aku…

2006

 

Dear Diary,

 

aku dilahirkan di salah sebuah negara di Eropah.

 

tak lama lepas tu aku tak tau naik apa jenis kenderaan, aku dah sampai di Malaysia.

 

maka bermulalah kehidupan aku di negara yang bernama Malaysia.

 

aku ditempatkan di kawasan pada mulanya bagi aku bahasa yang diaorang gunakan adalah sedikit asing bagi aku. sepatah haram aku tak paham.

 

tak sampai sebulan aku di tempatkan di situ, tetiba ada seorang perempuan berhenti betul² depan aku & berkata kepada tuan ku yang dia berkenan dengan aku. selepas beberapa minit, aku diserahkan kepada perempuan itu.

 

ahh sudah! nak ke mana lagi aku kali ni?

 

ohh aku dibawa ke rumah perempuan itu.

 

perempuan itu sangat menyayangi aku. ke mana sahaja dia pergi, dia mesti tidak lupakan aku. dia memang sangat sayangkan aku. beberapa kali dia berpindah rumah pun, dia memang selalu membawa aku bersama. dan yang paling istimewa, dia tak pernah meletakkan aku merata². kalau di dalam kereta, tempat aku lah yang paling selesa & paling selamat berbanding yang lain.

 

pada tahun ini (2010), sekali lagi tuan aku itu berpindah rumah. aku amat sukakan rumah baru ini kerana size nya yang besar membuatkan aku lagi selesa.

 

pada suatu hari, sewaktu tuan aku keluar bekerja & aku sedang berisitirehat di ruang tamu, tetiba aku terdengar sesuatu bunyi aneh dari tingkap bilik belakang rumah itu. aku diam seketika. tetiba muncul seorang manusia yang tak pernah aku kenali & tak pernah aku jumpa meluru ke arah aku & memegang aku. aku meronta-ronta, tetapi tiada siapa yang dengar & peduli.

 

aku diheret dengan kasar. aku menangis. aku teringatkan tuan aku itu. aku sayang pada nya. aku rasa aku tak puas lagi berbakti kepadanya. tetapi lama-kelamaan, aku rasa mata aku berpinar. hitam. kelam. aku tak tau apa jadi lepas tu.

 

maka berakhir lah kisah kehidupan aku dengan tuan perempuan yang sangat aku sayang itu.

 

kini aku tak tahu aku di mana. aku rindukan tuan aku…

 

uwaaaaa…

 

inilah aku….sebuah laptop.

 

 

***********************************************************************

 

uwaaa. mak sedih noks! rumah mak dipecah!

 

laptop kesayangan & sebiji handphone hilang!!

 

tapi, Alhamdulillah aku & jamjul tak de kat rumah pada waktu kejadian.

 

*sob sob*

 

Paptop (panggilan manja pada laptop ku), jangan lupa kenangan kita ok. i love u soo much. banyak kenangan aku dalam tu. owh!”

 

durjana sungguh engkau wahai penyangak!!

 

p/s: ye. mak banyak propah kat atas² tu, kat bawah² tu adalah cerita benar sekali.

 

 

Comments

MAMAFAWWAZ said…
sabar yer noor..ada hikmahnya..hikmahnya dapat laptop baru...

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta