Nokgeroh?

aku nak sambung sket la psl saman yg aku citer smlm. bukan aku nak kecoh² psl saman tuh. dari entry sebelom ni lg aku nak citer, tapi aku mcm biasalah bila tibe time nak update blog idea aku sume lari lintang-pukang. benci tol! tadi tu alang² teringat, terus aku put down kat kertas. amik ko idea! takleh larik lagi dari aku. hahaha. *kecuali kalo kertas tu ilang mak takleh wat apa la* – hmm kena byk mkn kismis ni… *sigh*

aku tetap NAK berfikiran POSITIF wpun dah disaman..

aku citer kat mama aku ttg saman ni..

takpolah nak wat guano..’nok geroh’ keno..”

apakah ‘nok geroh’?? – thanks to en jamjul for questioned me this!

aku pon terpikir sorang². mungkin ‘nok geroh’ nih ialah ANUGERAH… *org kg aku mmg biasa guna word nokgeroh ni bila terjadi sesuatu yg kurang elok & tak diduga*

tapi kalo diikutkan maksud Anugerah mengikut Kamus Dewan Edisi Empat,

pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain.

so aku rumuskan kat sini mungkin ini adalah Anugerah yang Allah berikan pada kitaorg utk awal tahun nih. jadi tak payahlah anggap disaman sbb tak pakai seatbelt ni sebagai pembawa malang utk tahun yang baru kita cecah 14 hari ni. anggap je itu adalah satu anugerah yang sangat tidak ternilai bagi kita. mungkin dengan anugerah yang kita dpt ni, kita akan lebih berhati².

contoh: dengan ‘nokgeroh’ kena saman tu, kitaorg lebih hati² & dengan cara tu keselamatan kami kat dlm kereta & atas jalan raya juga terjamin. insyaAllah. kalo tak pakai seatbelt, mungkin kalo tereksiden *nauzubillahiminzalik..* risiko utk kita mendapat kecederaan parah tuh lebih ler.. MUNGKIN kalo Allah tak Anugerahkan kami saman tu, kami macam biasa la endah tak endah je pakai seatbelt ni. pakai ttp pakai tapi tidak sesegera skrg la. *skrg ni naik je keta, trus en jamjul remind aku “seatbelt seatbelt” * haha mcm konduktor bas remind tiket² ye*

begitulah ceritanya.

jadi jgn anggap segala kejadian yg tidak elok itu sebagai ‘malang’ kepada korang sume. ada HIKMAH di sebalik segalanya..insyaAllah.

Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan malang dan nahas itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berkata): Ketahui, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf ayat 131)

Dan (ingat) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu pemberian baik dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan kurnia yang diberi Tuhan, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang kurnia-kurnia Tuhannya.” (Surah asy-Syura ayat 48)

jadi itulah maksud org² tua kita especially orang Klate @ Terengganu yg suka guna word ‘nokgeroh’ tu. kalo dulu bila mama aku sebut “nok wat guano nokgeroh dio takdok (meninggal) sbb eksiden..’ aku anggap ‘nokgeroh’ tu macam sesuatu yg amat dasyat, sesuatu yang amat teruk. tapi bila dikaji balik *hihi tak abis² ngan kajian kan aku nih* rupa²nya itulah maksudnya.

tapi mungkin di luar sana ada maksud tersendiri ttg ‘nokgeroh’ ni. depend pada masing² la nak menterjemahkan macamana. tapi bg aku..beginilah pada pendapat aku… *wink*

wallahu’alam.

p/s: jadi aku nanges sat tadi tu bukan sbb  ‘malangnya’ nasib aku, tapi geram dengan kecuaian diri..

hmmmm…

Comments

nuryah said…
aik nor...nok geroh tu maksod dio anugerah ko? wakaka lawak la sero.bukan nok geroh tu mcm takdir ko..ish..k yah selaku ore mix klate n ganu ni pon sero mcm tok pehe plok nok geroh tu gapo..haha...lawak la.
a m l y n y x said…
kak yah..hehe atas masing2 pndapat la..tp mugo nk mikir bui jwpn sesuwei ko en jamjul kan, so tiba2 terpikir "betul jugok..nokgeroh tu klu ikut pkataan betul dio gapo eh??" maka terhasillah anugerah..sbb ado meh. hahah
cik_ixora said…
anugerah saman! ambik u!
a m l y n y x said…
ahahah mak dah terima anugerah itu! u ols ado??

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta