taska

tetiba arini rasa nak share pengalaman pilih taska kat #mekkecit dulu.

 

sebagai mommy,

haruslah mak cerewet skit kan bab² macam ni.

tapi nak cerewet lelebih pun,

mestilah dalam lingkungan kemampuan kita jugak kan?

 

sblm aku shorlistkan few taskas,

i did surveyed sooo many taska.

kat rumah, kat area office semua aku survey.

 

finally,

aku shorlistedkan 4 taska kat area rumah aku.

 

 

taska FIRST

 

sangattt la dekat ngan rumah aku.

tak sampai 500m kot.

kira kalau nak keluar ke jalan besar,

mostly memang akan guna jalan tepi Taska First ni lah.

ala-ala boleh drive-thru je hantar anak kat situ Big Grin

 

1st, 2nd, 3rd, 4th times aku call,

takde pickup!

aku sms,

reply plk!

misteri apa tah takleh pickup call.

tapi aku set appointment jugak.

visiting day only Saturday (for outsiders la kott).

so aku set appmnt utk jenguk taska tu.

saturday tu,

aku pun sms la cakap nak g jengah ni.

sekali dia reply "saya dah keluar..staff saya ada.."

nampak nau ko nak ngelat.

aku pegi jugak jumpa budak² dia..

masa aku pegi tu ada 3 orang je babysitter.

taktau le kot 3 orang tu jer.

sorang budak lepasan SPM,

sorang ala² makcik duk tengah jaga 2,3orang baby

& sorang lagi dalam 20s kot duk kat dapur.

budak lepas SPM & makcik tu katanya baru lagi dalam 1-2 bulan baru keje situ..

yang nak lama sikit pun yang duk kat dapur tu.

tapi sombong beb!

yang dua orang staff baru tu, aku tanya 1, dia jawab 1.

end up….

REJECT.

 

 

taska SECOND

 

agak jauh dari yang First tadi.

tapi dalam satu taman lagi ler.

aku call dia jawab.

aku sms dia layan.

visiting day dia hari2 boleh, dari 4pm-6pm.

so aku buat appmnt lepas balik keja pada satu hari tu.

kitaorang pun pegi ler.

owner taska tu jemput masuk,

maka bersilalah kami duduk atas tikar.

oh ye!

aku tau pasal taska ni dari dalam internet.

owner dia ada FB & blog.

dalam blog dia mmg macam² info pasal taska ni.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiii………

bila jumpa sendiri dgn owner dia…

macam lain jer dari dalam blog dia tu.

adeh!

aku rasa dia tu muda lagi.

tapi dressing ala makcik² tu…

agak selekeh la aku rasa.

teringat aku pada kata2 sorang officemate aku,

kalo babysitter tu jenis selekeh,

kemungkinan besar anak kita dressing selekeh tu tinggi.

hmm betui jugak aku pikir.

taska tu mmg bersih, teratur je…

tapi, tah nape hati aku berat..

so KIV dulu..

 

 

taska THIRD

 

aku jumpa info ttg taska ni dalam internet jgk.

dia ada letak iklan dalam website community taman sebelah taman perumahan aku.

walaupun agak jauh skit,

tapi takpelah.

mommy nak jugak tengok taska ni.

since dalam intenet,

everything mcm best je!

so, aritu lepas je sampai dari s’wak,

kitaorang terus terjah taska ni.

everything OK,

tapi….

owner dia seems like KNOW NOTHING!

sbb sblm sampai taska tu,

aku ada call dia kat mana exactly locationnya..

aku tnya dekat tak ngan balai polis?

dekat tak dengan area kedai bla..bla..

semua taktau noksss!

pengsan!

payah juga tu kalau jadik sesatuh cemana?

even aku cakap aku duk kat taman bla bla pun dia tatau uols.

padahal tepi taman taska dia tu je…

adeh lagi!

CANCEL!

 

taska FOURTH

 

yang ni taska out-of-sudden punya.

masa tu aku & daddy dah berkira² nak ngantar mek kecit ke taska second.

tapi hati masih berat sebenornya.

satu hari tu daddy pegi kedai & pusing2 area sekolah,

tetiba dia nampak satu taska ni yang dia rasa macam ok.

cemana dia rasa pun mak tatau la.

dia terus balik & ajak aku pegi jenguk taska tu.

aku setuju aje.

kitaorang pegi ngan moto je sbb dekat.

kebetulan haritu aku cuti.

aku sampai sana tu budak2 masih ramai

& aku bercakap dgn sorang babysitter tu.

peramah boleh tahan jugak.

takdela tanya sepatah jwb sepatah.

aku tanya owner dia mana,

dia cakap owner pegi pick-up budak2 sekolah

& dia kasi namecard owner tu.

mlm tu aku sms owner yg di panggil K.Lin

& terus dia call.

aku buat appointment esok pagi (sabtu).

tapi pagi esoknya hujan.

malas plk nak kuar hujan2.

aku sms dia cakap delay la.

K.Lin cakap ok dia tunggu aku datang ptg tu.

aku pegi ptg tu,

tgk orang duk sibuk kat laman taska tu.

macam ada majlis je.

sampai taska tu,

Eida (babysitter yg aku sembang mula2 aku dtg tu) cakap K.Lin dah tunggu dalam office.

aku macam 'oh ada office..'

aku masuk office K.Lin & bersembang la kitaorang.

kejap je mekkecit duk ngan aku,

pastu Eida terus datang nak cuba dukung dia.

Alhamdulillah senang dia nak ngan Eida walaupun tak penah jumpa lagi.

aku still ingat pesan sorang officemate aku,

dia cakap kalau nak cari taska/babysitter/maid..

cari orang yang anak kita boleh 'rasi' which is selesa.

baru aku perasan babysitter taska2 sebelum ni takde pun nak cuba-cuba dukung si mek kecit tu…

 

sblm balik tu,

K.Lin jemput datang majlis kesyukuran malam tu.

ohh patut la kat laman taska tu ada kanopi bagai.

dia cakap diaorang mmg selalu buat majlis² macam ni.

 

balik tu mommy & daddy duk meja bulat.

discuss.

pikir p-mai-p-mai,

we decided to choose the Fourth one.

walaupun fees dia agak tinggi berbanding yang lain,

tapi nampak hannah adelea pun ok dengan babysitters kat situ,

& aku pun berkenan jugak dgn cara management dia

& jugak cara dia orang dress-up (tak la nampak formal sgt & takla selekeh-mekeh sangat)

nampak 'riang-ria' la nak menjaga budak-budak kecik tu.

 

 

for those yang baru nak berjinak² nak survey taska tu..

pls consider these things (pada pandangan aku laa):

 

1) jarak rumah ke taska

2) cara interaction/communication owner taska dgn parents

3) cara babysitter act dengan anak kita

4) how proper they are – dia punya management, ada unsur2 Islamic tak – pakai tudung ke tak, uniform cemana – proper ke main pakai je..

4) keikhlasan nak jaga anak² – sometimes we can feel seseorang tu ikhlas ke tak.

nak explain tu mak pun tatau noks!

5) sijil pendaftaran tu wajib ada!

6) experience owner & babysitter dalam urusan jaga anak2 kat taska

 

tu je yang aku terpikir sekarang ni..

 

aku pun takdelah nak puji melambong pun taska yang sekarang ni.

cuma masa duk memilih tu,

itulah yang terbaik bagi mek kecit.

 

aku harap² taska tu boleh la jaga mekkecit yang semakin membuas tu elok².

ameen….

 

Image2767

*lovesss u darling baby*

Comments

Ummi Humaira said…
assalamualaikum ....

selama nia kak chaq tak terpikir ler plak menda alah tu semua...
apa2 pun terimakasih tolong buka minda .
he he he macam ler masih ada budak kecik kat umah nie , tp simpanan untuk cucu2 plak kot...
a m l y n y x said…
waalaikummussalam kak chaq..

biasa la tu k.chaq, klu tak pyh pikir psl tu semua, mmg taknak pikir pun kan? hehe. bila dah 'terpaksa' pikir, mmg kena terlebih pikir ler plk :P

bila dah sampai masa nak cari taska utk cucu2 nanti, actually byk la perkara kena amik kira.. yg nor tulis tu baru sikit je..

eh cucu? mcm dah tak lama je tu.. hehe

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta