Sapekah?

Soalan:

sapekah yang tetiba amik EL semalam?

sapekah yang balik ke rumah semula lepas tgk parking kat ofis full?

Jawapan:

Saya.

iye, sayalah.

Ceritanya...

semalam Jumaat, lunch break 2hours. aku kuar dalam kol 12.30noon, pegi HP Fair jap kat SACC Mall check aku nye Celcom BB. sebelom tu tapau Mee Bandung *yang maveles kat S13*. after everything settle kat SACC, aku balik rumah & menikmati mee bandung tu. masa tu dah kol 2.30pm lebih. aku on Internet kat rumah sat, saje berlengah-lengah.

Pastu dalam kol 3.15 barulah aku gerak nak masuk ofis balik *memang sah sgtkan OFIS TU ATOK AKU YANG PUNYA!*

sampai je ofis & as i expected, parking full. tepi jalan pon full *kan aku dah cite aritu, disebabkan sume staff HQ dah pindah sini so parking memang cepat full. sape cepat dia dapat*. 2,3x aku pusing ofis. masuk pagar depan kuar pagar belakang & masuk pagar belakang kuar pagar depan. *biasanya asben aku yang antar, tapi dia ada hal petang tu, so terpaksalah aku pegi ofis sendirik!*

aku pikir-pikir balik apa barang-barang bernilai yang aku tertinggal kat ofis? hmm dua thumbdrives je. aku terus call budak ofis aku, cakap secara kalut-kalut suh bawak turun t/drives tu sbb aku kena amik EL!

maka secara tak sengaja, aku pon terEL lah semalam. balik rumah.

senang kan alasan EL aku.

ada sape-sape braniii nak challenge??

hihihihi.

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta