Lailatul Qadar..

bercerita pasal Malam Lailatul Qadar, aku tiba-tiba teringat satu cerita yang agak bingai masa aku sekolah dulu. *thehehe*. bukanlah aku maksudkan malam 1000 malam itu bingai (nauzubillah..), tapi aku sendiri yang bingai.

aku tak ingat kejadian ni bila. tapi aku rasa masa aku lower form la. aku ni budak sekolah asrama. so boleh balik kampung 3 / 4 minggu sekali saja. kebetulan waktu kitaorang leh balik kampong tu bulan puasa. so seronoklah ni kan boleh berpuasa & bukak puasa kat rumah.

aku nih plak bangsa yang memang dari dulu lagi tak reti nak tido awal macam orang lain. pukul 12.30malam tu mata aku segar-bugerr lagi. so, nak dijadikan cerita malam tu aku konon nak stay lewat lagi ler nak tengok movies kat tv. sume family members aku yang lain dah tido. so sorang-sorang la aku tengok tv kat living room tu. sebenornya aku ada jugak rasa takut-takut, tapi bila aku pikir sume setan kena ikat bulan posa ni, so aku tak kisah sangat la. rumah aku plak jenis sliding door. tp antara pintu tu tak berapa nak rapat, so adalah ruang-ruang sikit antara pintu tu untuk aku intai keadaan di luar rumah aku. (tak luas pon ruang tu, kecik je).

aku pon mula lah layan citer dalam tv tu. masa aku baru nak feeling syok tengok tv, tup2 aku rasa macam nak tengok je ke arah pintu rumah aku tu. bila aku terpandang je ruang kecik tu, aku memang terkejut beruk sangat sebab aku nampak ada kain putih ala-ala jubah duk dekat ruang kecik tu. dua tiga kali aku tengok, tetap sama. aku mula la gelabah. perkara pertama yang terpikir dalam kepala aku masa tu "arhh..lailatul qadar kah???!!" aku buat-buat tak tau saja, kononnya taknak pikir bukan-bukan la dan nak layan lagi tv. tapi dalam masa sama, aku terpikir lagi. "eh ustaz kata malam lailatul qadar ni akan dirasai oleh orang-orang yang baik-baik, betul-betul beriman dengan NYA saja. tapi aku?? terawih pon aku tak buat tadi..aishh". (tapi jujurnya aku gembira amat sebab AKHIRNYA aku jumpa jugak ngan malam yang sume orang Islam impi-impikan tu..) aku mula tak nak pikir panjang, terus aku cepat-cepat off tv dan lari masuk bilik (aku pon tak sure bilik mana aku masuk masa tu, samaada bilik aku atau bilik mak ayah aku..=p). so, aku plan taknak la cite kat sesapa pon. *kononnya biarlah aku sorang je jumpa malam tu..*

pagi esoknya, mak aku kejutkan aku sahur. aku bangun macam biasa, tapi masih teringat kisah malam semalam. tapi aku diam kan je. sambil makan nasi, sambil aku pikir. aku rasa tak best plak kalo aku tak citer kat mak aku. terus aku ckp kat mak aku "Ma, smale N** jupo lailatul qadar." sungguh yakin aku memberitahu. mak aku memang terkejut gila la. "heh??gapo. jupo lailatul qadar?? guano bulih jupo tu" dalam pada mak aku terkejut tu, dia masih boleh lagi senyum-senyum nak gelak kat aku. ye lah, mungkin dia pikir anak dia buat lawak. mungkin dia pikir betapa ceteknya akal anak dia. aku dalam keadaan serius terus bercerita "sunggoh nih n** tengok smale. napok kot celoh pitu tuh." ayah & abang aku yang mulanya tak amik pot, terus berminat nak dengar cite aku. "yeo, smale kuci dok gate bowoh?" ayah ku tanya pada abang aku. mungkin mak ayah aku anggap 'lailatulqadar' yang aku maksudkan adalah penyangak-penyangak yang aktif bergerak pada malam hari. mak aku pon suruh la aku cite detail sket. aku pon dengan penuh yakin bercerita.

abis je cerita aku, semua terdiam. abang aku kata "xpo ah, nati lepas sahur ni yeo g tgk la keliling rumoh kot ado gapo-gapo". lepas je makan nasi, abang aku bukak pintu belakang. tujuan dia macam biasalah nak smoking kat luar rumah. masa dia tengah smoking tu, tetiba dia kata "eh gapo tuh gerok-gerok??" aku dah mula panik. mak aku cepat-cepat pegi kat tempat abang aku. tiba-tiba mak aku ketawa. "hoh. lembu. dey lembu Che Senah nih!" huh??aku terkejut. mak aku sambung lagi "eh mama raso smale mama kuci pagar bowoh awal lagi. takdok gapo-gapo pon dale kawase rumoh maso tuh" aku lagi terpinga-pinga & pergi jugak kat luar rumah tu.

yes! aku tengok ada sekor lembu dengan nyamannya meragut rumput dalam kawasan rumah aku. ayah aku yang masih kat meja makan sudah ketawa berdekah-dekah. abang & mak aku pon sama. "hoh nih la lailatulqadar mung!" kata abang aku. "yeo, g ambat lembu tuh, pah kuci smula pagar" aku diam je masa tu. masih bengong dengan apa yang terjadi. aku amati betul-betul adakah lembu tu berwarna putih?? takde pon. lembu tu mcm lembu biasa yang lain saje, kaler koko.

lepas beberapa detik barulah aku turut ketawa. hihihi hauhau hahaha muehehe gila lah! lembu disangkanya lailatul qadar. keji sangat kan.

sampai ke saat ini pon kalo isu lailatul qadar diutarakan, ahli keluarga aku masih memperli aku tentang kejadian tu.

dan sampai sekarang pon aku masih terpikir lembukah yang berwarna putih itu atau apa??hmmm..

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab:
لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi
pada bulan
Ramadhan, yang
dalam
Al
Qur'an
digambarkan sebagai malam yang
lebih baik dari seribu
bulan. Dan juga
diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang
keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada
Surat Al Qadar,
surat ke-97 dalam Al Qur'an.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya
malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini
berdasarkan
hadits dari Aisyah yang
mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di
sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah
malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" "
(HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Marilah kita sama-sama mencari malam yang istimewa itu pada 10 malam terakhir
ini...insya Allah.

Note: Malam Lailatul Qadar itu biasanya dapat dirasai, bukan dijumpai macam kejadian aku nih..hee macam-macam la kan.

Selamat Meneruskan ibadah puasa!

Comments

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta