i am in the office today.
mood kat office so-so je lah. tapi macam-macam mana pon aku paksa jugak diri aku buat kerja sebab kerja dah melambak+dateline dah dekat. aiyooo!
dalam pada sibuk-sibuk ni pon, aku sempat lagi mai update blog. boleh??
otak aku masih aktif pikir cemano la proposal aku aritu. lepas ke tak lepas. agak-agak lulus ke tak ye? risau jugak aku. bukan senang rupanya nak bekerja sendiri ni. tuh baru nak bukak kedai kecil-kecilan. kalo besar-besaran tatau la aku.
apa tujuan aku buat proposal tu?? (ada sesetengah tanya soalan tu kat aku..) so mai aku jawab..
business proposal yang aku buat aritu adalah untuk apply modal *penambahan modal* untuk kedai bakal kedai aku tu. tu lah tujuan sebenar-benarnya proposal aku. ada jugak orang buat business proposal ni untuk perkara lain kan contohnya sesebuah company tu nak dapatkan projek kat mana-mana ke (business proposal tentang kejayaan syarikat dia) dan macam-macam lagik.
so proposal aku nih adalah proposal awal untuk mendapatkan penambahan modal. ayat-ayat dalam proposal tu aku main hantam je al-maklumlah share partner aku tuh rupanya sleeping partner je. nak jugak marah, tapi nak wat cemana bershare partner ngan laki sendiri camtu lah jadinya. memang dia layak untuk jadi sleeping partner je lah kan. hik. tapi, nanti bab kat kedai aku plan nak lepaskan kat dia lah banyak memandangkan dia banyak pengalaman bab² business ni dari aku.
modal tu aku apply kat mana? bank?
bukan bank pon aku apply. aku apply kat TEKUN. ala-ala MARA la tapi bukan MARA la, maybe anak buah-sepupu-spapat MARA la kot. ala pinjaman untuk bisnes IKS tu.. sebab aku apply banyak, so tu pasal aku kena prepare business proposal. kalo apply sket-sket jer, takyah pon proposal tu.
i am not really sure how TEKUN’s so far. camana dia nya operation etc. kalo baca kat internet nampak macam ok lah. TEKUN ni bukan benda baru, dah lama wujud rupanya cuma aku je yang tatau. luckily kawan asben aku bgtau. & very lucky lagi bila bos TEKUN kat Besut tu anak kawan ayah aku cum abang kawan aku & memang kenal family aku. (bertuah sangat di situ ye kawan-kawan hahaha!) INFO: TEKUN ni ada cawangan di seluruh Daerah d Malaysia, so let say aku nak bukak kedai di Daerah Besut, so aku kena apply & submit borang TEKUN tu kat cawangan BESUT la.
TEKUN punya prosedur ada yang sangat KETAT dan ada yang sangat LONGGAR. ahhh seluarkah ada ketat dan longgar?
yang LONGGARnya…
- tak payah penjamin kalo nak apply sampai RM 50k
- sediakan business proposal sahaja
- document yang diperlukan pon sikit je – fotostat IC, gambar premis (kedai) 3 keping & more, copy Sijil Perniagaan, statement current account, bil utiliti, tu je..
- form yang perlu diisi sangat lah simple. sekeping kertas sahajork depan belakang
yang KETAT…
- lepas submit form & proposal, pegawai TEKUN akan pegi SIASAT kat premis / kedai kita tu bebila masa tanpa bgtau kat kita dulu masa derang nak pegi tu.
- diaorang akan siasat betul tak macam kita tulis dalam proposal tu & padan tak total amount yang kita request tu untuk kedai tu
tapi disebabkan faktor-faktor saling kenal-mengenali antara bos TEKUN & family aku, maka yang KETAT itu telah menjadi longgar. tak payah tunggu Encik Pegawai pegi siasat sampai ke kedai, datang berdiskass di rumah sajork. skarang status aku nak tunggu TEKUN approval la lepas tak modal yang aku mintak tu. harap-harap lepas lah. amin. doakan aku ye!
**kena cari balik segala notes / exercises subjek Account yang aku belajar kat dulu. kat mana ar?? ke nak kena carik balik Puan Jun yang comey lote tu? hmmm..
No comments:
Post a Comment