pesan ayah

aritu masa on the way nak pegi jumpa paed d Mutiara D’sara, daddy bukak radio ikim. jadi sempatlah aku dengar & amik faham kuliah yang berkumandang masa tu.

 

details dia aku lupa. aku citer apa yang aku paham je la ye.

 

kuliah tu berkaitan dengan pesanan ayah.

 

seorang ayah ni seorang businessman berjaya berpesan kepada dua orang anaknya - Abang & Adik bagaimana nak berjaya dalam perniagaan.

 

tetapi selepas ayah mereka meninggal, ibu mereka nampak business si Adik semakin teruk & business si Abang pula semakin berkembang maju.

 

ibu mereka pun bertanya pada si Adik.

 

Ibu: Kenapa Ibu nampak business Adik ni makin hari makin jatuh?

Adik: Adik ikut pesanan ayah lah adik jadi macamni.

Ibu: Pesanan macamana?

Adik: Ayah berpesan dua perkara.

 

1) JANGAN mengejar orang yang berhutang dengan kita – jadi adik tak mengejar @ tak meminta balik semua hutang² orang yg berhutang tu. sehinggalah makin hari duit utk diri adik & utk business pun makin susut.

 

2) JANGAN terkena cahaya matahari sewaktu pergi menjalankan perniagaan mu – jadi Adik naik teksi sebab taknak kena cahaya matahari. kalau berjalan, mesti kena matahari. jadi lagi la kos perbelanjaan adik meningkat sebab kena bayar tambang teksi.

 

 

Selepas tu, Ibu itu pergi pula bertanya kepada Abang.

 

Ibu: Ibu nampak business Abang ni makin hari makin untung. Apa rahsia Abang?

Abang: Abang taat dengan pesanan ayah lah jadi macamni.

 

Ibunya mula hairan. yang si Adik pun ikut jugak, Abang pun sama. tapi kenapa hasilnya lain-lain.

 

Ibu: Pesanan macamana?

Abang: Ayah berpesan dua perkara.

 

1) JANGAN mengejar orang yang berhutang dengan kita – jadi Abang buat keputusan semua pelanggan Abang perlu membayar tunai. jadi tak perlulah abang mengejar orang² yang berhutang tu…

 

2) JANGAN terkena cahaya matahari sewaktu pergi menjalankan perniagaan mu – jadi Abang keluar sebelum matahari terbit lagi & pulang ke rumah selepas matahari terbenam. Jadi kedai Abang la yang akan menjadi kedai pertama dibuka & terakhir ditutup.

 

Moral of the story? aku rasa korang semua faham la kot kan.

 

tak semua apa yang kita cakap, orang faham benda yang sama.. & tak semua apa yang boss (eh nape tetiba berkaitan dengan boss plk ni?) cakap, semua paham yg sama.

 

lain otak, lain² interpretation dia.

 

jadi think positif <—ada kena mengena ke? Big Grin

Comments

along79 said…
Bagus-Bagus cerita yg banyak pengajarannya

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

benci.bilang.cinta

nasi berlauk kelate, anyone?