public transport

thursday last week,

aku ada urgent matter kat StarHill.

apa lagi,

EL ler kan.

daddy plk mc.

hehe.

dah lama dia nak mc tak jadi2,

last2 mc dapat 2 ari plk tu.

dengki!

 

daddy & me agreed kitaorang pegi StarHill naik train.

males nak drive sebab jammed for sure & parking payah kat sana.

kejenya kejap je,

tapi pay utk parking RM15.

bleh??

 

and, the day after baru aku tau Thursday 22092011 tu adelah Car-Free for a day ghopenya.

kehkehkeh

kiranya kitaorang sahut seruan ler kan..

 

aktiviti naik train turun train ni last time aku buat dalam tahun 2007 kot..

almost 4yrs+ tak guna public transport.

cuak pon ada!

 

dulu 2 tahun jgk LRT Train signed contract dgn aku masa aku keje kat Jalan Tun Razak.

kiranya aku tak la buta kelam sgt bab2 naik train ni.

tp daddy memang buta tuli bab2 ni.

LOL

 

bagi aku takde banyak beza antara sistem pub transport ni dari zaman 2007 dulu ngan 2011.

bezanya dah ramai outsiders (banglas, indons, viets, myans, etc) pandai naik train.

dulu depa pandai lompat2 naik bas je..

 

we parked the car @ Bt Tiga KTM station.

masa tu around 11am kot.

aku guna touch’ngo card je alang2 balance banyak lagi dari balik kampong aritu.

daddy je la kena beli tiket.

 

aku rasa lama benau tunggu KTM train kat Bt3 tu.

dari takde orang kat station tu hingga ler penuh.

penuh ngan muka2 outsiders.

takut duh!

 

sekarang dah ada Ladies’ Coach.

kaler pink gitu.

daddy cakap kalo mommy nak p duk belah ladies pun p ler..

haih takmo aku.

aku cakap mommy takpe.

ada bodyguard so boleh je naik coach besa.

 

dari station Bt3 sampe ler KLSentral kitaorang berdiri.

adeh!

dengan high heel bagai.

aku berdiri tepi pintu je.

ada a teenage Indian couple berdiri sebelah aku.

dari station Subang Jaya sampailah ke lif KLSentral cakap tak berenti.

pengsan!

 

kalo dari KLSentral kena amik monorail la kalo nak ke StarHill.

tapi sebab daddy takmo jalan jauh sangat kena lintas jalan bagai,

makanya mak pun keluarkan idea bernas.

naik LRT dari KLSentral & transit Dang Wangi.

nanti amik monorail kat Dang Wangi.

 

sekali hamekkkk kau!

jauh mengah mengah mengah jalan dari LRT Dang Wangi ke Monorail.

haihh.

naik tangga turun tangga lintas jalan jalan jalan & jalan baru sampe monorail.

tapi actually takde la penat sangat jugak sebab sambil jalan2 tu sambil2 memory remind zaman2 berchenta dulu.

best!

sebab zaman study & chenta dulu2,

pub transport memang main transport selain dari jalan kaki.

 

ohhh memori dulu sangat indahh!

 

around 1215noon,

kitaorang dah terpacak kat StarHill.

aku ada hal sikit kat Maybank sana sebenornya.

tak sampai 15minit,

keje aku settle!

 

jadi, next target is cari kedai makan.

memasing suda laporrr..

padahal breakfast tadi daddy dah siap2 beli nasi lemak panas & mihun kat rumah aku tu.

 

target memula nak makan kat Secret Recipe je sebab faham2 ler kat StarHill nak cari kedai makan yang affordable & halal payah sikit.

so kitaorang pun jalan la kaki kat tepi2 kedai situ.

alhamdulillah cuaca aritu sangat sporting.

tak panas & tak hujan.

mendung je.

best je jalan2 time tu..

 

sepanjang jalan2 kaki tepi kedai2 urut tu,

"Sir..massage.. Mam..massage"

aku gelak2 dengan daddy.

"depa ingat kita ni orang singapore ke?"

LOL

 

kalo orang nampak macam Singapore ok lah kot.

jangan depa anggap 'bangla kuar dating ngan minah indon' plk.

 

jalan jalan jalan & nampak signboard Restoran PapaRich.

aku tak penah makan lagi kat PapaRich.

daddy penah la makan dengan bos dia.

 

kat sana aku amik Assam Laksa.

daddy tak lari dengan nasi.

nasi goreng with chick wings.

dua2 oder Milo Dinosour.

& for dessert macam besa – Banana Split.

 

*all the piccas aku tak hapload2 lagih..

wifi kat opis mak ni tah macam harem je sejak bermenjak2 nih..

cable ofcourse la aku tak bawak**

 

lepas makan jalan jalan jalan lagi.

& surprisingly daddy ajak jalan jalan sampe ke Pudu Sentral – used as Puduraya before.

jalan yang terlalu besa pada zaman2 muda dulu.

Pudu-StarHill, StarHill-Pudu.

dulu rilek je jalan2 macam tu.

tapi haritu… duhhh suda tua mungkin!

 

sampai Pudu Sentral,

pitt stop situ jap.

amik kesegaran & kesejukan dalam Pudu.

bestt wooo semua dah aircond.

5 stars la Pudu skrg.

 

dulu tempat paling busuk, hazab, scary penah aku masuk salah satunya adelah Pudu.

 

tahap security aku tak sure la brp star.

tp kalo ikutkan gaya facilities, design Pudu sekarang macam susah jugak nak jadi kes2 jenayah.

porch polis cantek je kat tingkat 1 dalam tu.

memang boleh nampak kejadian2 kat lobby tu.

 

dari Pudu kitaorang menapak lagi ke Stesen Plaza Rakyat.

amik Star train kat situ nak ke Masjid Jamek.

sekali lagi bermasalah.

tatau nak naik tangga mana utk ke Masjid Jamek.

tanya sorang chinese lady tu pon dia tatau.

aku gamble je naik tangga belah kanan.

sekali bila sampai kat atas, sorang aunty also chinese tanya aku which way nak ke Masjid Jamek.

konfem semua orang yang guna pub transport arini adelah felancong.

LOL

 

sampai di Masjid Jamek,

tukar train LRT plk.

punyalah seghabut peghut kat situ sebab tgh construction.

adeh lagi!

 

sampai Station Bt3 about 5pm

pergh!

 

malam tu aku tido awal.

letak kepala terus fly ke Korea.

zzzZzz.

penat jalan jalan pusing pusing a.k.a felancong.

 

daddy, nanti kita lenguh lenguh kaki lagi ye!

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta