friday & kisah Razif

its Friday!

suda lama oke tak kerja hari Jumaat. makanya aku rasa minggu ni terlaluuuuu la banyak hari yang perlu aku bangun pagi, mandi pagi & pergi keja.

 

tapi disebabkan tahun masih baru & semangat fresh lagi, jadi aku tak kesah & pepagi takde niat pun “erghh malas nya nak gih keja!” *lol*

 

& untuk minggu ni, aku dengan berjayanya punch in before 8.30 am. lalalala. tapi malas komen banyak, lebih² komen kang mula la start minggu depan rutin biasa masuk kol 9 kan. biarkann.

 

salah satu dari azam 2010 aku adalah nak balik keja on the dot! pukul 5.30 dah punch-out. jadi untuk merealisasikan cita-cita ni aku mesti ler datang on the dot jgk kan ;)

 

*************************************************************

 

ada satu stori yg aku baru dapat tau dari kakak aku.

 

kawan baik aku masa kecik dulu sorang boy (juga jiran aku) *haruslah hensem kan* telah meninggal dunia. nak kata sedih, biasa je lah sebab almost  17 years tak jumpa dia. last jumpa masa umur 10 tahun. oopss! pec lobss brp umo mak skrg! lepas jumpa dia masa darjah 4 tu, depa balik pakistan & mmg depa keturunan asal kat sana.

 

lepas tu ada jugak dengar diaorang dah balik ke malaysia. aku & adik beradik aku pun ada tercari-cari jugak. cari pun takdelah sampai kuar tv, paper bagai kan. sekadar cari dengan air liur je. hiks.

 

& last week masa New year, sembang² dengan kakak aku, masa tu ler kakak aku cakap ‘kekasih kecik’ aku dah meninggal. memula memang terkejut! sebab nak sangat jumpa dia masa dah besor ni. cemana la rupa dia. mesti hensem sebab masa kecik dulu pun aku dah rasa dia hensem dengan idung terpacak macam tu. iyolah kan, orang pakistan. mesti ala salman khan dah tu. aku risau jugak kot² la jumpa dengan dia sebelum kawen dengan jamjul dulu. hahhaha. ooops! apekah??

 

bila tau dia meninggal tu terus aku cakap kat kakak aku, “mujo aku tak tunggu dia kan kak? kalo tak single lagi la aku duk tunggu dia.

 

aku sebenarnya nak sangat jumpa dia masa dah dewasa ni. nak tau dia ingat lagi tak kat aku. tapi nampaknya tak akan kesampaian ler. *sob sob*

 

aku nak pegi cari daddy & mummy dia la katanya berniaga kat Nilai & Cheras. mak bapak dia dulu memang amik aku sebagai anak angkat diaorang sebab masa tu diorang takde anak pompuan. memang dia suka bawak aku jalan² pegi rumah sedara mara dia yang hidung semua nya terpacak tu. baju² gown, skirt etc aku dapat free je masa kecik² dulu. mak aku salu cakap “buat malu je pegi ikut derang jalan². semua orang idung terpacak, tup² ada sorang ni idung kemek!” hehehe

 

mana tau kalau dah jumpa mak bapak dia tu, aku boleh tengok gambar dia ke sebelum dia meninggal. kan?

 

al-Fatihah untuk arwah Razif Rauf.

 

 

p/s: tetiba rasa sedihhh la pulakk

p/p/s: kenal lagi ke mak bapak dia ngan aku? budak idung kemek ni?? haiihh

 

 

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta