Salam ‘EidulFitri 1432H!

biasa ler mak… salu outdated.

nak ucap Selamat Aghi Ghayo pun lambat.

 

Selamat Hari Raya AidilFitri 1432H kepada semua reader LUTG!

dah drive balik kampong & datang tempat keje balik dah kan?

cemana semua?

semoga semuanya selamat sihat walafiat la hendaknya.

 

tahun ni tahun kedua Hannah Adelea beraya.

tahun lepas umur dia 4 hari.

sangat tecik ok!

mommy nak pogang pun tak berani.

 

Alhamdulillah tahun ni berkesempatan jugak kitaorang beraya sebagai satu family kat rumah Opah mek kecit di AloqStaq.

 

raya kali ni umo mek kecit lagi 8 hari mau setahun.

 

kitaorang mulakan perjalanan Sabtu malam (27/08/11) sbb siang hari tu daddy still keja halfday.

pukul 11pm baru betul2 gerak masuk hiway.

kuar rumah dalam 10pm lagi tapi pegi rumah abang aku kat puchong dulu kirim kuih raya kat mama.

patah balik masuk Guthrie, singgah kat Bukit Jelutong dulu utk dinner.

since kitaorang berbuka ringan je td.

lepas makan, aku ajak daddy balik tido dulu.

tapi daddy cakap dia larat je nak drive.

aku besalah, lepas makan mesti mata stim mau tido.

 

Alhamdulillah safely arrived AS at 6am.

banyak kali kitaorang pittstop.

1st – Tg Malim. topup touchNgo & bought some sweeties.

2nd – Simpang Pulai. buat apa tah. lupa.

3rd – apa nama tah. tempat yg jual buah-buahan byk tu. kat situ beli kacang rebus buat kunyah2 since aku sooo sleepy!

4th – Sg Petani. singgah sahur namanya di Nasmir Restoran.

 

& Alhamdulillah mek kecit ok je letak lam carseat sepanjang dia tido tu.

kalau dia sedar confirm tak mau sebab malam gelap gulita.

 

lepas solat Subuh,

kitaorang membuta sampai jam 9lebih.

 

apa yang bestnya kat AS ujan.

sejooook gila woo!

best gila tidoo!!

 

pukul 10am pun gelap je aku rasa.

tengahari tu daddy nak pegi kedai tayar.

aku nak ikut tapi pikir2 balik macam renyah je.

so aku bantai tido lagi dgn mek kecit.

bagus kan aku duk rumah mertua?

 

petang baru bangun.

solat & turun bawah tolong apa yang patut & tak patut.

petang tu mak panggil anak buah & abang dia datang berbuka sekali.

so memang best la berbuka reramai.

 

day 2 berpuasa kat AS.

pagi, kitaorang keluar ke town AS.

nak berjalan pun malas sbb hujan.

tapi 3,4 jam jugak la aku hayun kaki dalam town tu.

cari apa?

saje jalan-jalan.

hehehehe.

 

mak masak lauk simple je.

aku yang tak pernah2 makan nasi lauk hidang tetiba berselera makan nasi berbuka petang tu.

bestt sebab semua lauk homemade cooked & fresh.

 

Raya Day 1

lepas solat sunat raya,

kitaorang snap pic & bersalam-salaman.

lepas tu headed to town.

mau tangkap gambaq family di studio.

lebih jugak la setgh jam di kedai photo tu sebab banyak jugak family lain duk queue.

yang paling aku tak bleh lupa,

cramp mulut aku duk senyum.

rasanya lebih dari 10shot.

'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..' 'satu lagi ya..'

kata apek kedai tu.

aiya!

 

lepas tu kitaorang headed to Kg Kuala Sala.

kampung Abah.

lepas tu pulak terus ke Sg Petani rumah Pakcik.

balik ke AS lebih kurang jam 6pm.

phew!

settled day 1 raya..

mekkecit dapat bertahan dalam uniform baju kurung sampai jam 4pm je.

syabas anak mommy!

mommy duk pikir before 12 dah bukak dah..

 

Raya day 2

pagi ramai datang beraya ke rumah.

petang bergerak ke Pokok Sena.

attend majlis pertunangan cucu saudara (ye kott) Abah.

tak lama duk sana,

Dr Jaki sms aku katanya nak pegi beraya ke rumah AS.

aku pun ajak daddy & kunco2 lain balik jugak.

dalam sejam jugak Dr Jaki & Wife datang beraya.

 

Raya day 3

pepagi lepas breakfast,

kitaorang gerak ke Perak.

1st destination – Teluk Intan rumah parents biras aku, abg Usop.

jalan dah pack kat hiway.

so tired.

 

2nd destinantion – Sg Siput – kampung Mak.

baru je masuk simpang nak balik rumah Mak Ngah,

mak berhenti tepi.

dia called daddy cakap check-in kat hotel je sebab maybe ramai orang kat rumah mak Ngah.

we all follow je.

so safely checked-in around 10pm++.

 

Raya Day 4

pepagi lepas check out,

pegi breakfast roti canai dulu.

lepas tu pegi rumah the one & only pakcik yang Mak ada kat Kg Tersusun.

lepas tu baru ler gerak ke rumah makNgah.

lunch & tea kat sana.

petang, gerak beraya ke rumah sori-lupa-nama kat Lintang.

 

lepas tu baru gerak balik ke KL.

we chose to use alt way.

sebab hiway memang pack & jalan dalam biasa pun pack.

so kitaorang balik kut jalan Teluk Intan.

pun keta penuh!

huwaa.

 

Alhamdulillah safely arrived home around 1am.

penat bangat!

 

Shah Alam-Alor Setar-Teluk Intan-Sg Siput-Teluk Intan-Shah Alam = 1487.3km kitaorang berjalan-jalan raya tahun ni.

 

 

p/s:

piccas???

later.

tak pun dalam facebook aku da upload.

macam biasa,

mak takde mood nak upload sini nokss..

daaa

Comments

Ummi Humaira said…
assalamualaikum....

waduuuh penat beraya sakan noooo ..
syoknya kita dpt beraya di kampong tp kita tak sempat berbual sangat aritu kaaaan ... besa laaa , rayaaaa.

kak chaq pun sama gak merata pusing pantai timur n selatan sampai tak dan nk update kat blog...

salam eidul fitri..
a m l y n y x said…
waalaikummussalam..

itu ler k.chaq.. masing2 nak beraya kan, sembang sepatah dua je.. hehe.

k.chaq p pantai timur ke? ke mana? waah betul2 sakan ni.. hehe

tak buat open house ke k.chaq? jgn lupa nama kami dlm list ya.. :D
along79 said…
ermmm bagus nor yer...
rajin upload blog...
maaf ler yer masa kat rumah abg usop
tu jer yang dapat disajikan...
apa-apa pun selamat hari raya
maaf zahir batin...
lain kali jgn serik datng lagi tau...
a m l y n y x said…
abg usop,
time rajin tu buat je entry byk2. time sibuk & malas, sebulan pun pyh nak ada entry.
xde hal la.. ok apa aritu.
berebut mkn lemang & rendang. best.
xserik pun. jemput je.. hehe
selamat ari rayoo

Popular posts from this blog

m0mmy yang cuak!

nasi berlauk kelate, anyone?

benci.bilang.cinta