takziah

“salam takziah aku ucapkan kepada kedua² keluarga sepupu belah aku & belah jamjul di atas kehilangan insan tersayang pada 09 July 2010 (Jumaat) hari tu”

 

nak dijadikan cerita, Khamis malam Jumaat tu aku rasa tak sedap badan. sebelum tido tu pasrah je la kalau bangun pagi esok rasa sihat, aku pegi keje. kalau tak… hehe pegi klinik. amik MC :P

 

pagi Jumaat tu aku terjaga awal dalam pukul 7am (awal katanya) sebab Mama call. aku dah mula tak sedap hati. kalau mama @ family members aku yang lain call awal² pagi @ tengah² malam buta..memang ada something wrong somewhere which is more to ‘khabar tak baik’ la. sebelum pick-up call, jamjul dah bisik “abang nasir dah takde”.

 

aku dalam mamai tak mamai tu paham ngan tidak je bisikan jamjul. tp aku bersyukur la jugak sebab mama call bukan sbb ayah aku @ sesapa family terdekat aku yang tak sihat.

 

rupanya abang sulung aku dah sms dalam pukul 6am bagitau sepupu aku yang dikenali dengan panggilan Abg Nasir dah meninggal dunia dalam pukul 4am. surprised jugak sebab dia takde lah tua sangat. dalam 50’s kot. & orangnya gagah perkasa lagi. dan dia antara orang ‘kuat’ mak aku suka mintak tolong kalau ada apa² hal kat kampung sana. & dia meninggal pun takde sakit² apa pun.

 

dan yang sedikit menyayat hatinya, petang sebelum arwah meninggal tu, anak lakinya baru je akad nikah. plannya Jumaat berarak ke rumah pengantin perempuan & Sabtu majlis menghantar menantu kat rumahnya. tapi Allah lebih sayangkannya….

 

lepas je cakap dengan mama, jamjul tunjuk SMS di handphone dia. SMS dari mak mertua & abang ipar aku mengatakan sepupunya juga dah meninggal dunia pada jam 2am. masyaAllah.. Maha Besar Allah. pada masa & hari yang sama, aku & jamjul telah kehilangan 2 orang ahli keluarga.

 

kami terus bangun, solat Subuh & bersiap² nak pegi melawat arwah sepupu jamjul yang akan dikebumikan di Kota Damansara, Sg Buloh.

 

walaupun aku tak dapat balik melawat jenazah sepupu aku, tapi aku harap doa² & bacaan Yassin yang aku baca pada waktu aku melawat jenazah sepupu jamjul tu sampai jugak padanya.

 

semoga kedua² arwah ditempatkan dikalangan orang yang Soleh & Solehah di sisi Allah SWT.

 

al-Fatihah….

Comments

Ummi Humaira said…
salam Nor...

masyaAllah , rupa2nya kita sama2 kehilangan org2 yg tersayang..

mudah2an mereka bahagia dan tenang di sana....
a m l y n y x said…
Salam kchaq,

ya kita telah sama2 kehilangan org tersayang pada hari yang sama.

amin, semoga mereka bahagia di sana..

al-Fatihah...

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta