiba mood bercakap Saya. iyolah bulan posa katakan
******************************************************
info yang aku baru tau….
ghopenya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dah tukar owang.
sangat la outdated aku nih!
patutlah semalam masa annoucement Puasa kat tv tu aku dengor macam slang, intonasi, gaya sebutan lain macam jer.
rupanya orang lain dah.
aku waktu tu tengah solat.
oops!
mrasalah bley dengar2 lagi katanya LOL.
pastu aku ada jugak tunggu2 kot ada ulangan.
da takde ulangan macam dolu2.
sedih mak.
arini masa duk blogwalking baru la aku tau info ni.
"Jumaat Januari 7, 2011
Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Baru
KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.
Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara pada Jumaat setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan
Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.
"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas," katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, Khamis.
Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.
Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.
Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. – BERNAMA”Sumber: mstar
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah – berkhidmat selama 22 tahun.
wowoweee!
patutlah sejak aku pandai dengar pengumuman 22 tahun lepas iaitu masa umo 6 tahun,
aku tengok muka same je masa buat announcement ni.
dah immune dengan suara dia.
sekali da tuka sekarang yer….
*sobsobss*
3 comments:
Salam Ramadhan 1432H dan Selamat berpuasa
salam ziarah ramadan... nice blog...
Along79 - salam Ramdhan & selamat berpuasa utk along sekeluarga..
omaq - salam ramadhan utk anda juga.
tq :)
Post a Comment