[outdated] kronologi part i

wah. sudah lama aku tak update citer kat sini.

 

lepas jadi mommy ni, xsampai 10 entry pun kat sini.

malas betul kan? Thinking smile

 

hari ini aku terasa nak citer kronologi masa aku nak bersalin hari tu ler. boleh ka? very the history kan. baru nak update katanya.. Smile with tongue out

 

*tapi disebabkan terlalu jauhhhhh benor aku baru nak story nih, makanya story pun jumping2 jugak la adanya ye.. tak feeling sangat. lain ler kalo semalam beranak, hari ni dah gigih menaip entry. hikx*

 

*******************************************************

 

050910, Ahad

 

aku dengan perut memboyot masih gagah terjah pasar ramadhan. jadi tak heran la kalau anak aku nanti kaki jalan ok! Sarcastic smile

 

malam tu encik jamjul ajak aku pegi temankan dia beli kopiah kat uptown area umah aku tu. memula aku tanak pegi, tapi bila aku terpikir “kalau la aku dah beranak sok, ni la last time aku kuar ngan jamjul berdua2an..” so aku gagahkan jugak kaki temankan dia.

 

memula tu Dr Awang Nila set appointment 070910. tapi tetiba petang tadi dia call suh pegi awal i.e moning 060910.

 

 

060910, Isnin

 

Appmnt aku dengan Dr Awang dalam pukul 10am. hari ni aku bawak Mama plk temankan aku selain dari mr jamjul. macam biasa aku sampai dalam pukul 9am lbh macam tu, terus pegi LR utk check CTG & contraction lagik. kali ni lama skit acara di LR ni disebabkan Dr Awang banyak sgt emegency case. lebih setengah jam jugak la aku duk chck CTG tu.

 

lepas tu, kitaorg diarahkan ke bilik Dr Awang. kat sana pun lamaaa jugak tunggu Dr. dalam pukul 11am lbh macam tu barulah turn aku masuk jumpa Dr. Dr scan perut & check jalan (lagi?). lepas tu, Dr Awang nak discuss dengan kitaorang. mcm checkup sebelum ni la kan..

 

tapi kali ni masa discussion lain plk explanationnya.

 

memang bikin aku, mama & jamjul suspended sungguh la masa tu.

 

dia cakap baby aku terlaluuuu besar. EBW masa tu lebih kurang dah 3.5kg++. sampai kan dia nak ukur saiz kepala & perut pun dah tak boleh. suda tak muat monitor! Surprised smile air ketuban di paras yang normal dia cakap. dia cakap lagik kalau tunggu 40wks, maunya baby keluar 3.6-3.7kgs! ouch!

 

aku dah tak senang duduk. aduih. pesal tetiba berat baby naik mendadak ni. padahal mommy menten makan macam biasa jerk..

 

dia pun cakap dia nak warded aku & induce. aku cepat2 cuit jamjul suh cakap..

 

“Doktor, kitaorang nak bersalin kat KBMC. boleh Dr bagi referal letter?”

 

air muka Dr Awang tetiba berubah. tapi dia cover la. terus dia cakap “okeh! nak g beranak kat mana2 pun saya boleh bagi surat..”

 

[ini antara reason aku nape aku tanak deliver kat KPJ Perdana Specialist…

1. mahal! deliver takde pakej kat situ. dia macam ala-carte. koman2 ko kena bajet 4-5k dalam tangan ok! tu kalau NORMAL. klu csect? hukhukSad smile

2. kalau ikut plan asal sebelum kitaorang blk kg, mmg nak survey which hospital can give us the best rate+good services in KB. tapi dah Dr Siti cakap aku kena balik bersalin segera due to air ketuban kureng, so tanpa berfikir panjang aku terus dapat kan contact no O&G Specialist yang glemer di KB yaitu Dr Awang @ Perdana Hosp. sebab dah taktau sape lagi aku nak cekau. kata emergency kan!

3. aku tanak hospital kat KB tu yang masuk town area. kot jem! Hosp Perdana also pinggir bandar, tapi nak masuk jalan ke Perdana jem jugak. aku kan expect deliver 13/9 (Raya ke4) so aku kena pikir semua tu supaya time aku nak deliver nanti takdaklah kelam kelibut dengan jem time cuti2 raya tu. u know la cuti raya klu di KB cemano.Open-mouthed smile

4. mmg dalam kepala otak duk nampak KBMC!Winking smile]

 

lepas dah berjaya dapat surat dari Dr Awang, kitaorang terus zasss keluar dari Perdana. aku memang dari pagi lagi tak pose. so aku suh jamjul singgah di 7eleven. aku tapau air milo, roti, biskut, etc. mama cakap makan banyak2, nanti takde tenaga kang! dengan muka tak malu aku beli makanan di siang hari. orang pregnant takpe makan di siang hari Rolling on the floor laughing lalallala

 

pelan2 je aku suh jamjul drive ke KBMC. padahal dari perdana sangat la tak jauh nak sampai ke kbmc tu. dalam pukul 1pm lbh kurang macam tu, kitaorang pun selamat sampai di kbmc.

 

register & bagi referal letter kat kaunter kbmc.

 

then turn aku jumpa O&G kbmc plk iaitu Dr Lily.

 

dia tanya aku nak masuk ward tak. aku cakap depend on Dr la kan. dia pun scan la aku. dia cakap..

 

“cemana Dr Awang cakap baby awak besar & ketuban awak banyak??”

 

dia tunjuk kat aku air ketuban aku tak banyak dah pun. & baby tak lah besar sangat… hmmWho me?

 

sape yang betul? sape yang tak betul?

 

as I know, Dr Awang is the prof for Dr Lily & also Dr Siti. otai O&G la kiranya Dr Awang ni…

 

tapi……. ada banyak kisah jugak aku dengar pasal Dr Awang ni. kisah apa? takyah cerita la.. Smile

 

jadi secara rasminya, aku telah menyerahkan diri aku di KBMC pada jam 2pm 060910.

 

agak lama jugak tunggu nak masuk bilik sebab sorang patient tu baru check out. so dalam 2.45 aku dapat masuk bilik – 103.

 

mujo ler mama pun dah stnby baju & kain utk dia jaga aku kat hospital hari tu.

 

& for the first time ever aku masuk spital dalam sejarah hidup aku.

 

dulu dah penah masuk hospital. 28 tahun yang lepas – masa mama bersalinkan aku dulu tuNyah-Nyah

 

 

 

 

 

………………..ala tetiba aku rasa dah malas menaip la.. nanti la aku sambung kronologi part ii later k! Be right back

Comments

Ummu Aribah said…
Assalamualaikum..

Kelakar tol adik ipar akak sorang nih..tu citer nak bersalin. dah start keje pun kelam kabut jugak..hehe..tu baru anak sorang..kekekeh...jgn marah..sabar yea..pelan2 belajar nak jadi carrier mother ok..
a m l y n y x said…
waalaikummussalam..

insyaAllah..tengah belajar la ni nak jadi career mommy.
anak 2 orang, pusing den!
:D
Hasnor said…
ahahahahha..baru nk feel, abih dh ekk..
kekekekeke...
sila sambung hokeeyy

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta