Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Friday, November 04, 2011

hati-hati di jalan raya

Selamat Hari Raya Haji uolsssss!

 

balik kampong tak?

cuti sehari je kan?

 

mak balik..

turn balik kampong mak plk kali ni ye anak-anak…

 

cuti aku amik 1ari je pon.

berapa ari je lagi balance AL aku.

adeh.

 

bila nak gerak balik ni yer?

aku packing satu hapa pun tak.

dengan musim hujan skrg.

basuh baju pun makan hari nak betul2 kering.

 

malam ni for sure la aku tak gerak balik.

esok pagi sebelum Subuh around 3 @ 4am ler kot..

jem.

oh itu PASTI!

 

dengan lenguh sengal kaki tangan mak ni ha.

first time berbootcamp katakan.

 

cerita pasal bootcamp,

first day tu hazab uols.

nak berjalan pun tak larat lepas tu.

terketar2 tangan & lutut beb buat squat.

hahaha!

 

second day bootcamp,

happy & more fun.

hope more fun fun & fun la yer..

ape motibasi kite?

nak kurus kan?

jadi jangan cepat mengalah!

 

ok uols.

taaaaaa~

 

drive safe ya!

Monday, September 05, 2011

Salam ‘EidulFitri 1432H!

biasa ler mak… salu outdated.

nak ucap Selamat Aghi Ghayo pun lambat.

 

Selamat Hari Raya AidilFitri 1432H kepada semua reader LUTG!

dah drive balik kampong & datang tempat keje balik dah kan?

cemana semua?

semoga semuanya selamat sihat walafiat la hendaknya.

 

tahun ni tahun kedua Hannah Adelea beraya.

tahun lepas umur dia 4 hari.

sangat tecik ok!

mommy nak pogang pun tak berani.

 

Alhamdulillah tahun ni berkesempatan jugak kitaorang beraya sebagai satu family kat rumah Opah mek kecit di AloqStaq.

 

raya kali ni umo mek kecit lagi 8 hari mau setahun.

 

kitaorang mulakan perjalanan Sabtu malam (27/08/11) sbb siang hari tu daddy still keja halfday.

pukul 11pm baru betul2 gerak masuk hiway.

kuar rumah dalam 10pm lagi tapi pegi rumah abang aku kat puchong dulu kirim kuih raya kat mama.

patah balik masuk Guthrie, singgah kat Bukit Jelutong dulu utk dinner.

since kitaorang berbuka ringan je td.

lepas makan, aku ajak daddy balik tido dulu.

tapi daddy cakap dia larat je nak drive.

aku besalah, lepas makan mesti mata stim mau tido.

 

Alhamdulillah safely arrived AS at 6am.

banyak kali kitaorang pittstop.

1st – Tg Malim. topup touchNgo & bought some sweeties.

2nd – Simpang Pulai. buat apa tah. lupa.

3rd – apa nama tah. tempat yg jual buah-buahan byk tu. kat situ beli kacang rebus buat kunyah2 since aku sooo sleepy!

4th – Sg Petani. singgah sahur namanya di Nasmir Restoran.

 

& Alhamdulillah mek kecit ok je letak lam carseat sepanjang dia tido tu.

kalau dia sedar confirm tak mau sebab malam gelap gulita.

 

lepas solat Subuh,

kitaorang membuta sampai jam 9lebih.

 

apa yang bestnya kat AS ujan.

sejooook gila woo!

best gila tidoo!!

 

pukul 10am pun gelap je aku rasa.

tengahari tu daddy nak pegi kedai tayar.

aku nak ikut tapi pikir2 balik macam renyah je.

so aku bantai tido lagi dgn mek kecit.

bagus kan aku duk rumah mertua?

 

petang baru bangun.

solat & turun bawah tolong apa yang patut & tak patut.

petang tu mak panggil anak buah & abang dia datang berbuka sekali.

so memang best la berbuka reramai.

 

day 2 berpuasa kat AS.

pagi, kitaorang keluar ke town AS.

nak berjalan pun malas sbb hujan.

tapi 3,4 jam jugak la aku hayun kaki dalam town tu.

cari apa?

saje jalan-jalan.

hehehehe.

 

mak masak lauk simple je.

aku yang tak pernah2 makan nasi lauk hidang tetiba berselera makan nasi berbuka petang tu.

bestt sebab semua lauk homemade cooked & fresh.

 

Raya Day 1

lepas solat sunat raya,

kitaorang snap pic & bersalam-salaman.

lepas tu headed to town.

mau tangkap gambaq family di studio.

lebih jugak la setgh jam di kedai photo tu sebab banyak jugak family lain duk queue.

yang paling aku tak bleh lupa,

cramp mulut aku duk senyum.

rasanya lebih dari 10shot.

'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..'

kata apek kedai tu.

aiya!

 

lepas tu kitaorang headed to Kg Kuala Sala.

kampung Abah.

lepas tu pulak terus ke Sg Petani rumah Pakcik.

balik ke AS lebih kurang jam 6pm.

phew!

settled day 1 raya..

mekkecit dapat bertahan dalam uniform baju kurung sampai jam 4pm je.

syabas anak mommy!

mommy duk pikir before 12 dah bukak dah..

 

Raya day 2

pagi ramai datang beraya ke rumah.

petang bergerak ke Pokok Sena.

attend majlis pertunangan cucu saudara (ye kott) Abah.

tak lama duk sana,

Dr Jaki sms aku katanya nak pegi beraya ke rumah AS.

aku pun ajak daddy & kunco2 lain balik jugak.

dalam sejam jugak Dr Jaki & Wife datang beraya.

 

Raya day 3

pepagi lepas breakfast,

kitaorang gerak ke Perak.

1st destination – Teluk Intan rumah parents biras aku, abg Usop.

jalan dah pack kat hiway.

so tired.

 

2nd destinantion – Sg Siput – kampung Mak.

baru je masuk simpang nak balik rumah Mak Ngah,

mak berhenti tepi.

dia called daddy cakap check-in kat hotel je sebab maybe ramai orang kat rumah mak Ngah.

we all follow je.

so safely checked-in around 10pm++.

 

Raya Day 4

pepagi lepas check out,

pegi breakfast roti canai dulu.

lepas tu pegi rumah the one & only pakcik yang Mak ada kat Kg Tersusun.

lepas tu baru ler gerak ke rumah makNgah.

lunch & tea kat sana.

petang, gerak beraya ke rumah sori-lupa-nama kat Lintang.

 

lepas tu baru gerak balik ke KL.

we chose to use alt way.

sebab hiway memang pack & jalan dalam biasa pun pack.

so kitaorang balik kut jalan Teluk Intan.

pun keta penuh!

huwaa.

 

Alhamdulillah safely arrived home around 1am.

penat bangat!

 

Shah Alam-Alor Setar-Teluk Intan-Sg Siput-Teluk Intan-Shah Alam = 1487.3km kitaorang berjalan-jalan raya tahun ni.

 

 

p/s:

piccas???

later.

tak pun dalam facebook aku da upload.

macam biasa,

mak takde mood nak upload sini nokss..

daaa

Tuesday, June 08, 2010

duk kampung

Alhamdulillah. we safely arrived SA @ 6pm Sunday 060610.

 

Besttttt cuti lama² duk kampung nih.

 

Last Saturday (29 May) kitaorang konon nak gerak pagi² macam biasa dalam pukul 3 @ 4 am macam tu. Skali, bangun pun dah pukul 4am. Buat itu ini, kul 5am baru gerak dari rumah. Pastu, benti 7eleven breakfast mihun goreng dulu. Lapar dari malam semalam. Kol 6am baru betul² gerak keluar dari SA.

 

630am benti Karak, solat Subuh. lepas makan haruslah mengantuk balik kan? hehe. gagah drive pelan², tup² kul 8am dah benti Raub. tepi Masjid apa tah benti tido. hihi. sian driver ngantukkk.

 

Image989 *haa..namanya Masjid Kampung Sega, Raub*

 

lepas tu gerak pelan², sampai GM dalam kol 11am kot. jamjul soooo lapar. aku memula tanak makan. sbb pikirkan lunch mama dah prepare kat rumah. tapi bila sampai je kat kedai makan GM tu, kenot tahan la uols. perut mak memberontak!

 

Image990 *tu diahhh.. gua musang!*

 

**Sorry peeps! aku tak snap la lunch yg aku makan kat GM tu. sangat la tak sedar diri masa makan tu**

 

and for the first time, jamjul suda pandai makan BUDU! hiks. sebelum ni dia dah penah makan nasi & budu. tapi ada ke budu tu dia buat kuah! haha. pity him! kalau suda buat kuat, tobat la taknak makan dah budu kan?

 

so hari tu aku ajar dia cecara nak makan budu dengan betul. buh budu dalam mangkuk, taruk cili padi+asam limau skit. tada! bertambah nasik katanya!

 

Alhamdulillah, kitaorang sampai umah mama dalam kol 2pm.

 

Jumaat malam Sabtu lepas, my parents buat majlis doa selamat a.k.a Sembahyang Hajat untuk baby dalam perut akuh ni. Semoga semuanya selamat² la hendaknya. amin.

 

Image996 *sempat snap sekeping daddy bersolat hajat ;)*

 

kat kampung sangat lah panassss cuacanya. aku dah doa banyak² sebelum tu jangan la ada virus melekat kat aku. ye lah, kat KL ujan-panas. balik kampung, panassss sepanjang masa. & Alhamdulillah takde lagi (harapnya takde la) virus² melekat kat aku & jamjul. Dan yang paling best nya, lepas je majlis solat hajat tu, ujan pun turun dengan lebatnya. Syukurrrr :)

 

kat kampung, sempat la jamjul buat aktiviti keluarkan peluh tiap pagi & petang.

 

Image993Image995Image1003  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*cat mengecat pagar yang dah berkulat. last cat masa sebelum aku kawen dulu. masa tu cat pun cancincau sajork. kali ni, mama beli cat Weather Coat. harap² tahan lama laa..*

 

tapi tak sempat cat semua pagar pun. kat depan je. jamjul cakap nanti balik bulan posa kang nak sambung cat. ya ka B? hihi.

 

rasa kejap je dah pun seminggu duk kampung. tak puas okeh!

 

takpe, nanti raya ni kita cuti lameee… ngee

Friday, May 28, 2010

wesak day

hari ni cuti. hari wesak.

 

aku still kat rumah s alam. packing satu hapa pun tak lagi. plan nya iAllah sebelum Subuh nak gerak balik Jerteh.

 

excited ok!

 

kurang lebih setengah tahun dah tak balik jerteh. bagi orang yang biasa, bukan la tempoh yang lama sangat kan. tapi bagi aku, 6bulan tak balik kampung adalah terlaluuuu lamaaaaaa. dengan kata lain tahun 2010 ni tak balik lagi la. last balik dulu raya haji 2009 bulan november kalo x silap.

 

mujor ler CNY bulan Feb aritu mama & family datang berkampung kat rumah aku. takdelah aku rindu sgt kat derang.

 

cuti kali ni, memang aku amik cuti lama skit alang2 dah lama tak balik kampong. target aku nak makan banyak2 masakan sana & mama. dah buat list dah pun ni apa aku nak lantak masa kat sana nanti. oops!

 

& insyaAllah jugak malam Jumaat minggu depan mak aku nak buat majlis Doa Selamat Solat Hajat utk baby..

 

harini bangun pepagi, aku dah kena headache! 128763292087055125 tatau nape. angin kot. semalam makan cukup je aku rasa, tapi maybe lepas membuang melabur dengan jayanya tu, perut aku kembali kosong & lapar balik. gegara dah malas nak kuar semalam, aku makan biskut Jacob+milo suam je. rupa2nya, tak cukup pun makanan tu utk kitaorang berdua. bangun pagi ni laparrr lagi bersama2 dengan sakit kapla. adus! cemana nak settlekan urusan rumah sebelum cuti lame ni.. haihh!

 

kepada yang balik kampong tu aku doakan semoga perjalanan korang selamat pegi & balik. insyaAllah. hati2 di jalan raya.

 

kepada yang selebret wesak tu, aku ucapkan Selamat Hari Wesak!

 

take care!

Saturday, November 14, 2009

its his turn!

ouch! 20 hari nan-ado entry kat sini. last entry was on 25 oct (its my day!) and today 14 nov ~ it is his day! lalalala :)

jamjulsaku sengaja je tanak wat entry antara besday aku & jamjul. hahaha (kaverrr baekkk punya!)

jamjul B dearie, i love you sooo muchy!
semoga Allah merahmati kita sekeluarga
hidup di dunia  ini.

amin.

***********************************************************************************************

banyak keja kat ofis membuatkan aku tak sempat nak curi masa nak berbelog. bosan okeh banyak2 keje ni. *sighhhhh* lagi sekali kat ofis aku re-org. kuar org chart baru. tadak keja ka wei asik re-org jerk?? orang tu pegi sana, orang tu masuk sini. aishhh. aku? daripada keluar mulut rimau masuk mulut buaya, baiklah aku menten duk dalam mulut rimau tu je. klu masuk mulut buaya tu kang, tak pasal2 aku lemas dalam air. aku dah la tak pandai berenang. ada kaitan? tak paham? abaikan.

arini aku masak nasi lemak. gambar? takyah lah. semua orang dah kenal nasi lemak cemana kan? nasi lemak, lauk sardin, telor rebus, bilis goreng, timun..and thats it!

petang ni aku mau muvie date dgn encik jamjul. dah lama tunggu nak tengok 2012.
untitled jangan terpengaruh sudah. aku suka tengok cita macam ni sesambil pikir sejauh mana pemikiran orang kafir tentang benda2 macam ni. dalam astro pon kat ch History skit2 kuar pasal Nostradamus:2012. sini sana cite tentang kajian depa duk kata kiamat 2012. aku bukan menafikan tentang tu. cuma aku sedikit bosan bila konon depa dulu la wat kajian. hello! sebelum hangpa semua tau, ahli2 fikir Islam dah kaji tau. eh apa aku membebel?

last 2weeks on wednesday (hari tiket murah) aku pegi tengok papadom dgn Irma.

papadomjpg alang2 masa tu jamjul off to Tganu, so aku pon minta izin nak kuar rongeng2 tengok movie ngan kawan. memang best! 4/5 stars! aku jarang pegi tgk movie melayu kat panggung. paling2 aku nak tengok pon, tunggu dvd kuar baru aku beli. ia bukan setakat kelakar saje, tapi sangat bermesej. dan aku dengar2 Pisau CUkur pon best. betui ka? nak ajak jamjul pegi tgk cite cmni? excuse me ler.. bebila dia o/st lagi bleh la aku merayap ngan Irma lagik. hihihi. tapi tak yah la o/st b. bosan la duk sensorang.

banyak sebenarnya aku nak bebel kat sini. ye lah 20 hari uols mak tak sentuh LUTG. harus lah banyak kan? tapi aku rasa tak payah lah bebel banyak2 sangat. buat lenguh jari jemari aku jer taip.

Raya Haji ni korang balik kampong tak? aku insyaAllah balik. lama betui duk tunggu result dari jamjul nak balik ke taknak. last year, aku balik sorang2 je. tahun ni dah ler abang aku amik bahagian korban & wat aqiqah, jadi aku rasa tersangat lahhh rugi kalo aku tak balik menyemakkan meramaikan lagi suasana. pulak tu, geng2 exSKPJ ~ Sek Keb Pusat Jerteh batch 89-94 planning nak buat reunion. 15 years beb tak jumpa!!! HAHAHAH. belom jumpa lagi aku dah gelak. last jumpa dulu muka sangat la innocent, beringus bagai. jumpa2 sekarang haruslah bermisai, matang, keibuan pulak. hihihik. tak sabor aku nak balik. eh aku nak balik beraya ke balik bereunion? mujoler ada mukabuku, bleh ler kitaorang jumpa balik. haritu sorang kawan aku upload gegambor masa SKPJ dulu. pecah perut aku tengok. ada keinginan nak tengok? anda yakin? anda berani? haa teka saya yang mana satu. :p

10521_1049393730644_1699761614_101047_3461659_n 10521_1049393610641_1699761614_101044_8073741_n haa! i warned u oredy arrr… *gelak laa nak gelakkk ponn*

maleh ler aku nak buh sini semua. sekadar 2pics pon suda cukup menggambarkan aku yang mana satu kan.

ok ler. aku nak stop dah ler. eh?? tajuk lain, cite lain. cite yang berkaitan dengan tajuk tidak sampai 10 baris pun. hihihik

 

p/s: nape skrang aku minat citer Tamil ar? sebelum ni mana penah aku layan Tamil @ Hindi. ini tak boleh jadi. memalam pun aku layan Tamil…ayoyoyoyo

nandri,

Tuesday, October 13, 2009

Sa to Sa ii

*phew*

at last, i have the chance to belog about raya. sudah lewat? ehhh belom lagi. selagi dalam bulan Syawal, tak lambat lagi kan. :p

Alhamdulillah our raya journey pegi & balik, tak de jumpa jem pun. jem nanas ke tart jem mmg tak jumpa.

the raya journey started on Friday, 18 Sept. thanks a lot to Management released half day off on that day. boley lah aku cabut awal kan. pukul dua, dah terpacak kat rumah. packing dah setle a day before.

Image337 Image336
packing macam nak pindah rumah kan?

lepas encik jamjul solat jumaat, muat barang dalam keta & terus pegi ampang to pick-up Ncik, jamjul’s cousin. kat ampang tu memang sentiasa jem, padahal bukan nya kul 5 lagik. lepas amik cousin tu kitaorang terus kuar dari KL menyusur DUKE highway. elok je kuar dari rumah cousin kat ampang tu, hujan selebat-lebatnya. so dari ampang sampai ler ke PLUS highway keta mmg bergerak slow sebab 1) hujan, 2) time orang balik keja.

sampai Tg Malim (mini R&R), kitaorang terus berenti sebab azan maghrib pun dah hampir. rezeki kami petang tu dapat bubur lambuk free, PLUS highway club kasik.

Image338

bubur lambuk balik kampung katanya


selain drpd tu, Ncik dah bawak bekal nasi & rendang tok. aku & jamjul mmg berselera gila la sbb dah lama x pekena rendang tok. *eh bila masa plk aku & jamjul xdak selera kan? hihik*

dalam kul 10pm mcm tu, Alhamdulillah kami sampai ke Sg Siput. hantar Ncik & alang2 tu terus tido kat situ lah. transit dulu.

Image344

memo pon tido dengan bestnya sejuk-sejuk kat Sg Siput

esok pagi tu, dalam kul 10am kitaorang gerak balik aloq staq. Alhamdulillah sampai aloq staq kul 2pm. actually nak tunggu mak ngah bakaq lemang, tapi tak boleh la sebab mak ngah nak start lambat. serius aku ckp, aku tak penah tgk orang bakar lemang secara live! tak pecaya? pecayelah.

sampai aloq staq, beria nak balik tolong tengok mak buat ketupat palas pulak, tup2 suda siap rebus dah pon! dan skali lagi, aku memang x pernah tengok cemana orang pulas ketupas palas tu, sama ada version tganu @ kedah. mama aku pun  xtau nak pulas. arwah nenek iaitu tokwan pun tak tau. cemano anak cucu dia nak tau kan. bistu apa yg aku tau? bakar sate aku pandei lerrr hikhik sbb tu mmg sajian rutin tiap kali raya kat rumah mama. ketupas palas tu biasanya mama beli je.

eh sebelom sampai rumah mak, kitaorang pegi mandikan memo sat. kat tempat besa la kalo dah sampai a.staq ni.

Image360 Image359     

Image366 Image363

lupa apa nama tempat car wash ni, kat Jalan Day kot. dulu tak silap aku rm3/wash. skrg suda naik rm4/wash. tapi Q tetappp panjangg

petang tu takdak wat apa. tetiba asben aku mtk resipi Kek Asam Manis Kukus dari mak. jam tu jugak kitaorang pegi beli bahan-bahan.

Image372

antara bahan-bahan kek asam manis kukus

malam tu, dalam kul 9 kot maka bermulalah projek Kek kitaorang. mmg best buat ramai-ramai ni. terasa ler jugak ‘esok nak raya’. aku pun tak sempat nak sedih-sedih sbb beraya kat rumah mertua sbb duk ralit wat kek tu sampai kol 3 u! *sori, pictures semasa proses buat kek tak leh letak kat sini sbb tak brp nak suai!*

semua nya sekejap je nak buat, cuma bab nak kukus 10min, kuarkan letak asam, kukus lagi, kuar kan lagi tuh yang remeh. tu pasai jadik aku & jamjul tido kol 3.  dalam ati aku dah kata ‘kalo bangun awal sok, aku gih ler smayang raya’. Alhamdulillah aku bangun awal jugak & sempat bersiap2 nak solat raya. eh lupa, gambo kek pun aku xsempat snap sebab esok nya tu tgk dah tinggal separuh. nak snap2 pon lupa sudaa.

lepas solat raya, siap2 terus ke kubur arwah tok kat Kampung..hmm lupa la plk. baca Yassin kat sana & then bermulalah aktiviti ziarah-menziarah di pagi raya ke rumah sanak saudara. kenyang! semua rumah aku tala je apa2 yang diaorang hidangkan. burpp.

balik beraya dalam kol 3. smayang zuhur, terus aku zzZZzz sampai ler kol 6.30. bley??? hiks. baguih betul kan duk rumah mertua. ada brannn nak lawan?

raya ke-2, encik asben ajak pegi beraya rumah kawan-kawan dia. syokk tengok encik jamjul jumpa kwn-kwn lama dia. happy je dia! aku pun sonok sebab leh jalan2 masuk bendang. balik pun da petang. pegi Pekan Rabu sat beli barang2 @ makanan2 yang mama kirim i.e. Ikan pekasam, etc.

lepas maghrib, kitaorang satu family ke rumah Pakcik & MakNek kat SP. sempat ler aku pegi rumah mertua abang aku kat sana. kebetulan plk abang aku turn raya sana jgk tahun ni. balik aloq staq pun dah pukul berapa. dalam 12.30 pagi jugak kot sampai a.staq. lepas tu siap2 packing barang sebab esok suda mau balik kampung kat perak plk.

raya ke-3, kol 10am suda gerak konvoi 3 kereta ke Sg Siput Perak. sian mak, aritu dia tak berapa nak segar, so banyak jugak la berhenti2. sebelum sampai Sg Siput, lunch kat rumah Wa kat Serdang Baru. Sampai Sg SIput pun dah pukul 5.30pm. sempat ler asben aku bwk aku tengok2 tanah kelapa sawit abah kat sana. malam tido di sg siput.

Image394 ini ler rumah Mak Ngah kat Sg Siput

raya ke-4, bertolak balik ke jerteh. dalam kol 3pm sampai sana. sampai je sana barulah encik jamjul terasa kepenatannya. lenguh2 badan drive jauh selama 6 ari. sian!

Image406 Image402

Image405 yang sempat aku snap otw perak~jerteh. scenes sangat lah menarik!

raya ke-5 mama ajak pegi beraya rumah sanak-sedara, aku pegi sekerat jalan. lepas tu singgah tido kat rumah kakak, sbb encik jamjul suda flat. demam panas! so balik jerteh sekadar merehatkan tubuh untuk drive balik S A plk.

tapi sempat jugak ler aku bawak eam & uyin pegi pantai, aktvt biasa kalo balik jerteh ;)

Image425 Image426 

pantai Bkt Keluang. dah makin ramai orang.

Image428

miss this kids!

pagi raya ke-7 (ahad) kol 4am, kitaorang balik s a. xde jem! ahamdulillah kol 10.30am dah selamat sampai s a. rupa-rupanya jem gila hari sabtu tu. hehehe. so perancangan perjalanan kami tahun ni menjadi ler kan.

gambo raya tahun ni takde pun! sekeping sajork. uhhh sedih :’( ni pun kat kubur. tapi okeh ler kan dari takdak sekeping habuk!

Image374 maka berakhirlah kisah raya 1430H aku.

mapraya09[14]

from S A to S A

Friday, January 23, 2009

Year of Ox

for all Chinese out there *macam lah ada orang Cina baca blog aku kan..* wish you…

Gong Xi Fa Chai!

gxfc

2009 – Year of The Ox

year_of_the_ox

aku nak ber GongXiFaChai kat kampong… meriah oo kat kg aku sbb belakang depan kiri kanan sume Cina.

*Limau Mandarin penuh peti aku. kena usung bawak balik kg ni, tak abish den nak makan. rejekii*

So BYE BYE u olsssss..

Map picture

*kampong i*

P/S: Hobi mak aku tak lain kalo time CNY, kira anak² jiran aku yang ada anak seramai 13 orang balik celebrate CNY. sampai sekarang pon aku & family terlekat panggil dia ‘Mek 13’. hehehe.

Monday, January 19, 2009

CNY Holiday

at last this CNY, we’ll going back to my hometOwn. hahaha mak ske. tepok tepok.

keji sangat kan, bertepuk gembira bila boleh balik kampung sendiri, tapi kalo tiba balik kampung asben, berduka-lara katanya. nak packing baju pon lambat² je kan. hihihik.

kisahnya bermula…

dari October last year lagi, en jamjul ckp kat aku “CNY saya cuti seminggu. kita balik kedah ok?” aku iye kan aje sbb CNY je lah dia dpt cuti lama pon, cuti raya lain payah sket. last week, tetiba dia terpikir “buat apa nak balik kedah ye..?” motif tanya cmtu?? bulan doblas aritu parents dia dah 2x datang KL. awal & akhir December. yg awal bulan doblas tu datang celebrate Raya Haji ngan anak² kat sini, yang akhirnya tu plk drop-by je la kat sini *tapi sempat la tido semalam dua kat umah my BIL* sebelum hantar my SIL pegi Bt. Pahat posting jd teacher kat sana. so bg dia tiada motif lagik nak balik sana. aku memula buat tatau je. tapi tiba²…

idea%20bulb

bila bulb aku dah menyala, maka ia tidak akan padam lagik. terang-benderang ini bulb aku menyala oke.. hahahah. tetiba aku pon…

“abistu kita duk kat sini jelah cuti lama² ni??”

“hmmm..”

“kalo macam tu saya nak balik kg saya la.. balik sendiri” (acecece iyolah tu aku nak balik sendiri)

“abis tu saya?”

“tatau la kat awak..”

Dia pikir jap. pastu sambung..

“bestnya kalo boleh makan gulai daging kawah…”

“aritu kan mama dah janji nak buat kalo kita balik kg.”

“iye?” “kalo ada pulut durian lagi best…”

aku diam je. dia sambung lagik..

“ahh saya nak balik la kg awak. nak makan semua tu!”

uhhhh koserrr taww laki aku nih. nak balik kg pon igt makanan. cmno orang tak ckp dia dah gemok sihatt dari dulu.. tapi last² dia ckp camni..

iyelah, saya pon dah lama tak jumpe derang..last jumpa raya pose aritu..”

lehga aku dengar. so takyah la speku aku bukan² ye. aku bukan nak menang je dalam bab² balik kg ni okeh. aku demokrasi punya orang. *hahaha jom lari jom!!*

p/s: harap² ini mmg final decision dia lah. bukan leh kira jgk laki aku nih..aishh

Monday, October 20, 2008

Ceritera Raya Bab II

aishh..lambat betul aku update kan. mcm biasa. malas. + ada keja skett..

oke meh aku sambung cerita berpose di rumah orang lain aka mertua aku for the very first time..

there are few differences between fasting at my own house in jerteh with their house. yang pertama-tamanya...

1) on the food / juadah bukak poser & sahur
:: kalo kat rumah aku, mak aku jarang masak. she prefer to buy the foods at bazar ramadhan than cook it herself. taktau kenapa. malas?? hmm maybe mak aku dah terbiasa beli lauk-pauk kat kedai sebab dia duk berdua je ngan ayah aku. so, kadang-kadang masak sendiri tak worth it sangat, so pegi kedai beli lauk 2,3 jenis tak sampai lagik rm10 (biasalah kat kampong kan). boleh makan sampai dinner. tapi bila anak-anak ramai balik, dia akan memasak la. kalu dah ramai kat rumah, takkan ler nak beli lagik kan? aish. membazir namanya.
tapi kan...
"bakpo eh mama behi beli lagi walaupong aku ado duk kapong lonih??" my sister asked me on last month.
thehehe. kak, sori aku tokleh jawab la soklan mung..hikhik..

back to the stori, may MIL nih jenis pemasak yang tegar. juadah bukak poser ke lauk-pauk sahur ke memang masak sendiri. aku memang salute la ngan dia. even dia sekarang tak sihat sangat, tapi gagahkan jugak masuk dapur masak. same situation goes for her - stay kat rumah dengan my FIL je. so berdua je lah kan. tapi tetap masak.

so nak dijadikan cerita, aku nih bukan pandai sangat pon bab-bab kat dapur nih. pada suatu petang tu diaorang nak buat kuih onde-onde also known as gula melaka *hmm*, so bersama-sama dengan SIL aku masak-masak kat dapur. dan kebetulan tugas aku jaga periuk kat dapur & masukkan onde-onde yang dah digotel2kan tu bersama gula melaka kat dalam periuk yang mendidih-didih airnya.

the Fact: aku memang takut benda-benda panas ni especially air panas. so, aku pon buat la tindakan bijak 'menggelongsorkan' onde-onde tu ke dalam periuk. sepatutnya campak-campak je dalam periuk tu, tapi aku takut air tuh memercik kat aku.

Hasilnya: onde-onde tu melekat kat 'dinding' periuk tu dan tak boleh tarik lagi. buat dengan sudu pon tak jadi jugak. *huwaa* mujorlah ada SIL aku tolong, kalu tak ayoyoyoyo.

Read: dulu-dulu mak aku memang selalu jugak buat onde-onde ni, tapi aku sekadar TOLONG tengok dan TOLONG sembang je. maka begitulah hasilnya kalo suka TOLONG(s) je kat dapur.

pada suatu petang kedua, derang nak goreng cucuq udang. maka sekali lagi aku mengambil tugas di bahagian dapur & kuali yang minyak tengah panas. *kerana aku tidak pernah serik*
nak dijadikan cerita, dekat stove tu derang letak paper utk lapik apa2 la kot ada tertumpah. petang tu plk, ujan berserta angin sepoi-sepoi bahasa gitu. tingkap dapur bukak sket. aku sejujurnya tak pernah & jarang beno ler guna api besar time masak-masak ni, tapi disebabkan nak cepat, derang suh aku guna api besaq. maka,
Hasilnya: 3 kali paper kat situ terbakar time aku goreng-goreng cucuq tu & mujoq la tak terbakar rumah.
kalo tak naya jer terbakar rumah dekat nak raya ni. *heheh*

maka, pada tahun pertama poser kat rumah mertua aku dah tunjuk la skills aku kat dapur. skill menjahamkan dapur & kuih orang. jelaslah di sini saya memang tidak pakar di dapur. jelas dan nyata sekali.3

one more, MIL still buat kueh raya, ketupat palas sendiri! mak, salute lah! nanti ajarkan saya ye.. *ihiiihi*

2) the time of preparing juadah / lauk pauk
:: kalo mak aku, walaupon dia jenis pembeli yang tegar, tapi dia jenis sorang yang tak suka kerja last minute. not a last minute person la orang kata. dia suka buat sesuatu awal-awal dari sepatutnya dan aku rasa kalau dia student U, mesti dia orang pertama antar esaimen. hehehe.

for example: kalo berbuka pose pukul 7 lbh, so everythings like main course, kueh-mueh, lauk-pauk, air, etc dah terhidang kat atas meja pukul 6.45 macam tu. *owh de veri awal kan* tapi tak kisah la janji jangan last minute. kalau kerja last minute, maka akan terhasil la super kelam-kabut dari dia. macam tu jugak waktu sahur. kalo imsak kol 5.30, so pukul 5 tu kami dah selesai makan dah pon.

tapi berbeda dengan MIL aku. kalo bukak poser kol 7.15, pukul 6 ke atas baru masuk dapur. evrything buat masa tu. masak lauk, kueh, air, etc etc. and on the dot azan Maghrib, evrythings is done! waaa, salute la! tu kena guna api besaq kalo nak masak sebab semua nak cepat. i have to biasakan diri slow2 la. memula aku terkejut jugak, sebab amat berlainan dengan style mak aku. macam tu jugak kalo kol 5.30 imsak, my MIL bangun around 4.30 or 4.45 then start masak bagai. then, 5.15 baru start makan. uwaaa kalo mak aku dah nanges tu.
so, which one do u prefer? =)

aku rasa dua perkara tu je lah yang nampak ketara perbedaannya berRamadhan kat rumah sendiri & rumah mertua.

untuk aku sendiri, kalo kat rumah rumah aku..aku tak pernah nak bangun awal-awal waktu sahur tu. bangun awal- awal pon nothing to do aite? hehe. cuma panaskan lauk pauk & masak nasi je. dan dari apa yang mak aku cakap la.. aku adalah antara orang yang paling liat nak bangun sahor. kadang-kadang aku bangun bila mak aku dah nak tutup saji dah pon. uwaaa, actually masa tu baru pukul 5am macam tu. tp u know la my mom kan.

TAPI bila kat rumah MIL, terbising sket je kat dapur terus aku bangun. waaa unbelieveable nye kan... *wink*

for this year, aku sempat berpuasa 2 hari saje kat kedah, & sehari kat jerteh. InsyaAllah tahun depan poser lama sket kat kedah & beraya kat sana jugak *whoops?!*

30 Ramadhan (30 September) on 9am, we start our journey to Jerteh. yeay! balik kampong..ho ho balik kampong..

cont. for the third Bab & piktures version...

Thursday, July 24, 2008

this weekend

actually i have somting to write on here. but i can't la noks. nanti bila aku tulis kan kantoi plk.. oops apa tu.
tp aku nak jgk type sket kat sini.

1) jeans for my sis
2) my sis's lip color
3) laptop
4) camera
5) gambar kawen
6) kain selendang mama
7) few underw****
8) 2 long sleeves
9) jeans & khakis
10) gift for my new Narnia Delysha
11) erm, apa lg yerk? xpa, yang lain tuh aku boleh guna subsidi.

any idea what i wanna do this weekend? i cannot tell you because i'll be M.I.A for two days maybe.

after that baru la aku cite lebih sket apa akan terjadi weekend ni.

tapi sebelum tu aku tak call lagi my frens yang keja kat Klinik Rosli tu.

oooopss..aku larik dulu la ye. type panjang, haruslah kantoi nih.

Friday, April 27, 2007

balik kampong...yeyehh

salam all..malam ni aku balik kampong.yeay! dah lama aku x balik rasanya. almost 2bulan setgh. wpon bg sesetengah org tempoh tu pendek je, tp klu bab2 balik kg ni aku tetap rasa tempoh tu de very de panjang. nape org2 kita espeselly malay la suka balik kg ek??setelah d buat kajian oleh aku la kan.. aku rasa kita2 ni suka sgt balik kg sbb... .....

1) dpt jmpa mak ayah la (bg sesapa yg masih ada diorg..)

2) dpt jmpa adik2 or adik badik yg lain yg stay kat kg
3) dpt rehat sepuas2nya..xyah lagik pk psl keja, opis, buku2, esaiment, etc..
4) dpt mkn apa yg kita x leh mkn kat kolumpo..espeselly masakan mak..
5) dpt jmpa pets yg ada kat umah kita. xkisah la kucing ke..hamster ke..lembu ke..kambink..bla2
6) dpt tido atas katil feveret kita...hihi
7) dpt kuar ngn kwn2 sekampong klu diorg stay ada kat kg or yg balik sama waktu ngn kita

tp yg penting skali bg aku..

8) dpt mkn, minum, p jenjalan FREE.. yess! FREE!!! hehe.

tp aku tau yg no 8 tu x sume dpt rasa. ada sesetengah kawan aku time balik kg, duit lg byk melayang, tp klu aku..ihihi klu bwk duit seploh hengget pon xpe.. ye lah, klu nak makan..nk mkn masakan ibu.. (dah x yah byr dah kat situ..), klu nak p jenjalan msti guna keta mak ayah aku s0 minyak dah byk lam tank, (kwang3..tp klu bwk balik keta sdirik x leh la jenjalan sesuka ati je..minyak kena gak isi. tp biasanya klu aku blik kg even ngn keta aku pon, smpai je kat kg, aku akan guna keta ayah aku p mana..keta aku tersadai rapi dlm garaj..muehehe), klu nak g soping2 barang2 dapur ke (ni kalau ngn mak aku ler), dia je yg byr..biorle brg aku sama byk ngn brg dapur tuh. mak aku x kesah punya..dan mcm2 lagik la..mknanya klu aku tol2 xdak duit ka..xgaji lagik ke, aku xkisah la klu balik kg. sbb sumenya d tanggung beres. ntah la sbb apa aku jd cmni..wpon dh keja, prangai masih sama ngn waktu ngaji dolu2. ttp sume mak yg belikan. tp aku xdela sejahat yg korang sgka, biasanya sblum aku balik kL, aku ulur la kat dia sekeping dua. wpon x sebyk yg korang kasik kat mak bapak korang tp ikhlas tuu..heheh

tp kan..bila d pk2 balik, bnda2 mcm ni aku leh buat masa aku single mingle ni jerk. lps ni..klu dh kawen, mn leh buat cmni lagik. mampos la aku klu buat cmni lagik, msti mak bapak aku syak laki aku sengkek bebeno, nak kasik bini makan pakai pon x mmpu sampaikan kena balik sopim ngn mak kat kg. ish x mau aku laki aku d syakki sedemikian ghupe.. so, slagi x kawen ni, kita mesti ENJOY!!

oke la tu je la aku nk cite psl balik kg kali ni..till then kita jumpe lagik..doakan aku slamat pegi n balik ye...babaiii....

**igt tu..kita...E N J O Y ! ! !

wassalam~

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....