ouch! 20 hari nan-ado entry kat sini. last entry was on 25 oct (its my day!) and today 14 nov ~ it is his day! lalalala :)
aku sengaja je tanak wat entry antara besday aku & jamjul. hahaha (kaverrr baekkk punya!)
jamjul B dearie, i love you sooo muchy!
semoga Allah merahmati kita sekeluarga
hidup di dunia ini.amin.
***********************************************************************************************
banyak keja kat ofis membuatkan aku tak sempat nak curi masa nak berbelog. bosan okeh banyak2 keje ni. *sighhhhh* lagi sekali kat ofis aku re-org. kuar org chart baru. tadak keja ka wei asik re-org jerk?? orang tu pegi sana, orang tu masuk sini. aishhh. aku? daripada keluar mulut rimau masuk mulut buaya, baiklah aku menten duk dalam mulut rimau tu je. klu masuk mulut buaya tu kang, tak pasal2 aku lemas dalam air. aku dah la tak pandai berenang. ada kaitan? tak paham? abaikan.
arini aku masak nasi lemak. gambar? takyah lah. semua orang dah kenal nasi lemak cemana kan? nasi lemak, lauk sardin, telor rebus, bilis goreng, timun..and thats it!
petang ni aku mau muvie date dgn encik jamjul. dah lama tunggu nak tengok 2012. jangan terpengaruh sudah. aku suka tengok cita macam ni sesambil pikir sejauh mana pemikiran orang kafir tentang benda2 macam ni. dalam astro pon kat ch History skit2 kuar pasal Nostradamus:2012. sini sana cite tentang kajian depa duk kata kiamat 2012. aku bukan menafikan tentang tu. cuma aku sedikit bosan bila konon depa dulu la wat kajian. hello! sebelum hangpa semua tau, ahli2 fikir Islam dah kaji tau. eh apa aku membebel?
last 2weeks on wednesday (hari tiket murah) aku pegi tengok papadom dgn Irma.
alang2 masa tu jamjul off to Tganu, so aku pon minta izin nak kuar
rongeng2 tengok movie ngan kawan. memang best! 4/5 stars! aku jarang pegi tgk movie melayu kat panggung. paling2 aku nak tengok pon, tunggu dvd kuar baru aku beli. ia bukan setakat kelakar saje, tapi sangat bermesej. dan aku dengar2 Pisau CUkur pon best. betui ka? nak ajak jamjul pegi tgk cite cmni? excuse me ler.. bebila dia o/st lagi bleh la aku merayap ngan Irma lagik. hihihi. tapi tak yah la o/st b. bosan la duk sensorang.
banyak sebenarnya aku nak bebel kat sini. ye lah 20 hari uols mak tak sentuh LUTG. harus lah banyak kan? tapi aku rasa tak payah lah bebel banyak2 sangat. buat lenguh jari jemari aku jer taip.
Raya Haji ni korang balik kampong tak? aku insyaAllah balik. lama betui duk tunggu result dari jamjul nak balik ke taknak. last year, aku balik sorang2 je. tahun ni dah ler abang aku amik bahagian korban & wat aqiqah, jadi aku rasa tersangat lahhh rugi kalo aku tak balik menyemakkan meramaikan lagi suasana. pulak tu, geng2 exSKPJ ~ Sek Keb Pusat Jerteh batch 89-94 planning nak buat reunion. 15 years beb tak jumpa!!! HAHAHAH. belom jumpa lagi aku dah gelak. last jumpa dulu muka sangat la innocent, beringus bagai. jumpa2 sekarang haruslah bermisai, matang, keibuan pulak. hihihik. tak sabor aku nak balik. eh aku nak balik beraya ke balik bereunion? mujoler ada mukabuku, bleh ler kitaorang jumpa balik. haritu sorang kawan aku upload gegambor masa SKPJ dulu. pecah perut aku tengok. ada keinginan nak tengok? anda yakin? anda berani? haa teka saya yang mana satu. :p
haa! i warned u oredy arrr… *gelak laa nak gelakkk ponn*
maleh ler aku nak buh sini semua. sekadar 2pics pon suda cukup menggambarkan aku yang mana satu kan.
ok ler. aku nak stop dah ler. eh?? tajuk lain, cite lain. cite yang berkaitan dengan tajuk tidak sampai 10 baris pun. hihihik
p/s: nape skrang aku minat citer Tamil ar? sebelum ni mana penah aku layan Tamil @ Hindi. ini tak boleh jadi. memalam pun aku layan Tamil…ayoyoyoyo
nandri,