Thursday, September 02, 2010

cuak 2nd edition

AWAS! Entry kali ini berbentuk cerpen ye adik2.. (haa, i warned u already!)

 

heee tajuk pun tah apa kan?

 

Alhamdulillah, we safely arrived kampung at 630pm last Monday.

 

Update mommy masa checkup 38w..

 

sebelum tu dah get ready semua barang masuk dalam keta. klu Dr Siti lepaskan balik, balik kampung terus ler..

 

pepagi Isnin tu dalam 905am, dah terpacak kat SALAM.mommy patient ke-4 aritu kot utk Klinik O&G. nak jadi patient pertama tak tercapai nampaknya..

 

sampai turn aku, macam besa la kak Seri check BP & urine. semua ok Alhamdulillah. masuk jumpa Dr, Dr cakap air ketuban dah kurang. AFI about 5.6 sajork. at least kena ada 8.0. owh! mommy suda cuak! smile_omg

 

lepas tu Dr check jalan. 1st time kena seluk. uwaaa sakit ler! smile_cry sakit + terkejut. ingatkan seluk2 manja je, rupanya bleh tahan jugakk.. aku siap aww aww lagi dengan Dr.

Dr cakap baru bukak 1cm.

 

Dr suh buat CTG & check contraction sebelum dia bagi surat pelepasan balik.

 

Alhamdulillah CTG jantung baby ok. normal. contraction langsung takde. so terus dia bagi referral letter & MC 1 hari. dia cakap takleh MC lama2 sebab esok dah kena bersalin! ouch! smile_omgsmile_omg

 

dalam kul 1130am terus gerak dari Shah Alam dan sampai kampung dalam kul 630pm.

 

dalam keta aku sempat call Hosp. Pakar Perdana KB nak booking O&G Specialist, Dr Awang Nila memandangkan esok cuti Hari Merdeka. mesti klinik pakar tak bukak kan. Alhamdulillah respons dari Dr Awang ok.

 

malam tu aku tak bleh tido memikirkan esok dah nak kena serah diri ke hospital. cemana la kan? aku tido 2jam je, pastu dah tak bleh lelap.

 

*******************************************************

 

pagi esok tu dalam kul 730am, Dr Awang call suh pegi Hospital dalam kol 9am nak buat CTG & check contraction.

 

kitaorang sampai sana dalam 830am, lepas register segala, terus pegi LR. dalam setgh jam jugak buat CTG tu.

 

lepas tu aku ditolak ke bilik Dr Awang. (1st time jugak aku naik wheel chair!) fingerscrossed

 

1st time jumpa Dr Awang Nila. he is veryyyy nice person! boleh dibawak berunding, boleh buat lawak, & his explanation soo details! i like.. smile_regular  rupa2nya Dr Siti tu ex-student dia.. kiranya Dr Awang ni lagi otai la.

 

so, first of all dia story pasal graph CTG baby & contraction aku. dia cakap baby is OK. nothing to worry. contraction pun dah ada. tapi tak kerap sangat. aku pun tatau aku dah ada contraction! LOL smile_tongue

 

then, dia scan utk check baby, position & AFI aku. 2x dia ukur paras air ketuban aku. its is normal! very surprised sebab Dr Siti cakap aku punya AFI 5.6 je, Dr Awang check AFI aku 15. paras normal AFI antara 8-18. so Dr Awang cakap, takde la kurang2 ketuban nya. Estimated baby weight plk dalam 3.1kgs. then, Dr Awang check jalan. still 1cm.

 

i dunno why la.. klu semua orang tengok perut aku, mesti dia orang saspek baby more than 3.5kgs. besau sangat ke? sampaikan sorang nurse kat LR di Perdana tu cakap aku kena deliver aritu jugak.. smile_confused

 

Dr Awang cakap my baby is normal. tak besar & tak kecik sangat. kulit perut mommy je yang tebal..

 

lepas check baby semua tu, Dr Awang ajak discuss.

 

ayat pertama yang dia cakap masa nak discuss tu…

 

“buah tu dah matang..tapi kita takyah la usik @ nak petik dia lagi. bagi je dia jatuh sendiri.. lain la kalau ada tupai ke, budak2 nak lastik ke kat buah tu kan?”

 

dats mean, baby aku dah matang. already 38wks++ kan.. tapi since dia takde problem kat dalam tu & mommy ok..so no need la paksa2 dia keluar. dia cakap, “i have no reason to tarik dia keluar awal2..”

so bagi je dia kuar bila dia rasa nak kuar. kalau on due pun dia x kuar2 lagi, Dr akan bagi masa another 1wk & lepas tu baru discuss lain cemana cara nak kuarkan dia.

 

“Baby, best ye duk lam tummy mommy?

nanti bila dah boring duk dalam sana, baby kuar la ye.. tapi jangan lama2 sangat..kang baby terover beshar payah plk mommy nak kuarkan baby.. kalau nak beshar2, kuar nanti kita beshar kat luar ye?” heart

 

so, Dr Awang suruh aku balik dulu. kakak aku duk kat luar bilik dia dah standby dengan beg baju baby..hihi.

 

masa tu aku bersyukur sangat sebab tak kena deliver lagi sebab aku rasa macam tak bersedia plk nak deliver cara macam ‘paksa’ & serah diri ke hospital macam tu. kalau boleh nak la rasa kenikmatan sakit sebenar nya tu..

 

lepas je kuar dari Hospital tu, aku pun mula la mengantuk amat!

iyolah semalam tido 2 jam sajork kan..

 

itulah update aku sehari dua ni.

 

sekarang aku dah duk kampung. orang cakap tunggu masa je lah ni.

contraction siang hari memang kerap la sebab puasa. kalau malam dah dapat makan2 tu, contraction kurang skit la.

 

jalan pun dah ada iras2 penguin dah skit. sakit celah paha, kat ari2 Allah je yang tau. tapi mak tetap gigih ke bazar ramadan kat kampung nih uols! ke uptown kat sini pun aku bleh pusing lagi..

orang cakap banyak jalan, senang lagi kan jalan nak terbukak? harap2 macam tu la.. insyaAllah..

 

doa2 kalian aku sangat2 hargai!

semoga aku & baby sihat & selamat & semoga Allah permudahkan proses bersalin aku nanti… amin ya Rabbal al-amin..

 

 

 

p/s: mommy dah tinggal puasa 2 hari – hari balik ke kampung & jumpa Dr Awang (hari mak feeling dah beranak tu..)

1 comment:

Art Tea said...

InsyaAllah, selamat sume.. :) jgn pk gape2 mase dh sampai mase kekgi..lyn je..hehe..nothing to worry..yg penting mintak hubby doa + maaf ape yg patut.. :)

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....