Friday, February 20, 2009

Cerita Pokok

betul la aku cakap awal² tahun dulu, entry aku tahun ni banyak dengan tag. sampai tak tertulis entry betul² kat dalam blog ni, asik tag je.. tapi takpe, i tak kisah janji bleh memperbanyakkan entry blog i kan.

arini Jumaat. macam biasa aku memang ronggeng je hari Jumaat ni walaupon keja bertimbun & kejar dateline, tapi aku masih ronggeng pada hari Jumaat. ahh aku sukee!

lepas seminggu lebih aku tak masuk office, maka aku pon masuk lah office selasa aritu dan tiba² aku terpandangkan Pokok yang aku pao amik dari Bos masa pindah-randah office aritu. masa memula aku amik pokok tu dulu, ijau cantik je dia. tapi skrg dah kuning daunnya! ehh kenapa?? nak kata aku tak siram, aku siram jugak. walaupon bukan hari², tapi selang 2,3 ari aku siram pokok tu. time aku takde pon, budak sebelah aku nih siram jugak (dialah kata, tapi aku caye kata dia). nak kata tak kena matahari, pokok bos aku yang lain tu pon tak kena matahari jugak, tak kuning pon daun dia. nak kata apa lagi??? last² aku kata – aku memang tangan panas! pokok a.k.a tumbuhan payah sket nak idup ngan aku nih, kecuali kaktus. tapi lama² kaktus tu pon mati jugak ngan aku. camano??

memula aku dah tak mau amik pot pasal pokok tu. ada la sekali aritu aku siram dia, pastu terlupa dah nak siram. tup² petang tadi bos aku bawak lg berduyun-duyun pokok-pokok baru. berebut sume pompuan² yang minat pokok tu. aku pon mulalah tarik pelan² pokok aku tuh, bawak pegi ke meja sebelah aku yang orang jarang duk ni. hik. malu la i pompuan tp jaga pokok pon hampir mati, tapi bos aku laki jaga pokok cukup bagus.

lepas tu, aku pon jadik kesian pulak kat pokok ni. dia tak bersalah. aku pon siram la dia arini dengan air minum aku *jadi kami share air la skrg ni..klass okeh share air dengan pokok. ko ado??*. dua kali lagi tu aku siram dia harini supaya dia cepat recover *ahahha* boleh ke dia recover lagi ye?? aku pon tatau la. malas la plk nak google cara² jaga pokok dengan betul. koserr taw!

bila pokok tu jadi camni, aku pon mula terpikir *seperti yang aku ckp sebelum ni, bila aku pikir payah nak benti sehinggalah aku dapat jawapannya..ahh penin!* semua makhluk ciptaan Allah SWT akan dapat hidup sihat bahagia sekiranya ada kasih sayang orang-orang disekelilingnya. macam kita jugak la kan, kalo mak bapak, laki/bini, anak-anak, & kawan-kawan tak sayang kat kita..nak idup pon malas kan. rasa macam tak best je. so, aku buat kesimpulan pokok aku nih berura-ura nak bunuh diri la kot. tanak idup sebab orang yang jaga dia acuh tak acuh je. sian kan. sebab kalo diikutkan masa aku memula amik dari bos aku dulu, bukan sebab aku seorang yang suka pokok @ bunga! tapi sebab banyak kat meja lain ada je pokok, so aku nak la jugak. tapi sekarang aku nak jaga dia betul² la. kalo ngan aku ni senang je nak suh aku bagi lagiii sayang kat benda² yang tak bernyawa @ bukan manusia macam ni…aku buh nama kat benda tu. hahahaha. *matilah pecah lobs!*

hmm nak kasik nama apa ye kat pokok ni? nantilah i pikir, kalo korang nak tolong pikirkan pon boleh jugak..hehe

jom tengok pokok ku yang dah hampir mati ni..

Pic_005

Pic_003 sian dian kan *nanges* mak janji nak jaga ia betul² kali ni harap² tak terlambat lagik.

2 comments:

Hasnor said...

kah kah kah..u ols! mak gelak ter bahak2..pokok u ols bunuh diri? byk work load sgt kah dimeja ittew? ahahahah....gituh la kan...usaha yg bagus laa berkongsi kasih syg ngan pokok, u minum i minum..giteww..klaasss sgt!ngan en jamjul - i minum u tgk! merasa!..keji sgt akak speku kan..hahaha...

sian pokok u ols! tgn panas kah? huhuh..cuba u blk cek en jamjul, ado kah menjd kekuningan jugak akibat tgn u ols tuh? larikkkk...

a m l y n y x said...

hahhaa. sian dih nak bunuh diri sapa ko sbb sero xdok oram sayam. mujo xterjun mejo jah. hihik

kat en jamjul. alamak! mak rasa ada la bila mak 'lepuk-lepuk sayam' kat tgn dia. hahah larikk.

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....