BaRam Day 1st

macam tahun² sudah.. sesi menerjah Baram @ Param adalah wajib bagi aku dalam keadaan buncit atau pun tidak.. Nerd

 

Day 1 Puasa semalam, Baram sasaran adalah Stadium S13. alang² ‘depan’ office je kan.

 

orang masa tu takde lah ramai gila lagi maybe awal sangat kot. aku sampai sana dalam 4.45pm macam tu kot. ada yang dah rancak berniaga, ada yang baru nak buka stall.

 

macam biasa kat stall Papa John, queue nye panjang gila & dari tahun² lepas aku takde lagi nak sama beratur ngan depa. agak² nak makan roti John, aku pegi area umah lama aku kat Sri Kayan. kat situ pun boley tahan! *yum³.. tetiba plk rasa nak ke sana petang ni*

 

Semalam punya menu..

 

Main Course..

* nasi putih (masak sendiri) dengan ikan Patin Bakar tempoyak RM6.00 (daddy) StarStarStar

* nasi tomato RM4.50 (mommy) Star

 

Kuih-Muih / Makanan Sampingan..

* kuih 5keping RM2.00 – nama² kuih aku tak berapa bijak sangat ler.. StarStar

* Murtabak Daging RM2.50 StarStar

* Roti Bom RM1.20 StarStar

* Roti Jala kuah durian RM2.00 StarStar

* Tau fu fa RM1.50 StarStarStar

 

Air..

* Soya Panas RM3.00 StarStarStar

 

Nampak macam takdelah banyak sangat kan. tapi total up RM20++ jugak.. Alhamdulillah semua makanan abis.. Smile

 

Patin bakar tempoyak tu reheat untuk Sahur..

 

Alhamdulillah semalam mommy dapat pose dengan jayanya Party 

walaupun pada minit² terakhir tu rasa lembik jugak la, tapi takkan nak berbuka kan tinggal lagi 10minit je lagi nak azan.

 

Harap² hari ni & hari seterusnya mommy dipermudahkan Allah untuk buat ibadah Puasa ni.. amin amin amin..

 

Overall: BOLEH pegi lagi ke Baram ni, tapi mana² food bawah 3 stars tu takyah p dah ler..

 

 

 

p/s: hari ni rasa nak menerjah Baram Kompleks PKNS la plk..

 

 

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta