Jumaat itu..

last Friday, aku balik keja sorg². en asben tak balik skali sbb dia ada keja lagi & kena balik lambat. so aku dengan perasaan yg sangattt mengantuk petang hari Jumaat aritu drive balik la sorg². sangat lah mengantuk ok! tak penah aku mengantuk tahap cipan mcm tu sebelum ni kat ofc.

aku drive aritu dalam keadaan yg jem pon tahap hazab mmg lalok² je. ngantuk betul! tatau nape?? lepas berhempas-pulas dengan perasaan mengantuk dan jem yg gila tu, akhirnya lepas 40mins aku selamat jugak sampai kat rumah. *alhamdulillah* INFO: rumah ke ofis aku hanyalah 6Km sajork okeh!

masuk parking, aku nampak 2 buah Van MPSJ. lebih 5 orang staf MPSJ kat situ sambil membawa senapang fogging. aku mls nak layan orang macam kecoh² kat situ. aku jln je terus naik rumah aku. bukak je pintu rumah, aku dengar ada annoucement *maybe dari MPSJ tu*. tapi aku macam biasalah payah sket nak amik pot announcement nih. dalam ati aku “ahh dia nak suh org² yg kat playground tu duk tempat yg selamat la tu time kena fogging jap lagik”. aku pon tanpa byk soal masuk rumah, salin ofc attire to housewife attire *hahaha*, masak nasi *sbb asben SMS aku bgtau nak mkn nasik goreng mengantuk – nanti aku buat spesel entry ttg nasik goreng ni..hehe*, & rebus air. aku pon prepare dinner aku yg sangat simple Nestum with lowfat milk. gituu. belom sempat aku menyuap dinner aku tuh, aku dah dengar ‘senapang’ fogging tuh menyembur kat luar rumah aku. sgt bising! aku masih buat tatau! tiba² berkepul asap masuk rumah aku. aku boleh buat selamba je lagi sbb bukan aku tak penah experienced kena fogging ni, masa duk rumah sewa dulu salu je kena fogging tapi aku slamber je duk dalam rumah ngan osmate lain. tapi asap masuk ke rumah aku kali ni berbeda amat!

aku mula panik. tp aku cool lagik. aku larik masuk bilik belakang sbb kat situ aku pikir takde asap akan masuk.tapi aku rasa itu bukanlah tindakan bijak. aku kuar balik dari bilik tu. tetiba asben aku muncul kat pintu depan. “KUAR KUAR!!” aku panik. dah takde dah cool² nih. dengan housewife attire aku yg sangat seksi *tidak boleh didedahkan okeh* aku cepat² amik t-shirt tido aku yg sememangnya ada kat sofa & memula aku nak je pakai shortpant yg ada kat situ, tp mak masih waras. aku masuk bilik, amik suar trek. aku dah lupa nak capai tudung kat mana. aku sambar je towel yg ada. aku kuar rumah, & sempat lagik aku kunci grill sgala. hahaha matilah hangus terbakar kalo kebakaran betul! aku dah tak nampak asben aku. mybe dia dah larik turun bawah. aku pon dengan selamba larik² ayam meredah asap yg mmg tebal gila, larik turun bwh jgk guna tangga tengah. mujurlah aku duk level 1 je. so mmg aku naik-trn tangga je masuk rumah. jarang bebenor la guna lift. turun kat bawah tu, aku pegi kat parking belah kiri. tak ramai orang kat situ.

pastu aku pon mula lah perasan towel aku. hahhaa. harap² tak ada orang pasan la aku nih rumah mana. tak penah² nih aku kuar dari rumah aku pakai towel.ala² makcik² nak beli sayur ngan van sayur je ini. hik. asben aku lgsung tak jumpa. maybe dia turun tangga tepi. pastu aku nampak keadaan dah reda, aku pon naik balik rumah aku.

over taww fogging area rumah ni. tak pasal² aku kena feeling kecemasan dalam kebakaran. kalo kat ofis, aku nih one of ERT *Emergency Response Team* member. aritu kat ofis aku dah buat fire drill, so aku ditugaskan jadi ‘Doktor’. mujo lah tadi tu masa fogging aku tak buat² pengsan, kalo tak ada ke ERT kat rumah aku nih?? hmmm…kena bg cadangan ni..hihihi

mengantuk aku tahap gaban tadi tu pon ilang dengan serta-merta gara² Encik² MPSJ datang menyerang…

begitulah cerita hari Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta