Showing posts with label 1430H. Show all posts
Showing posts with label 1430H. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Sa to Sa ii

*phew*

at last, i have the chance to belog about raya. sudah lewat? ehhh belom lagi. selagi dalam bulan Syawal, tak lambat lagi kan. :p

Alhamdulillah our raya journey pegi & balik, tak de jumpa jem pun. jem nanas ke tart jem mmg tak jumpa.

the raya journey started on Friday, 18 Sept. thanks a lot to Management released half day off on that day. boley lah aku cabut awal kan. pukul dua, dah terpacak kat rumah. packing dah setle a day before.

Image337 Image336
packing macam nak pindah rumah kan?

lepas encik jamjul solat jumaat, muat barang dalam keta & terus pegi ampang to pick-up Ncik, jamjul’s cousin. kat ampang tu memang sentiasa jem, padahal bukan nya kul 5 lagik. lepas amik cousin tu kitaorang terus kuar dari KL menyusur DUKE highway. elok je kuar dari rumah cousin kat ampang tu, hujan selebat-lebatnya. so dari ampang sampai ler ke PLUS highway keta mmg bergerak slow sebab 1) hujan, 2) time orang balik keja.

sampai Tg Malim (mini R&R), kitaorang terus berenti sebab azan maghrib pun dah hampir. rezeki kami petang tu dapat bubur lambuk free, PLUS highway club kasik.

Image338

bubur lambuk balik kampung katanya


selain drpd tu, Ncik dah bawak bekal nasi & rendang tok. aku & jamjul mmg berselera gila la sbb dah lama x pekena rendang tok. *eh bila masa plk aku & jamjul xdak selera kan? hihik*

dalam kul 10pm mcm tu, Alhamdulillah kami sampai ke Sg Siput. hantar Ncik & alang2 tu terus tido kat situ lah. transit dulu.

Image344

memo pon tido dengan bestnya sejuk-sejuk kat Sg Siput

esok pagi tu, dalam kul 10am kitaorang gerak balik aloq staq. Alhamdulillah sampai aloq staq kul 2pm. actually nak tunggu mak ngah bakaq lemang, tapi tak boleh la sebab mak ngah nak start lambat. serius aku ckp, aku tak penah tgk orang bakar lemang secara live! tak pecaya? pecayelah.

sampai aloq staq, beria nak balik tolong tengok mak buat ketupat palas pulak, tup2 suda siap rebus dah pon! dan skali lagi, aku memang x pernah tengok cemana orang pulas ketupas palas tu, sama ada version tganu @ kedah. mama aku pun  xtau nak pulas. arwah nenek iaitu tokwan pun tak tau. cemano anak cucu dia nak tau kan. bistu apa yg aku tau? bakar sate aku pandei lerrr hikhik sbb tu mmg sajian rutin tiap kali raya kat rumah mama. ketupas palas tu biasanya mama beli je.

eh sebelom sampai rumah mak, kitaorang pegi mandikan memo sat. kat tempat besa la kalo dah sampai a.staq ni.

Image360 Image359     

Image366 Image363

lupa apa nama tempat car wash ni, kat Jalan Day kot. dulu tak silap aku rm3/wash. skrg suda naik rm4/wash. tapi Q tetappp panjangg

petang tu takdak wat apa. tetiba asben aku mtk resipi Kek Asam Manis Kukus dari mak. jam tu jugak kitaorang pegi beli bahan-bahan.

Image372

antara bahan-bahan kek asam manis kukus

malam tu, dalam kul 9 kot maka bermulalah projek Kek kitaorang. mmg best buat ramai-ramai ni. terasa ler jugak ‘esok nak raya’. aku pun tak sempat nak sedih-sedih sbb beraya kat rumah mertua sbb duk ralit wat kek tu sampai kol 3 u! *sori, pictures semasa proses buat kek tak leh letak kat sini sbb tak brp nak suai!*

semua nya sekejap je nak buat, cuma bab nak kukus 10min, kuarkan letak asam, kukus lagi, kuar kan lagi tuh yang remeh. tu pasai jadik aku & jamjul tido kol 3.  dalam ati aku dah kata ‘kalo bangun awal sok, aku gih ler smayang raya’. Alhamdulillah aku bangun awal jugak & sempat bersiap2 nak solat raya. eh lupa, gambo kek pun aku xsempat snap sebab esok nya tu tgk dah tinggal separuh. nak snap2 pon lupa sudaa.

lepas solat raya, siap2 terus ke kubur arwah tok kat Kampung..hmm lupa la plk. baca Yassin kat sana & then bermulalah aktiviti ziarah-menziarah di pagi raya ke rumah sanak saudara. kenyang! semua rumah aku tala je apa2 yang diaorang hidangkan. burpp.

balik beraya dalam kol 3. smayang zuhur, terus aku zzZZzz sampai ler kol 6.30. bley??? hiks. baguih betul kan duk rumah mertua. ada brannn nak lawan?

raya ke-2, encik asben ajak pegi beraya rumah kawan-kawan dia. syokk tengok encik jamjul jumpa kwn-kwn lama dia. happy je dia! aku pun sonok sebab leh jalan2 masuk bendang. balik pun da petang. pegi Pekan Rabu sat beli barang2 @ makanan2 yang mama kirim i.e. Ikan pekasam, etc.

lepas maghrib, kitaorang satu family ke rumah Pakcik & MakNek kat SP. sempat ler aku pegi rumah mertua abang aku kat sana. kebetulan plk abang aku turn raya sana jgk tahun ni. balik aloq staq pun dah pukul berapa. dalam 12.30 pagi jugak kot sampai a.staq. lepas tu siap2 packing barang sebab esok suda mau balik kampung kat perak plk.

raya ke-3, kol 10am suda gerak konvoi 3 kereta ke Sg Siput Perak. sian mak, aritu dia tak berapa nak segar, so banyak jugak la berhenti2. sebelum sampai Sg Siput, lunch kat rumah Wa kat Serdang Baru. Sampai Sg SIput pun dah pukul 5.30pm. sempat ler asben aku bwk aku tengok2 tanah kelapa sawit abah kat sana. malam tido di sg siput.

Image394 ini ler rumah Mak Ngah kat Sg Siput

raya ke-4, bertolak balik ke jerteh. dalam kol 3pm sampai sana. sampai je sana barulah encik jamjul terasa kepenatannya. lenguh2 badan drive jauh selama 6 ari. sian!

Image406 Image402

Image405 yang sempat aku snap otw perak~jerteh. scenes sangat lah menarik!

raya ke-5 mama ajak pegi beraya rumah sanak-sedara, aku pegi sekerat jalan. lepas tu singgah tido kat rumah kakak, sbb encik jamjul suda flat. demam panas! so balik jerteh sekadar merehatkan tubuh untuk drive balik S A plk.

tapi sempat jugak ler aku bawak eam & uyin pegi pantai, aktvt biasa kalo balik jerteh ;)

Image425 Image426 

pantai Bkt Keluang. dah makin ramai orang.

Image428

miss this kids!

pagi raya ke-7 (ahad) kol 4am, kitaorang balik s a. xde jem! ahamdulillah kol 10.30am dah selamat sampai s a. rupa-rupanya jem gila hari sabtu tu. hehehe. so perancangan perjalanan kami tahun ni menjadi ler kan.

gambo raya tahun ni takde pun! sekeping sajork. uhhh sedih :’( ni pun kat kubur. tapi okeh ler kan dari takdak sekeping habuk!

Image374 maka berakhirlah kisah raya 1430H aku.

mapraya09[14]

from S A to S A

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya…

..lah kepada semua.

bila balik kampung? ka dah duk kg? apa2 pon semoga perjalanan pegi-balik korang selamat lah hendaknya. aminn.

aku iAllah esok petang gerak masuk karak plus hiway.

aku tatau ler cemana kat hiway esok. aku dah cakap kat encik jamjul, “tah² kol 3 kita gerak, masa bukak posa pon tak sampai tg.malim lagik” aish. nazubillah..

malam tu nanti iAllah kitaorang transit kat Sg. Siput hantar kazen jamjul & maybe tido sana dulu kot. esok tu baru teruskan perjalanan ke aloq staq. hoho balik kampung aloq staq!

semalam aku suda setlekan semua baju, sandal, hbag, tudung raya. skali zasssss je. tanak dah ulang alik arini, esok & lusa mencari-cari lagi apa yang tak cukup. cukup lah 2minggu aku pusing satu selangor *hihi* utk survey baju raya yang bleh matching dgn kaler baju melayu jamjul..*tapi aku rasa aku akan zassss lagi skit kat Pekan Rabu nanti. hehe*

semalam plannya nak ke KL, tp sebab ujan so aku shopping kat Kompleks PKNS, SACC & Alam Sentral je. tapi mak aihhhhhh, ramainya bukan main lagi! dah rasa macam esok suda mau raya. semua kuar shopping last minit! orang macam semut aku tgk.

sepatutnya akhir² ramadhan ni kena hurung masjid macam semut, tapi ini suda terbalik!

kepada semua pembaca belog aku nih, aku ucapkan..

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
andaikata ada tulisan aku kat sini menyinggung, menyentuh, menyakiti & dsbnya hati pembaca-pembaca sekalian (wahhh sgt ramai ini yg baca!)

i

Wednesday, December 24, 2008

Merry Xmas & Salam Maal 1430H

Guys,
Wish you a merrier Christmas.. ho! ho! ho!


&
Salam Maal Hijrah 1430H



Doa akhir & awal tahun hijriyah..


*only 2 working days to go for this year..

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....