Cerita Pokok II

aku nak sambung entri pasal Pokok. kalo tak baca lagi Siri 1, sila rujuk di sini. kalo terus baca entri ni nanti tak paham plk kan.

lepas 2,3 hari daun tu kekuningan, maka aku pon ambiklah tindakan yang sangat bijak iaitu membuang daun kekuningan kat pokok tu. dengan harapan semoga pokok cepat recover. *ala² macam ni lah, kalo orang Diabetes tu, potong kat tempat luka yang tak boleh sembuh i.e. kaki/jari/etc* so aku wat macam tu jgk lah kat pokok aku nih, buang mana yang dah buruk. katanya.

pokok1 (1) ini lah rupa daun kekuningan dalam entri dulu

sorry aku tak snap pokok ni masa daun kuning tu dah takde.

lepas beberapa lama *about 2weeks time gitu* dia punya batang plk kekuningan. memula ijau cantik ler lepas aku buang dedaun dia tu, tapi rupanya penyakit nya dah kena batang la pulek! aku pon sekali lagi buat tindakan drastik, tapi bukan aku pon yang buat. aku suh brader kat tepi meja aku nih buat iaitu . . Pic_014

yes! mak suh brader tuh potong batang *brader tu ckp, “elok² lah sebut. ada plk potong batang!” hihik* dahan tu pulak deknon!! gmbar kat atas tuh lah keratan kaki nya. sian kan! sikit² kena cantas kat aku. maka inilah hasilnya.

teng teng teng!

Pic_015 gitulah uols rupanya. sedih sangat kan.

lepas tu kan *ada lagi sedih ni* , penyakit tu tak ilang lagik la u ols. kuning kehitaman gitu kat bekas dipotong tuh. *uhhhh memang dah sah sangat kan tangan aku panas.*

bila dah jadi hitam cenggitu *sorry aku tak snap lagik, tak sampai hati :P*, aku pon mulah surrender. dan pada suatu hari, sorang kakak HR lalu belakang meja aku, maka inilah hasil perbualannya,

HR: hey U! nape U punya pokok jadi macam tu..

Aku: a’a lah Kak Re**, I pon tatau la. tangan  I panas kot.

HR: siannya kat dia..

Aku *dengan mulut cabul* : Kak, kita tukar pokok nak? Akak tolong jaga I punya dulu, kasi dia hijau cantik², then I amik baliklah. sementara tu, I jaga la pokok akak as I pay U lah.

HR: hmm..ok.

Maka Kakak HR yang memang baik hati tu pon terkedek-kedek lah bawak pokok dia yang sangat maveless u ols kalo banding ngan pokok aku. dengan tanpa segan silunya aku pon bagilah pokok yang dah nyawa² ikan tu.

inilah pokok nya yang maveles tu..

Pic_026

maveless kan daun-daun nya u ols. mak suke. suke apa? suke tgk je lah. nak jaga, belai segala mak tak pandai la deknon. hazab sangat kan ilmu pertanian i kan?

Jumaat lepas aku terpergi ke area meja akak tu & tetiba dia menyapa aku. aku pon dengan secara tidak sengaja,

Aku: Eh, sayang i mana?

HR: tuuu… *sambil menunjuk ke arah pokok aku yang dia jaga*

Aku: Hmm…harap² dia sihat² lah kat sini ye..

HR: U, nanti siram dengan air sejuk ye pokok i tu. nanti dah weekend takkan u nak datang ofis plk kan.

Aku: Ok!

Unfortunately aku kan terEL Friday tu & tak sempat lah aku nak siram pokok dia.

Masuk je ofis pagi ni terus aku siram. tapi bukan dengan air sejuk la, air suhu bilik je. hihik. lepas tu kan *ada lagi cite nih..hehehe*, akak HR tu lalu lagi belakang aku sambil berkata,

HR: U, SIHAT ye nampaknya dia!

Aku: Hah?? *sambil tak paham memula tuh* pastu, OOoo a’a sihat²!

Padahal dia tatau pon aku biarkan pokok dia dahaga weekend aritu.

hikhik.

matilah i.

cemano nak bagi pokok segar-bugar, tak penah ikut apa yang orang suruh kan.

p/s: aku rasa nak pulangkan balik je pokok ni kat akak tu, tak sanggup tgk kalo jadi macam yang aku punya..

Comments

cik_ixora said…
ahahahaha u olsss..lucu laa psl pokok nih...kah kah kah..masuk ward katanya...kah kah kah..mati lah pengsan :P
a m l y n y x said…
hik. koser tau u klasifikasikan pokok itu 'warded'. hahaha. u ols x g mlawatkah? d ampang putri, quarantine room. hahaha.

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta