musim keropok!

bermula dari minggu lepas, ofis aku dah berbau ikan. hari² orang makan keropok. kiri kanan belakang depan. ada je bunyi kruk krak kruk krak. termasuk lah aku. aku tunggu berapa hari aku boleh tahan makan keropok ni sebelum aku muntak keropok. 

alkisahnya ada la sorang hamba Allah yang pandai cari duit lebih kat ofis ni *aku salute betul dgn orang macam ni*, goreng2 keropok, packing dlm 15-20 kpg keropok keping bulat tu & jual rm1.20 sebungkus. sangat menjadi pujaan ok. aku tengok dalam sehari kalo dia letak dalam 10-15 bungkus tu, memang abis. hari2 tokey keropok tu topup. imagine 15 bungkus seha200px-Keropokri, rm1.20x15=rm18.00. modal tak sampai pun rm10. tolak harga gas, harga keropok, plastik tu ada la dlm rm5-6 je. balance dalam rm12. rm12x30hari=rm360. ini secara kasar je lah. sape nak kasi ko rm360 buta2 sebulan? eh nape plk aku ajar maths kat sini?

pagi2 @ sebelum lunch, tak ketara sangat aktiviti beli-membeli keropok ni. lepas lunch lebih kurang bermula jam 2ptg, mula la orang tu beli, orang ni beli. dah la skrg winter musim hujan. sejuk2 mudah la lapar. bermula kul 2pm tu jgk la kruk sana krak sini. lagi bersemangat katanya nak buat kerja. tangan duk menaip chatting kerja sama laju dengan mulut mengunyah.

nih pun aku tengah kunyah keropok sambil buat belog entry. terus ada idea katanya bila makan keropok ni. bagus lah keropok ni. genius betul! so kepada sesapa takde idea macam aku nak update belog, silalah makan keropok :D

 

p/s: aku dengar² ramai bdk ofis aku yang nak cabut sebab re-org. hehe. selamat menempuhi alam yang penuh ‘keajaiban’ la kepada sesapa yang ‘berjaya’ duk bawah General Hospital. hikhik

Comments

MAMAFAWWAZ said…
makan kepok time hujan memang best....
a m l y n y x said…
hehe lebih2 lg kepok hok ore lain grg. best2 :P

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

benci.bilang.cinta

nasi berlauk kelate, anyone?