al-Kisah di Pizza

semalam aku lunch kat Pizza Hut  Subang Parade. aku biasanya kuar dengan adik-adik kat ofc ni. awal bulan je berjalan je keja derang. aku ikut jugak, tapi tak selalu la. malaih+banyak keja kat ofis. biasanya derang kaki McD *bilalah betul² nak boycott mcD ni??*, tapi hari ni gih pizza plak. aku zasss je.

sampai je kat sana, kitaorang tengok menu & panggil waiter tu bila dah decide nak makan apa. aku dah lama mengidam kempunan nak makan spaghetti meat ball. amik lunch set rupanya ada promotion skrg. dalam set tu ada spageti+mushroom soup+garlic bread+pepsi drink. aku jenis bangsa tak minat minum air² gas ni, so aku ckp la kat member² aku tu nak plain water je. masa budak waiter yang aku tgk kat nametag dia ‘Trainee’ tu datang amik oder, ada lah sorang member aku nih pompuan dan masih adik-adik sound kat waiter tu masa aku cakap nak plain water,

..a’a akak ni peknen so sebab tu lah dia nak air kosong je..”

maka derang yang lain pon gelak lah ramai² *aku pon same lah gelak* tapi aku cakap jgk kat depa tu “amin..”

cite tu bukan sampai situ je rupanya deknon.

lepas setle makan segala tu, mushroom soup tak sampai² jugak lagik, kitaorg pon panggil balik waiter tadi,

dik soup mana?”

maaf miss, soup tengah masak tunggu kejap ye..”

kitaorang hangguk je. lepas 10 minit tak sampai lagi, kami panggil lagi budak tu,

maaf miss, lagi 14 minit..”

hangguk lagi kitaorang, dah lebih 14 minit & tetiba aku nampak periuk besar kat atas kaunter dapur derang, aku pon cakap la,

sup dah siap la tuh kot”

kitaorang pong suh la si budak waiter tu tengok kat dapur dia. tiba-tiba dia datang,

sorry miss, another 30 minutes to wait”

eh kenapa???” kitaorang dah mula bengang.

s***ting ***ong **ell ******** *oup..” dengan lajunya minah tu cakap.

apa??” aku tak paham terus terkuat suara.

soup tu bau tak elok sebab tu kita takleh nak serve lagik..” 

iyolah tau la ko keja kat Pizza Hut, tak semua customer ko paham terms yang ko guna & jangan la speaking laju gila. dah la suara pelan, laju & tah hapa² (ahhh mak marah ini!)

lambat lagi ni. okelah macam ni, kitaorang bayar je lah, tapi soup taknak bayar voleyyy??”

aku bagi cadangan. berkira okeh. dah la buat kitaorang bengang, serve-your-right la kan. seperti kata pepatah ‘Customer Always Right’. dia pon pegilah ke kaunter, maka datanglah semula ke meja kitaorg..

oke boleh puan. sorry ye puan, puan pon peknen kan..” dengan selamba dan tidak bersalah dia berkata. *ahh motifff??*

aku nganga sat. kawan-kawan aku lain dah bantai gelak sampai merah muka, aku baru ‘tertangkap’ aku pon angguk… “iye.” aku jawab sepatah.

hahahaa lawak betui la budak waiter ni. patut la aku terkuat suara ke apa ke kat dia tadi dia wat bodo je sebab ‘pompuan mengandung memang garang kan.’ hihik.

koserr tawww budak-budak ini!

apa-apa pon “Amin Ya-Rabbul Al'-Amin” atas semua jenaka di atas. semoga jadi kenyataan.

**logik ke pompuan peknen pakai jeans hah?? kwang³.

Comments

cik_ixora said…
kah kah kah u olsss..lawaaaakkkk...tp amin..doa tu u ols! smoga jd kenyataan..
ehhh pompuan peknen leh paka jeans, super low occay dek non ;)
a m l y n y x said…
hik. over taw pizza staff itu. kalo u ols ada skali pon sure terbahak2 oke tgk keletah budak itu. hik. sian dian.
aminn ya rabbal al-amin kan..hmm

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta