Memori..

last week aku pegi amik semua kotak dan buku-buku yang aku simpan kat rumah kakak aku di gombak. kakak aku & family dah nak pindah duk kampong for good. so nak tanak aku kena g amik jugak sume barang-barang aku. plan nak g amik tu dah lama, tapi masa salu takada. bila dah jadi mcm tu barulah kalut pegi amik.

weekend tu baru aku sempat belek-belek balik apa benda dalam kotak, plastik yang aku amik tu. banyak la jumpa kenangan-kenangan lama samaada kenangan cinta cintun ngan jamjul & kenangan masa belajor. rupa-rupanya banyak bonar memori best-best masa dulu aku dah delete dari memori aku. dalam duk membelek tu, tetiba aku terjumpa satu diari. diari?? alamak, kantoi! dalam diari tu takde apa pon yang rahsia-rahsia, aku just stori aku wat apa dalam satu hari tu. kalo tak silap aku diari tu thn 2004 & masa tu aku belajar di shah alam part 3 & 4 mcm tu la.

yang bestnya dalam diari tu,

"...sleep late at 5am..."

terkojut den! rupanya aku memang sangat tidak normal masa belajor dulu. hihi. bukan sekali dua plk tu, hari-hari aku tulis tidur kol 5am,. pulak tu bangun kol 9am, sbb nak gi kelas plak. ptg kadang ada kelas, kadang takde. kalo takde aku kuar dating ngan jamjul plk kalo dia takde hal. balik hostel dalam kol 9 @ 10 pm. bukan terus tido. mandi, solat, basuh kain *aku tak suka kalo baldi aku ada kain* & wat esaimen. kol 5 am baru la tido. ahhh gila sangat kan!

patutla ada sekali tu masa kat kampung masa cuti semester & pada bulan pose, aku langsung tak boleh tidor malam. aku wat macam-macam la malam tu, tgk tv, layan intenet, main game. lepas sahur & subuh barulah reti tido. bukan 1 malam je, kat sebulan bulan pose aku jadi camtu.

kalo macam ni, tak kekok la kalo aku gih duk US ke mana-mana tempat yang beza 12jam dari M'sia kan. normal la aku kat sana. itu je sebenarnya nak cite, i sesuwei duk obersee je. *ahhhh larikkkk*

dan patut lah skrg kalo weeken je tabiat aku tu tak leh ubah lagi, asben dah tido pon aku layan tv lagik kol 2,3 pagi *awal la sket dari 5am kan*. kadang-kadang tertidor terus kat living. elok sangat kan, asben tidor lam bilik, bini dia terlentang atas sofa kat luar. jadi guard katanya. hik.

alkisahnya si kaki tido lewat.

sekian.

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta