[outdated] kronologi part iii

[hoping that this will be the last part laa..]

 

continue fr part i & part ii..

 

(tengah tarik mooood & rewind balik segala kejadian pada hari terjadi)

 

*******************************************************

 

eh eh chup²! lupa satu bab. [haa! kang dah cakap, mesti jumping² punya story sebab dah history the very] <—from part ii

 

petang tu Dr Lily ada tanya ngan aku nak amik epidural tak. aku pk p-mai “tak mau ler Dr” “ok confirm? sebab lepas ni masa dlm LR dah tak boleh bagitau nak amik tau” aku angguk sajork. “tapi kita still boleh bagi ubat tahan sakit *nama apa tah ubat nak tido tu* dlm LR nanti” Dr Lili sambung lagik.

 

sebab sebelum tu lagi, sorang kakak nurse tu dah cakap kat aku. dia suggest takyah amik epi. sebab nanti kita tak boleh feel sebenar sakit beranak tu. dia dulu pun nyesal sebab amik epi masa lahirkan anak 1st, so that masa anak 2nd dia taktau cemana feeling sakit beranak.

 

aku pun ada jugak baca² kalau boleh avoid epi, go for it! feel the real sakit! *ala sakit lebih skitt je dari senggugut! <—orang kate*

 

aku masuk dalam LR lebih kurang jam 8.30pm kot.

 

masuk je air tu, tak sampai 10 minit kot aku rasa, sakit gila dah. contraction about 10 min or less dah aku rasa. tak nyempat2 nak cek jam pun masa tu.

 

jamjul panggil midwife macam parah sangat dah bini dia ni. midwife tu masuk & cakap, “baru sikit ni..” aku cakap, “dah boleh ke masukkan ubat tahan sakit tu?” dia cakap, “baru lagi ni.. nanti sakit gila2 jap lagi saya masukkan..” ergh?! sakit gila2 nanti? ini sakit apa? tak gila2 dah ker..

 

masa tu tak tangan jamjul, tangan mama aku genggam. tapi banyak jamjul ler sebab mama pun tak mampu nak genggam tangan aku balik. betapa kuatnya genggaman aku masa tuh!

 

midwife masuk 2,3 jugak dalam LR. bukan check bukaan pun, sekadar check paras air tu dah byk lom abis. aku suh midwife tu panggil Dr Lily check jalan, dia cakap Dr Lily ada patient kat bawah, so kalau nak dia akan checkkan. aku memula tu tanak la. tak yakin Tongue

 

tak lama lepas layan contraction bertubi2 tu, jamjul nampak aku kronik gila tu, dia panggil midwife sekali lagi. aku cakap “buh je la ubat tahan sakit tuuu..” dia terus inject masuk dalam drip tu sekali.

 

midwife tu suh aku duk mengiring, kasi senang baby turun.

 

kejap2 belah kanan, kejap2 belah kiri. lenguh dowh!

 

dalam pukul 9.30pm macam tu kot (aku bajet2 je ni), aku suh jugak midwife tu check jalan aku dengan pesanan “pelan2 ye…” Big Grin

 

midwife tu check, dia cakap “EH! dah 8cm!!”

 

masa tu aku nampak dia kelam kabut panggil midwife lain & jugak Dr Lily. aku dengar “panggil Doktor..panggil Doktor..!”

 

“kalau nak push, push je sekarang..” aku dengar lagi suara dia. sambil dia kelam kabut pakai glove bagai.

 

aku masa tu dah la baru je masukkan ubat tahan sakit. aku hampir2 nak lelap dah, tapi sakit kat bawah menguasai diri lagi. memang high gila dah aku masa tu.

 

masa tu la midwife & Dr masuk, masa tu la nak betulkan katil (nak angkat skit bhgn kepala tu).

 

aku rasa memang betul² macam nak buang air besar tu. aku tunggu je arahan dari Dr “push..push” tapi takde plk. so tanpa tak leh tahan aku push je.

 

aku taktau berapa kali aku push, aku rasa dalam 3x kot, tetiba jamjul cakap terbojol kuar muka budak. hiks Big Grin

 

dia plk masa tu tgh kosentret tgk muka aku. baru je nk tgk kat bawah, budak itu suda kuar!

 

dalam pukul 10.15pm, selamat lah lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW ke muka bumi…

 

aku dengar Dr Lily terus selawat sambil tarik baby keluar. lepas tu dengan suara mama pun selawat sama.

 

dalam pukul 11pm, semua suda selesai. bab jahit menjahit tu ler take times aku rasa. sebab kelam-kabut punya pasal, aku push pun sebelum orang suruh, makanya aku push cara aku je la. seriau beb bila tiba nk bercerita bab jahit ni! ouch! Time out

 

Alhamdulillah anak pompuan yang dilahirkan tu sihat walafiat jugak adanya.

 

 

36393_410940046099_776946099_4346122_4610762_n

*in*

 

 

60351_434538781099_776946099_4910694_986719_n *out* beberapa minit selepas kuar

 

Image1984

*not really latest* 5m,2w, 1d

 

sekian sudah cerpen saya yang bersambung 3 episode ini..

 

tkasih kepada sesape yang sudi membazirkan masa membaca nye..

 

Wave

 

 

p/s: sakit beranak tu bestttt wooo!

 

p/s/s: masa paling heaven adalah selepas uri dikeluarkan. feels like semua sakit @ beban suda hilanggg

 

p/s/s/s: saya suda misss itu budak bucuk! owhh

Comments

Anonymous said…
subhanallah... comelnyer baby tu!!! sbb tulah syurga di bawah tapak kaki ibu... :))

jemput singga blog fda... ada masalah yang fda perlukan bantuan

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

benci.bilang.cinta

nasi berlauk kelate, anyone?