ar.em ku melayang

Awal tahun 2009 ni asben aku membuka lembaran baru dia dengan disaman oleh JPJ. tak pernah sekali pon dia kena saman oleh JPJ, kena saman kat Polis Trafik ada ler. alasan dia kena saman – tak pakai seatbelt. sian jugak aku tgk dia sbb sampai arini dia masih tak puas ati dia kena saman. tambah² lagi, dia disaman kat jalan ‘kecik’ atau ‘kampung’ je. jalan tu mmg tak akan terpikir di logik akal pon JPJ atau Polis wat road block. kejadian tu terjadi semalam, waktu balik keja time dia nak pegi amik aku kat ofc. INFO: ofc asben & aku dekat sajork tak sampai 1km pon, so biasalah kita kan dekat² macam tu tak pakai lagi seatbelt. biasanya lepas amik aku baru la kitaorg pakai. tapi aku nih dah tebiat, naik je keta trs tarik seatbelt. tapi tu dengan keta aku je. bila naik je keta ayah aku, langsung tak ingat seatbelt. boleh macamtu??

apa yang asben aku tidak kurang puas ati tu sbb kena tahan kat jalan macam tu & dia biasanya ‘terlepas’ bab² kena saman ini. ohh no no! bukan menyuap sekeping dua note RM50 okeh, tapi adalah dia kawteam ngan Tuan² tu. tapi itu polis trafik lah, ngan Tuan² JPJ dia tak pernah kena tahan lagik. so, dengan tuan² JPJ ni dia ckp payah sket nak sembang² + Ketua JPJ ada plak kat situ. tapi yang bestnya dia ckp, officer yg menyaman dia tu mintak maap lagik dari dia. motif?? maybe sbb dpn Bos diaorg HAVE TO kuarkan surat saman & sekarang plk musim dioarg buat OPS seatbelt ni. so “setlekan saman ni dalam sebulan, kalo tak naik court ya encik”. itulah katanya.

kat dalam surat saman tu takde plk dia letak baper RM nak kena bayar. aiyoo. balik rumah smlm kelam kelibut la en asben aku call sana sini nak tanya brp ratus biasanya saman tak pakai seatbelt. “RM300!” wahhh lumayan! lepas tau nilai tu, skali lagi dia kelam kabut call kwn² dia, spupu aku yg keja JPJ nak kawteam lagik. kot² la boleh diskaun sket ke. kwn² abg aku cakap kalo pegi JPJ ofis dalam masa sebulan ni, maybe dia boleh diskaun dalam RM150. lega sket en asben. tapi pagi ni, tiba² kazen aku yg sememangnya JPJ bgtau “awal² tahun nih tak boleh sgt nak tolong², tambah² lagik skrg mmg musim kita buat Ops seatbelt. so kalo nak mintak kurang, kena tunggu naik court & mintak masa tu. TAPI buat nya majistret yg handle tu ‘keras’, lagi dia up jadik RM500 lagi naya..”

aku dah nampak skrg ni note RM300 berterbangan begitu sajork. kalo tak boleh aku wat gih jenjalan ke, soping baju ke kan..tapi en asben masih nak ikhtiar. ada satu lagik caranya. nak gih jumpa sendiri kawan *kawan yang bau² bacang je..tapi masa nilah nak carik kan* dia yg keja JPJ. hmm tatau lah aku apa plk jawapan kawan tu. kita tunggu & dengar je lah.

en asben yg sedikit kelam kabut tu bukan apa sbb akhir bulan ni terbanyak nak pakai duit dari biasa. dengan servis keta, tukar tayar *yg dah sampai waktu kena tukar*, nak balik kampung & tetiba nak kena byr saman. bukan sikit plk tu! tapi mungkin bg yg lebihhhh duitnya, tak kisah sgt dengan RM300 tu, tapi bg kitaorg..berkira tuu. plak tuh RM300 utk encik JPJ. owhhhhh.

aku dah tanya abg google, dia bgtau skrg mmg paling minima saman RM300. sama ada polis ke jpj ke.. skrg jpj tgh hangat duk buat ops utk seatbelt belakang tu. kemungkinan besar saman utk tak pakai seatbelt belakang tu bleh cecah RM2000 okeh! mak tak kosser tau deknon sampai 2hibu..

sebagai peringatan dari aku..

1. korang pakai la seatbelt samaada driver ke, co-driver ke, duk belakang ke.. pakai je

2. w/pun korang baru benti kat kedai & rumah korang kat atas kedai tu & korang masuk keta utk g parking je..tapi pakailah seatbelt. mana tau abg² JPJ nyorok belakang pokok kat situ. mana tau kan?

3. malang tak berbau. mmg takde bau sgt. tiba² je malang tu muncul.

4. BERINGAT lah sebelum KENA.

5. berhati² di jalan raya. *kalo pakai seatbelt pon, tp drive laju macam pelesit tak ado guna jugak okeh*

 

p/s: mak nak nanges sat uwaaaaa

Comments

nuryah said…
adoi...siannye kena saman..byk tu 300.buleh soping sakan doh tu..ish.sabar jelah.

org tua ok la lagi nak suruh2..anak kecik 2tahun lebih mcm adam ni mana reti duk diam2 dlm kete...huwaaa..
a m l y n y x said…
kak yah tuh la psl leh soping byk dh kalo kat nilai tu dih..;)
huhu marilah kita pakat nangis jemaah sbb duit nak 'hangus' ni kejap jah.. uwaaa

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta