the Drama is inFront of me!

Amaran: Entri kali ni akan terpanjang daripada biasa & memboringkan. Sila takpayah bazir masa untuk baca entri ini sekiranya tak berminat. Terima Kasih.

_________________________________________________________________

bukan cite SpaQ atau cite cintan-cintun yang aku nak stori. tapi cite ttg…

‘Orang Kaya Yang Dilupakan Anaknya Bila Dah Jatuh Miskin’.

ahh panjang oke tajuk. ala² cite kat tv9 tu, apa kenama…sat aku pk.

…………………………………………………………………………………………

sirius nih aku lupa apa nama slot citu tu. ala cite ahad malam senin tu kol 10.30 malam kot kalo xsilap cite indon yang insaf² tu. awal² jahat kemain lagi derang, last² sure insaf+taubat. apa² je lah kan. *kalo korang ada tgk lah*

ok sambung balik cite aku tadi yaitu…

‘Orang Kaya Yang Dilupakan Anaknya Bila Dah Jatuh Miskin’.

asben aku nih ada sorang member. nak kata member sgt pon tak jgk, dia dah level Uncle ngan kitaorang. tapi baik jgk la ngan kitaorg. aku namakan dia Uncle X dah la ye. dia ni kontraktor & memang kaya raya mewah bagai. tapi tu dulu. skrg dia miskin papa kedana sangap dan seangkatan dengannya. *aku bukan nak mengata dia, nak bgtau betapa tak berduit nya skrg dia ni*

dulu² kalo time kwn² dia yang lain sangap, mmg cari Uncle X ni lah nak pinjam duit ke, pinjam kereta ke apa² la. Uncle X ni memang baik. pemurah la orang kata. kalo stakat belanja makan kat Hotel Concorde tuh bagi Uncle X small de matter sangatlah. pastu dah lama kitaorang tak jumpa Uncle ni dan tetiba last week asben aku terjumpa Uncle ni dan Uncle ni ajak pegi rumah dia. kat mana? rahsia la ye.

cerita punya cerita sembang bom bang bom bang, tetiba Uncle X ckp kat asben aku,

ko nak beli tak rak tv ngan tv kat rumah aku ni??”

asben aku pelik la kan. pasai pa plk??

barulah Uncle X ni cite dia skrg takde projek. sume projek dia dah bungkus. banker hari² call, keta dia 3 biji dah dia sembunyikkan, pendek kata memang sangap de very la skrg. *dia start sangap lepas pilihanraya dulu – lps kerajaan bertukar*

asben aku taknak la beli tv & rak tu sbb kat rumah pon ado & kami pon bukanlah terlebih duit sgt nak beli benda² yang dah ada kat rumah tu kan. pastu asben aku pon tolonglah tanya kawan² lain kot ada nak beli barangan 2nd hand. ramai yang taknak lah kan sbb ramai dah ada barang² tu sume, + kalo beli yang baru pon murah² je skrg.

disebabkan asben aku skrg dah jadi FTHH a.k.a maid aku *wink*, maka dia selalu lah jgk pegi rumah Uncle tu utk tolong dengar Uncle tu merintih ke apa ke. ye lah nak tolong benda alah lain tak mampu kan. kawan² Uncle tu yang penah dia tolong dulu semuanya dah diam, wat tatau etc lah. asben aku dulu walaupon baik ngan Uncle ni tapi taklah tau detail peribadi dia cemanakan. skrg bila dah jadi macam ni, dia pon cerita lah sikit demi sikit.

Uncle X cite dia ada anak 3 orang dan semuanya berjawatan besar & mewah. tapi bila dah jadi macam ni, anak² dia tak pedulik pon dia. kenapa??

sebabnya dulu muda² dia belajor kat Indon & kahwin dengan orang sana. lepas beberapa lama tu dia balik Mesia & ceraikan isteri sana & kahwin plk dengan orang sini. *dia cerai yang sana dulu & lamaaa lepas tu barulah kahwin ngn orang lain* tapi nafkah anak² dia tetap bagi sampai lah anak belajar masuk U semua. dengan isteri sini plak dia tak ada rezeki utk dapat anak lain.

so bila dah jadi macam ni anak² taknak langsung tolong bapak depa & boleh plk buat alasan ‘biar bapak rasa macamana kita susah dulu’. boleh ke macam tu? yang bapak ko kasi ko duit wat makan, belajar dulu apa kejadah namanya tu?? kalo ko taknak hulur banyak, sket pon jadilah. janji lepas bapak ko nak makan. cemana sekalipon ko benci dia, dia TETAP bapak ko! *anak dia baca ke blog aku?? hahaah. ter emo ok.* INFO: Uncle tu umonya around 60++ lah.

yang paling aku sedih bila dia cakap kat asben aku,

Uncle bukan apa kalo dapat duit jual tv ni Uncle nak pegi beli ubat. sakit ni ha..” sambil dia tepok² paha kanan dia. uhhhh sedih oke!

semalam lagik sedih noks! *drama queen la sat na..*

asben aku ada tanya kawan dia nak beli tak tv? skali kwn dia jawab “kalo RM150 aku nak lah”. asben aku pon tanyalah kat Uncle ni nak jual tak kalo RM150 je, muka dia terus excited, setuju dan terus siap² kononnya nak kuar pegi jumpa member asben aku lah ni. skali bila call skali lagi membernya asben aku nih ckp “eh aku tak gaji lagi lah. aku saje ckp je tadi..”

terus muka Uncle tu berubah sedih & frust. bagi kita yang so-so ni kalo orang cakap gurau² camtu ok lagi lah kan, tapi kalo kita bergurau sebegitu dengan orang yang memerlukan duit memang sangat kesian! sebab dia betul² berharap.

semalam Uncle X cite ada sorang kawan dia, Ustaz dah datang tgk tv & rak tu dan katanya nak datang malam plk nak beli lah kononnya. Uncle tu tunggu dari pukul 8mlm – 11mlm, batang idong pon tak muncul! dia mmg hampa gila lah tapi dia tetap senyum masa bercerita tu kat asben aku. tabah ler Uncle ni. *napelah bangang sgt si Ustaz tu, tak boleh ke sms ke call ke cakap tak jadi??? kata ustaz….!*

bkn maksud aku bercerita ni nak menunjuk kat sume orang ‘Kami dah tolong orang susah. Anda bila lagi?’ bukan macam tu. aku sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa. tak pernah aku sedih & kesian macam ni tgk orang lain susah. smlm asben aku tanya “nape tetiba terjadi kat orang yang kita kenal? dan agak rapat plk tu..” aku jawab, “Allah nak tunjuk lah kat kita walaupun kita rasa diri kita susah, tapi orang lain lagi susah & masih lagi boleh tersenyum” eh pandai plk aku jawab cenggitu smlm. *hihik* sebab aku tau kalo kitaorang dilanda masalah kegawatan macam ni, memang tension gila. rasa sakit otak taktau nak cekau duit kat mana kan. rasa dunia ini sudah takde apa lg, gelap musnah segalanya kan.

kitaorang tlg pakcik tu sebab kesian dia dah tua *anggap macam tlg mak bapak kita lah* & anak² plak jadi macam tu. padahal harta bapak dia dah kasi sket sorang. aku harap aku taklah jadi macam tu nanti. insyaAllah. dan aku jugak berharap aku akan setabah dia menghadapi ujian² macam tu.

INFO:

1) semua rantai, gelang emas bini dia dah gadai – bayar gaji kat sume pekerja Indon, lbh kurang RM85K.

2) Uncle X memiliki sebuah rumah berharga RM250K *akan di let-go*

3) Memiliki tanah dusun berharga RM1.3juta *akan di let-go jgk*

4) Ke mana hilang semua kawan² yang dia penah tolong dulu? hai, manushia²…

disebabkan dia patah kaki skrg takde keta nak bergerak, so urusan jual-beli tanah & rumah nya terpaksa ditangguhkan. *cemano nak ke ulu hilir kalo takde transpot*

Terkini: dia baru je pegi jual tv dia kat kedai dgn harga RM140, & radio RM50. *sob sob*

sekian sudah cite ku yang bertajuk…

‘Orang Kaya Yang Dilupakan Anaknya Bila Dah Jatuh Miskin’.

~the end~

p/s: ni pesanan dari mama aku dolu², “sape² antar mama gih duk rmh orang tua, aku sumpah jadi batu”

p/s/s: nape bila aku baca balik tak sedih pon cite aku nih? ahh kesedihan tak boleh ditulis kan. mak tak pandai la u ols nak jadi drama queen sat..

p/s/s/s: mesti orang ckp apa hal la depa tu kalut duk pk problem orang lain, problem sendiri pon tak abis²… *bukan kalut ok, sekadar nak berkongsi cerita  bagi pedoman kat orang lain skali*

Comments

sueM said…
hmmm, sadis sungguh.tak tau nk ckp apa. kita sama-sama doakan anak-anak uncle tu berubah.dlm masa gawat-gawat mcm ni, mmg perit untuk dengar kisah begini.kalau la kita kaya raya kan awok?
cik_ixora said…
isk u ols..sedih :(( sie ko dio..sapa ko kene jual tv bagai..auww...bahaya dih? hurmm pengajaran tuh..future2 kita x tau dih..uwaa...sedih..mitok jauh laa jd gituh..
a m l y n y x said…
sueM - uhhhh meme sedih sue. anak pmpuan dia baru mai cari dio sbb nak kawen *nok wali kan..*. tuh la sue, kalo la kita kaya raya, iAllah boleh lah kito bui sket. tp xpo sue, klu xleh tlg ngn wang RM pon tolong dengar dia meluahkan perasaan dia, tlg dia cari buyer utk brg2 dia nk let-go pon dia dah rasa bernasib baik.

cik_ixora - siyes u ols, mak nanges aritu. bukam nangis dpn dio lar, dlm bilik soram2. sbb terkenangkan klu la mok ayh kito jd g2, xsapa ati la awok wei. awok imagine la lonih dohlar kesempitan duit kam, pahtu tv & radio pon xdok doh. mcm LOST gitu. :((
nauzubillah jadi gituh awok.. *mak sedih ini*
E.L.I.Z.A said…
huhuhu sedih sungguh..sapa ati anok dio wat gitu..adakah sbb berdarah indon?hehhe memandai jah aku ;P
tp serius i tumpang sedih huhuhu..doh la umo 60+..mst x cekak doh nk g mari g mari =((
a m l y n y x said…
E.L.I.Z.A - ho lah awok wei, xcekak doh la g mari tuh. siam la dih. klu mudo2 jd g2 xpo lah lagih, nih tua doh. haruslah bleh dipersalahkan sbb darah indon. oppss!

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta