10mo

**Ini cerita berminggu-minggu lepas… 3 minggu lepas kot? **

apa perkembangan itu budak kecit yer?

dah lama mommy tak update sini.

 

skrg fasa dia tengah membuas.

nak citer pasal fasa ni,

mmg mak letih uols.

 

dia brenti bila tido je.

celik mata (kalo cukup tido),

terus bercakap @ membebebel

tattatatitititetette..

kalo TAK cukup tido?

melalak la apa lagi.

marah orang ganggu dia tido.

bila tengok tang perangai ni aku jadi…

Gulpp!

alamak! sebijikkkk perangai.

perangai sape?

rahasia.

Dont tell anyone

 

merangkak.

7bulan dia boleh merangkak.

laju nau dia merangkak skrg.

agak2 daddy tak buat2 nak kejar dia,

dia pulak agah daddy & buat2 nak kejar daddy.

siap ada bunyi lagi tu konon nak kasi daddy takut.

daddy lari2 dia lagi kejar sambil bunyi2.

ohhhh how cute u both!

 

tapi sebelum merangkak,

dia dah suka berdiri2 pegang dinding,

sofa, kerusi, meja, kabinet, etc.

lagi best dia berdiri & lepas tangan!

paling best lagi,

lepas tangan & buat2 jatuh.

tapi buat2 jatuh tu time mommy ada duk terlentang dekat dia la.

 

sekarang lagi la hobi berdiri,

panjat memanjat tu.

dan suka bertatih.

mommy nampak kaki dah ringan nak tatih tu.

cuma step tak betul lagi la.

time kita pimpin/pegang tangan dia,

kadang macam jalan mcm encik krab,

kadang macam apa tah terkangkang2.

aritu mommy ada beli Wagon-Push to Walk utk dia senang exercise tatih2 ni.

tapi kusi meja makan mommy jugak yang best bagi dia.

tolak sana sini.

 

kawan2 sebaya lain dah ada gigi lama dah.

dia baru nak ada.

10 bulan baru ada gigi.

hihihi comel!

tak sabar mommy nak tengok dia cenyum ada gigi.

patutlah mommy dah rasa lama sakit betul dia gigit time bfeed tu.

masa tu gagau2 dalam mulut tak terasa lagi gigi dia.

 

tapiiiiiii……..

pencapaian yang paling mommy tak sangka adelah…..

mekkecit tu berjaya panjat 15 anak tangga tak sampai 2 menet pon!

Hypnotized

 

soooo suprised!

tu le pagar tak beli2 lagik.

beli secara niat je.

hampeh betol mommy kan?

ok ok!

weekend ni kita survey baby safety gate.

aritu dah ada member nak letgo gate dia,

tapi tak muat ler plk.

kena beli extension byk pulak.

so kasi balik je lah,

kitaorang beli yang baru skali dengan ext.

 

tapi siryes,

mommy betul2 terkejut aritu dia panjat tangga jap je.

sebelom tu dia tunjuk kat mommy & daddy panjat 4 anak tangga je yang paling hebat.

aritu mommy nak mandi,

so aku pun pegi ler handover mekkecit tu kat daddy dia kat bawah.

aku pun naik ler atas, tutup pintu.

pastu aku dengor bunyi mekkecit nangis.

makin lama makin dekat.

aku dah mula..

"haihh. orang nak mandi, dia bawak naik atas pulak.."

tak lama lepas tu,

dengar pintu bilik diketuk.

memula aku malas bukak pintu.

tapi aku bukak jugak.

jeng jeng jeng…

mek kecit tu dah melutut sambil ketuk2 pintu.

masa aku bukak tu dia macam terjatuh la sikit.

pastu aku dukung dia,

dia terus uwawawawawa ler.

aku tengok kiri.

intai2 dalam bilik depan kot2 daddy dia ada.

'eh. cepat benor turun. nak memain pun tengok2 ler..'

kata aku dalam hati.

tak sampai 10saat daddy berlari naik.

"eh dah sampai atas??!" kata daddy.

aku memula senyum tak senyum.

nak marah pun ada.

"elehhh…" aku jawab.

"betul! demi Allah saya tak bawak dia naik.

dia naik sendiri.."

aku terdiam.

kagum ada.

risau ada.

lucu ada.

semua ada.

haih la hannah adelea!

lepas tu mommy & daddy buat praktikal kat dia sekali lagi.

daddy buat2 tinggal dia kat bawah sorang2 & mcm tadi,

sekejapan saja suda naik atas.

 

anak mommy suda beshar Big Grin

 

ngamuk kalo kita buat apa yang dia tanak/tak suka toksah cakap la.

 

budak suda beshar.

suda macam2 pe’el.

suda ada macam2 akal.

suda makin cerdik.

 

semoga Hannah Adelea sihat walafiat & di dalam lindunganNYA selalu.

amin.

 

Image2774

*budak yang cukup marah kalau pepagi tido dia terganggu*

 

 

xoxoxoxo,

mommy loves u!

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

benci.bilang.cinta

nasi berlauk kelate, anyone?